Bab 1

112 9 4
                                    

"KAU... suka aku?" Begitu sinis soalan itu dilontarkan Hyqarl sehingga Hanny yang tadinya bergelak ketawa dengan Hidayah dan Alice automatik terdiam. Kurang senang pandangan Hidayah terhadap lelaki itu apabila melihat perubahan wajah kawan baiknya.

"Apa masalah kau ni? Tiba-tiba datang nak cari pasal." Dalam nada yang masih terkawal Hidayah melepaskan geram. Serentak itu juga sebelah tangannya dicapai seseorang.

"Yaya..." Hanny menggeleng lemah. Tak mahu Hidayah mencari gaduh dengan Hyqarl. Sudahlah gadis itu panas baran. Hyqarl pula sejenis tak nak kalah. Hmm... faham-fahamlah apa akan jadi nanti.

"Kau diam. Tak payah masuk campur urusan aku dengan Hanny."

"Eh, suka hati ak..." Tak sempat nak habiskan ayat, kata-kata Hidayah langsung mati apabila sekali lagi Hanny menyentuh tangannya. Gelengan diberi gadis itu tanda menyuruhnya untuk berhenti.

"Bagilah aku cakap dengan Hyqarl. Kau duduk je diam-diam, Hanny."

"Tak apa. Biar aku jawab soalan dia. Aku okey," ujar Hanny dengan tenang. Cuba meyakinkan Hidayah dan Alice yang duduk di sebelah kiri dan kanannya. Walaupun Alice nampak tak kesah, dia tahu gadis itu meragui kata-katanya.

Dalam diam, Hyqarl yang sedang memerhati mereka tersenyum senget. Dia berpeluk tubuh di hadapan meja Hanny demi menanti jawapan. Soalan dia mudah saja. Kenapa susah sangat Hanny nak jawab?

"Saya..." Hanny menundukkan kepala sambil mengetap bibir.

"Kau?"

"Sa... saya..."

"Yang kau lembab sangat ni kenapa? Cakaplah betul-betul! Bukannya aku tanya soalan addmath pun. Simple je pertanyaan aku. Kau suka aku ke? Itu pun tak reti nak jawab?" Nada suara Hyqarl sedikit meninggi. Geram dengan bicara Hanny. Tergagap-gagap macam budak kecik. Waktu pembentangan elok pula bercakap.

Hanny rasa mahu menangis sekarang ini kerana tindakan Hyqarl. Nak beritahu hal yang sebenar pun dia sangat malu. Gara-gara apa yang lelaki itu buat habis satu kelas menumpukan perhatian ke arah mereka. Walaupun rasa macam tak sanggup nak berhadapan lagi dengan Hyqarl, Hanny tetap menahan Hidayah dan Alice daripada masuk campur. Risau Hyqarl menyakitkan hati kawan-kawannya pula.

"Ya, betullah apa yang awak cakap. Saya suka awak. Puas hati?" Sejurus Hanny mengakui, mulalah orang-orang di sekelilingnya berbisik sesama sendiri. Dia dapat rasa mereka seolah-olah memandangnya dengan begitu jijik. Hyqarl tersenyum puas.

"Pandai pun mengaku. Dah berapa lama kau sorok perasaan kau ni?"

Hanny diam. Agak lama juga. Dia tak mahu membongkarkan semua itu. Cukup-cukuplah Hyqarl tahu tentang perasaannya saja. Perlukah dia bertanya lebih lagi? Untuk apa? Sengaja ingin menyakitkan hati Hanny?

"Oi! Aku tanya kau ni. Ada mulut ke tak?" Hyqarl berang. Kedua-dua belah tangannya ditahan pada meja Hanny sambil membongkokkan tubuh sedikit. Tajam anak matanya bersabung dengan anak mata gadis itu.

"Tak kesahlah berapa lama pun, saya tak akan bagitahu awak. Cukuplah awak malukan saya dekat depan semua orang. Tak payahlah tambah lagi seolah-olah saya tak ada hati dan perasaan," balas Hanny dengan lembut. Tak mampu nak berkasar dalam keadaan hatinya yang sedang hancur.

"Huh? Aku malukan kau? Ayat tu tak kena. Kau yang malukan diri-sendiri! Dah la gemuk, berjerawat pula tu. Cakap macam aku pula yang terhegeh-hegeh dekat kau. Hei! Sedarlah diri tu sikit."

Jatuh air mata Hanny saat Hyqarl mengejeknya dengan sangat lantang. Satu kelas mentertawakannya tika itu. Remehnya perasaan Hanny di mata mereka. Apakah dia tidak layak untuk menyukai dan meminati sesiapa? Ditekankan lagi. Cuma menyukai dan tidak meminta lebih pun daripada Hyqarl. Tetapi mengapa seperti ini sekali hatinya disakitkan?

The New HannyWhere stories live. Discover now