B A B 3 9

2.5K 222 13
                                    

Shazrin Ammar duduk di atas kerusi dengan raut wajah yang sukar untuk dia kawal rasa kurang senang ketika melihat seorang wanita asing yang berpakaian kurang cukup kain serta berambut perang panjang mengurai. Bukan itu sahaja, bahkan solekan wanita asing itu seperti badut. Terlalu menyerlah. Lucu.

Sebelum dia meneruskan perbicaraan di antara mereka berdua. Shazrin Ammar terlebih dahulu melihat resune-resume yang di tinggalkan oleh adik-adiknya di atas meja kerja miliknya. Sebuah keluhan kecil terbit. Nekad betul adik-adiknya ini hendak menjodohkannya dengan wanita lain.

"Pintu keluar dekat sana. You may leave now. I have a lot work to do." Kata Shazrin Ammar serius.

Jelas kelihatan wajah wanita itu berubah secara drastik. Tiada sebarang salam perkenalan. Bahkan, mereka berdua juga belum sempat untuk menukar cerita. Dan, mata hazel milik Shazrin Ammar terlihat sangat jelas bahawa dia tidak menyukai atau tertarik dengan wanita yang berada di depannya ini.

"Aku tak suka perempuan. Aku suka lelaki." Kata Shazrin Ammar pula selamba.

Tiada rasa bersalah langsung di wajah itu ketika dia menuturkan kata. Dan, tanpa sebarang kata wanita itu bangun dari tempat duduknya lalu melihat muka tampan milik Shazrin Ammar bersama senyuman manis.

"Saya, Anggerik Natasha." Perkenal wanita itu lembut.

Shazrin Ammar menjongketkan sebelah keningnya lalu mengukir senyum sinis.

"Aku suka orang buta." Katanya pula.

Anggerik Natasha mengangguk faham tetapi masih mengekalkan senyuman tipis itu kepada si lelaki.

"Saya boleh jadi buta untuk awak, Tuan Shazrin." Kata Anggerik Natasha tanpa ragu.

Dan, letusan tawa daripada Shazrin Ammar memenuhi ruangan itu. Really?

"Sekali pun kau buta, aku tak akan terima kau. Sebab, kau bukan Bunga Anggerik Nathalia yang sombong, angkuh dan elegan." Balas Shazrin pula.

"Bunga Anggerik Nathalia, seorang wanita yang paling cantik aku pernah jumpa dan cinta. Dia tak perlu try hard untuk jadi diri sendiri. Dia semula jadi. Cara dia bercakap. Cara dia describe her self." Kata Shazrin lagi bersama senyuman tipis.

"Sepasang mata hazel itu sudah cukup membuatkan aku jatuh cinta berkali-kali. Dan, seulas bibir yang merah merekah dengan kata-kata tajam dari dia. Sudah cukup untuk aku jatuh cinta berkali-kali." Katanya lagi.

Dia menarik nafas sebelum meneruskan lagi kata-katanya. Dia bangun dari tempat duduk dan menatap wanita yang berada di depannya ini bersama senyuman sinis. Jaket yang berada di dalam almari ia lempar ke arah Anggerik Natasha.

"Jangan sebab harta. Kau sanggup jadi macam ni. Sebelum adik-adik aku bawa calon isteri untuk aku. Aku dah siasat dulu. Dari cara kau pun aku tahu kau tak selesa dengan pakaian terdedah macam tu." Ujarnya lagi.

Anggerik Natasha menunduk. Malu untuk menatap muka jejaka yang baru sahaja ia temui.

"Jangan ubah diri kau untuk orang yang tak cintakan kau." Katanya lagi.

"Terima kasih Tuan. Maaf menganggu waktu Tuan." Kata Anggerik Natasha lalu keluar dari situ bersama jaket yang di berikan oleh Shazrin.

Shazrin Ammar pula menarik nafas lega. Setelah itu, dia memanggil Bunga Azalea Adelia untuk menemuinya di ruangannya sendiri. Tidak sampai beberapa saat pun, Azalea sudah terpacak di depannya bersama senyuman dan IPad di tangan gadis itu.

"Hari ini, saya nak bawa Fatimah dan Anggerik berjumpa. Boleh tak awak set kan masa yang sesuai untuk pertemuan tu?" soal Shazrin Ammar dengan serius.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now