Laju saja Zahra meneguk air susu yang dibuat khas untuknya.

"Dah," kata Zahra lalu menghulurkan gelas kosong itu kembali kepada Tengku Ahnaf.

"Jom tidur. Ibumil enggak boleh kelewatan tidur," seloroh Tengku Ahnaf.

Zahra tersengih kecil. Mengejek dia lah tu.

Baru saja Tengku Ahnaf mahu terlelap, kedengaran suara Zahra memanggil namanya.

"Ahnaf," meleret suara Zahra memanggil sang suami. Tubuhnya diiringkan sedikit membalas pelukan Tengku Ahnaf.

"Ya, kenapa tu?" jawab Tengku Ahnaf dengan lembut.

"Awak tidur ke tu?" tanya Zahra perlahan.

"Tak. Kenapa? Ada nak cerita apa-apa ke?" tanya Tengku Ahnaf sambil menahan diri daripada menguap. Sejujurnya, dia sangat mengantuk saat ini.

"Saya kan... em..."

Lama Zahra berdiam diri. Hanya tangannya saja yang bergerak-gerak di pinggang Tengku Ahnaf.

"Nak apa sayang?" Sedikit demi sedikit mata Tengku Ahnaf mula terlelap. Namun dicelikkan kembali kerana risau Zahra kecil hati ingat dia dah tidur.

"Saya nak memancing."

Tiga patah perkataan namun cukup membuatkan mata Tengku Ahnaf terus segar sehingga hilang rasa mengantuk.

"Hah?!"

Dek kerana terkejut dengan permintaan sang isteri, Tengku Ahnaf yang terbaring elok itu terus duduk memandang Zahra dengan pandangan tidak percaya.

"Awak ulang balik sayang, awak cakap apa tadi?"

"Saya nak memancing," ulang Zahra dengan muka tidak bersalah.

Tengku Ahnaf menarik nafas sedalam-dalamnya mendengar permintaan Zahra tengah-tengah malam begini.

Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sejak pula isterinya minat memancing?

"Awak, please. Saya nak memancing. Saya tak boleh tidur ni. Hari tu saya fishing fishing dengan Nayla. Banyak juga saya dapat ikan. Awak, nak..." rengek Zahra lalu mengoncang lembut lengan sasa suaminya.

Tengku Ahnaf semakin terkedu. Nayla? Anak saudaranya? Sejak bila pula anak saudaranya itu suka memancing juga? Kenapa tak ada orang laporkan kepada dia kalau isterinya itu pernah pergi memancing semasa ketiadaan dia?

"Awak, nak..." rengek Zahra lagi. Rasa hendak menangis bila Tengku Ahnaf tidak memberi sebarang reaksi.

"Tak ap..."

"Okay sayang. Sekejap. Saya cuba tanya papa ya," kata Tengku Ahnaf apabila Zahra seakan mahu merajuk.

"Tapi papa tak ada barang-barang tu. Nayla je yang ada. Baik awak tanya Nayla."

Semakin berkerut dahi Tengku Ahnaf. Macam mana Nayla pula yang ada barang itu? Takkan adik iparnya, si Nazeem sudah berubah minat?

Matanya mengerling ke arah dinding. Jam di dinding cukup jelas menunjukkan sudah pukul 12 malam.

"Sekejap eh sayang. Saya call Nazeem malam ni. Esok awak pergi memancing ya."

"Saya nak malam ni, boleh kan Ahnaf?"

"Alahai isteri, malam-malam buta macam ni pula nak memancing," desis Tengku Ahnaf dalam hati. Nak menolak, bimbang Zahra kecil hati.

"Saya cuba ya. Sekejap."

Tengku Ahnaf bingkas bangun dari katil lalu mengambil telefon di atas meja solek isterinya.

Nombor Nazeem didail.

HER SAVIOR [Slow Update]Onde histórias criam vida. Descubra agora