BAB 21

2.1K 180 54
                                    

Dum!

Terangkat bahu Datin Aishah ketika bunyi dentuman pintu yang sangat kuat menyapa gegendang telinganya.

Kepalanya kembali tunduk memandang telefon  bimbit apabila dia melihat gerangan yang menghempas kuat pintu bilik tidurnya itu muncul di depan mata.

"You memang tak ada rasa nak berubah kan?!"

Kuat tempikan suara itu namun sedikit pun Datin Aishah tidak terganggu. Tangan dia malah semakin rancak menekan sesuatu pada skrin telefonnya.

Prang!

Datin Aishah terus mengangkat kepala memandang figura yang berdiri dekat dengannya. Telefonnya yang dihempas kuat ke lantai dipandang dengan perasaan penuh marah.

"You ni dah kenapa? I tak kira! You ganti balik telefon i. I tahu make sure lebih mahal dari yang sekarang," kata Datin Aishah dengan selamba.

Lelaki di hadapan Datin Aishah itu mengurut kuat pelipis dahinya. Pening melayan kerenah wanita itu.

"Kita dah tua Aishah. Boleh tak berubah? Sampai bila you nak huha sana sini? Kubur tu dah memanggil-manggil kita berdua."

Suara lelaki itu mengendur ketika menegur Datin Aishah.

Datin Aishah berdecit kecil lalu tersenyum sinis memandang lelaki itu. Berani sekali lelaki itu menegurnya.

"Hei Naufal! You siapa nak tegur i? You jangan memandai nak tegur i. You uruskan diri you sendiri."

Datuk Naufal, Suami kepada Datin Aishah itu memejam rapat matanya ketika mendengar kata-kata Datin Aishah.

Dia sudah lelah menghadap perangai Datin Aishah yang tidak berubah itu. Dari zaman muda sehingga kini, masih saja sama.

Dia fikirkan dia boleh mengubah wanita itu jika mereka sudah berkahwin tetapi ternyata telahannya itu salah.

"I suami you Nur Aishah. Suami you yang patut you hormati. Dari dulu i beri you peluang untuk berubah tetapi you masih sama. Kita hidup di dunia ini tak lama Aishah. Berubah dan bertaubatlah," kata Datuk Naufal.

Dia cuba menahan diri daripada menengking wanita itu kerana dia tahu tengkingan tidak akan menyelesaikan masalah.

Datin Aishah mengambil bantal di tepinya lalu melempar ke arah Datuk Naufal sehingga terkena pada wajah suaminya.

Dia bingkas bangun lalu mengangkat jari telunjuknya tepat di hadapan wajah Datuk Naufal.

"You tak payah nak berlagak baik! You dengan i, kita berdua sama saja. Tak ada beza! You tu pun tak bertaubat, ada hati nak suruh i bertaubat. I jadi macam ni pun sebab you juga. Kena ingat, isteri adalah cerminan suami. Jahat i, jahatlah you," tengking Datin Aishah.

Datuk Naufal melepaskan keluhan kecil. Telinganya sudah lali dengan kutukan si isteri.

"Memang betul isteri adalah cerminan suami. Sebab tu i cuba untuk ajak you berubah sama-sama Aishah. Bertahun-tahun i hidup dalam rasa serba salah," tutur Datuk Naufal dengan suara yang lemah.

Kadang-kadang, dia sampai tahap mahu membunuh dirinya sendiri kerana mahu melarikan diri dari perasaan serba salah yang menghantuinya bertahun-tahun.

Datin Aishah melepaskan tawa besar. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Serba salah? Menyesal ke? You menyesal pun takkan mampu bangkitkan balik orang yang dah tertanam dalam kubur tu. Nikmati sajalah dosa-dosa you tu sampai mati!" bidas Datin Aishah seraya membetulkan tali bathrobe lalu beredar dari situ.

Dia tidak kuasa memandang wajah Datuk Naufal yang meminta untuk dikasihani itu.

Datuk Naufal melabuhkan duduk di birai katil. Kepalanya tertunduk memandang karpet di lantai.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now