BAB 26

2K 142 21
                                    

Zahra mengemam kuat bibirnya ketika melihat nama yang terukir di batu cantik itu. Tangannya mengusap perlahan batu nisan tersebut.

"Zahra rindu ayah walau Zahra tak ingat bagaimana rasanya pelukan dari ayah semasa kecil," desisnya dalam hati.

Awal pagi lagi dia sudah mengajak Tengku Ahnaf keluar dari rumah untuk melawat kubur Iskandar, ayah yang tidak pernah dia tahu bagaimana raut wajahnya.

Emelda dan Teresa terlalu berahsia dengan dia sehingga tiada satu gambar orang tuanya digantung di dalam rumah.

Mereka berdua baru saja selesai membaca Yasin dan doa dipimpin oleh Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf yang duduk di sisi isterinya itu hanya perhatikan saja tingkah Zahra yang memandang batu nisan itu dengan begitu lama.

"Ayah, Zahra datang. Maaf sebab wajah ayah tak terpahat di memori Zahra sebab Zahra betul-betul tak ingat bagaimana rupa ayah. Maafkan Zahra juga sebab baru sekarang Zahra dapat datang sini," tutur Zahra bersama senyuman yang sarat dengan kesedihan.

Kesal kerana dia tidak mampu untuk mengingat wajah ayahnya.

"Zahra dah ada suami ayah. Zahra datang dengan dia. Zahra rasa mesti ayah baik macam Ahnaf kan? Sebab dia layan Zahra baik sangat," beritahu Zahra sambil tersenyum.

Tengku Ahnaf mengukir senyuman tipis ketika mendengar kata-kata Zahra. Walaupun ayah mentuanya sudah tiada depan mata, dia tetap merasa segan dengan pujian Zahra.

Zahra menarik nafas sedalam-dalamnya. Rasa sebak mula bertandang dalam hati namun cuba ditahan kerana tidak mahu ada air mata walau setitis mengalir.

"Ayah, Zahra balik dulu tau. Zahra dah tahu kubur ayah dekat mana..."

Terhenti seketika. Zahra cuba sehabis baik mengawal air matanya dari menitis.

"Nanti Zahra datang lagi ya," tutur Zahra dengan nada bergetar kerana menahan sebak.

Tengku Ahnaf mengusap lembut bahu Zahra ketika dia mendengar ada getaran pada suara si isteri.

"Jom balik. Nanti awak lambat pula masuk pejabat."

Zahra dan Tengku Ahnaf terus bangun mahu beredar dari situ. Lama Zahra memerhatikan sekeliling sebelum matanya terpaku pada kubur Iskandar.

Dia terus meninggalkan kawasan tersebut bersama Tengku Ahnaf.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Zahra memainkan tangannya dengan tangan kiri Tengku Ahnaf yang fokus memandu itu.

"Terima kasih sudi luangkan masa sekejap untuk saya," tutur Zahra lembut lalu mengucup tangan suaminya. Tangan lelaki ktu ditekapkan pada pipinya.

"Sama-sama isteri saya," jawab Tengku Ahnaf lembut. Dia menoleh sekilas ke arah Zahra sebelum kembali memandang ke depan.

Zahra memandang lama sisi wajah suaminya itu. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan tapi dia simpan dahulu.

"Malam nantilah aku tanya," desisnya dalam hati.

"Awak, boleh hantar saya pergi rumah inek dulu tak? Nanti balik saya naik grab. Tiba-tiba saya rasa rindu nak pergi sana," pinta Zahra mendadak.

Tengku Ahnaf terus menoleh memandang Zahra. Pelik kerana isterinya tiba-tiba membuat permintaan seperti itu. Biasanya, Zahra pasti akan mengajak dia untuk pergi bersama.

"Inek atau aunty tahu kalau awak nak pergi sana?" tanya Tengku Ahnaf. Dia terus membuat U-turn untuk pergi ke rumah Emelda kerana jalan ke rumah Emelda bertentangan dengan jalan ke rumah keluarganya.

"Tak tapi saya ada kunci rumah sebab Aunty Teresa pernah bagi dekat saya," jawab Zahra sambil membuang pandang ke luar tingkap.

Tengku Ahnaf mengangguk perlahan.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now