Bab 3

14 1 0
                                    

معك، كل لحظة تصبح أكثر قيمة، وحبك هو أجمل هدية تلقيتها.
Bersamamu , setiap saat menjadi lebih berharga , dan cintamu adalah hadiah terindah yang aku terima.

Itu tidak semudah kata. Andai kita telah ikhlas mencintai seseorang mesti sukar untuk melupakannya.

Bagaimana untuk aku melupakanmu Tuan ? Kau adalah lelaki pertama yang aku cintai sedalam ini. Dan aku juga ikhlas
mencintaimu...

Aplikasi TikTok sudah menjadi rutin hariaku. Tidak sah hariku tanpa TikTok. Di TikTok ni bukan hanya konten yang tidak bermanfaat sahaja yang ada. Jikalau kita pandai menggunakannya dengan cara yang betul banyak faedah yang boleh kita perolehi. Daripada tengok orang bergelek baik kita tengok ceramah daripada ustaz - ustaz dapat juga ilmu baru pahala juga dapat. Yang baik kita ambil yang buruk kita hindari.

Ralik betul aku scroll TikTok ingatkan nak berhenti scroll tapi hati kata satu video lagi. Aku apa lagi ? Mestilah ikut kata hati aku scroll lagi dan aku terjumpa video yang tersangatlah related dengan kehidupanku. Ayat yang tertera di video tersebut ;

'Ini bukan delulu lagi guys , dia dalam salam tangan ayah aku'.

Aku apa lagi mestilah aku repost dan tak lupa juga untuk up di status WhatsApp ! haha.

- Danial 2AK
Irsyad cakap dekat aku ,
kau dengan dia dah tak
ada apa - apa.
Sebab kau dah ada yang
lain.

Dah ada yang lain. Aku pandang lelaki lain pun tak nak macam mana nak ada yang baru ? Sedangkan hatiku sendiri telahpun bertekad yang ini adalah yang pertama dan terakhir pada usia muda. Jadi kalau yang ini dah tak ada dia tidak mahu mencari kekecewaan pada orang lain. Dia tahu cinta sebelum halal menyakitkan tapi terkadang ianya bukan perkara yang mudah. Jadi dia akan cuba perlahan - lahan. Slowly but surely ! In Shaa Allah.

- Danial 3AK
Lepastu kita dulu kan tak rapat
mana ,
Tapi sekarang kita makin rapat.
Dia ada tanya aku 'macam mana
kau boleh rapat dengan dia'.
Aku takut do ,
takut dia terasa ...

Memang. Memang aku rapat dengan dia. Ya Irsyad Hakimi seseorang yang aku cintai pun tak mampu buatkan aku untuk rapat dengannya. Tapi Danial lain , aku cuma anggap dia sebagai kawan. Sebab dia pandai menghargai. Tak semua orang mampu menghargai kehadiran seseorang itu. Tapi jikalau ada seseorang yang menghargai kehadiranmu maka jangan putuskan hubungan dengannya. Aku suka berkawan dengan dia sebab utama ialah dia suka bergosip ! haha.

Tapi , Irsyad tu cemburu ke ? Awh , comel haha.

- Danial 2AK
Ha ada lagi satu weh
Ada satu hari tu dia tanya ,
"Sanah tu cantik tak ?".
Aku cakaplah ,
Semua ciptaan Tuhan tu cantik kan ?
Lepastu aku tanya dia balik ,
bagi kau ?
Lepastu dia diam.
Aku tanya lagi , dia cantik tak ?
Dia diam lagi.
Dia diam lagi.
Okey lepastu aku tanya ,
Cantik ke tak oi !
Lepastu dia cakap ,
"Ha cantik - cantik".
Geram aku tau tak.

Please this so cute ! Macam ni ke dia belakang aku ? Aku ingatkan aku aje yang beria cerita dekat kawan - kawan aku pasal dia ni. Rupanya dia pun sama.

- you
Weh HAHAHAHAH
Kau bab - bab macam ni memang
bagus weh.
Entah - entah member tak bagi
pun kau cerita dekat aku

Highschool Love (OG)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن