Bab 2

12 1 2
                                    

Mulakan hari yang tak berapa nak indah dengan air tangan papa. Mempunyai seorang ayah yang sangat memahami , alhamdulillah aku bersyukur atas pemberiannya yang satu ini. Sentiasa ada walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Orang kata cinta pertama anak perempuan tu ayah bukan ? Tapi tak semua mampu merasa cinta daripada seorang ayah. Jadi aku di sini adalah salah seorang daripada mereka yang dapat merasa kasih sayang seorang ayah amat bersyukur. Terkadang aku berfikir sejenak , betapa beruntungnya ibuku mempunyai ayahku di dalam kehidupannya. Papa tak pernah sekalipun lepas tangan daripada tanggungjawabnya. Dia seorang yang amanah , yang baik. Tak pernah sekalipun dia lebihkan dirinya daripada orang lain. Selalu mengambil berat tentang orang lain. Tak lupa juga dia adalah seorang yang suka memudahkan urusan orang lain. Semoga papa sentiasa dipanjangkan umur , itulah doaku kerana tak dapat aku bayangkan bagaimana hidupku tanpanya.

Apabila kakiku melangkah masuk ke kawasan sekolah perkara pertama yang aku cari tentulah rakanku. Mana boleh nak berenggang dengan dia orang.

"Weh seriuslah hari ni sampai balik dekat bilik seminar ?". Nampak sahaja muka rakanku itu terus aku menyerangnya dengan soalan yang aku sendiri sudah pun tahu apa jawapannya.

"Ya , kau ni berapa kali nak tanya". Aku tahu Elya dah mula rimas dengan soalan samaku itu.

"Sampailah cikgu ubah fikiran". Siapa je suka duduk bilik seminar ? Sudahlah dengan cikgu kaunseling. Cikgu kaunseling sporting bolehlah. Ini kalau serius memanjang maaflah. Sebab itulah aku cakap mulakan hari yang tak berapa indah haha.

Cikgu kaunseling memanggil semua pelajar untuk beratur. Kemudian dia membagikan kami kepada dua belas kumpulan. Di setiap kumpulan akan terdiri daripada pelajar 1AK , 1IS , 1IR , 1IK dan 1AS.

Aku kumpulan ketiga. Dan ahli kumpulanku yang sekelas dengan ialah Delisha. Terus mataku meliar ke sekeliling untuk mencari sama ada masih ada lagi orang lain yang sekelas denganku. Mataku berhenti pada seseorang matanya sedang memandang ke arahku. Kami bertembung mata. Terus aku mengalihkan pandangan. Malu weh !

Siapa ? Siapa lagi kalau bukan 'Mr I'. Adakah aku bermimpi ? Ataupun kami memang ditakdirkan bersama. Ceh , bersamalah sangat. Baru satu kumpulan Hasanah. Tapi aku suka haha.

Aku pukul lenganku sendiri untuk memastikan yang ini bukan mimpi. "Auch". Aku mengaduh kesakitan. Sendiri buat sendiri sakit. Eh maksudnya aku tak mimpilah kan ?

Bahagianya rasa hatikuuu ~

"Memandangkan semua sudah berada di dalam kumpulan masing - masing , cikgu ada tugas kepada kamu semua dan ianya hendaklah dibuat di dalam kumpulan".

Baru sahaja aku tersenyum macam kerang busuk cikgu sudah menyampuk. Baru nak berangan lagi. Tapi tugas apa agaknya ya ?

"Tugasnya secara berkumpulan kamu hendaklah membuat persembahan mengikut kreativiti kamu semua. Sama ada menyanyi , berlakon , mendeklamasikan sajak dan apa - apa sahaja persembahan lainnya".

Kalau hendak dibandingkan dengan semua idea yang diberikan oleh cikgu itu menyanyilah yang paling mudah. Tak makan masa , cari aje lagu viral mesti semua boleh buat.

Sudahlah mereka semua harapkan aku sebagai ketua kumpulan hanya disebabkan aku kelas depan ? Kelas depan tak semestinya bagus. Haih susah - susah.

"Kita nak buat apa ni ?". Tanya Aina lagak seperti ketua. Aku pun amat mengalu - lukannya jikalau dia ingin menjadi ketua. Aku tak kesah sangat.

Highschool Love Story. (OG)Where stories live. Discover now