"Kenapa pula? Sampai bila Luq nak rahsiakan benda ni daripada Efa? Nanti lama sangat apa-apa pun boleh jadi Luq.." soal Puan Hasna pelik. Jujur, dia agak risau dengan keadaan Luqman sekarang ini.

"Belum sampai masanya untuk Luq beritahu. Mama jangan risau, Luq pasti akan bagitahu juga nanti. Tapi tak tahu bila lah. Luq cuma nak minta tolong mama untuk rahsiakan ni daripada dia dulu. Boleh?"

Puan Hasna pandang Luqman lama.

"Ya lah." akhirnya Puan Hasna bersetuju.

Luq tersenyum nipis.

"Luq pergi dulu lah ya? assalamualaikum ma." pamit Luqman.

"Waalaikumsalam..."







         RIFA terbangun akibat dentuman yang agak kuat kedengaran dari luar.  Seperti pintu dihentak dengan kuat. Namun, malas pula dia ingin ambil tahu ataupun masuk campur. Apa yang dia kisahkan sekarang ini hanya tidur. Meskipun waktu sudah agak lewat, tetap juga dia berkeras untuk sambung tidur dibuai mimpi semula.

Nikmat kan...

Bella seperti biasalah, pagi-pagi sudah bangun. Morning bird kan. Kalau diikutkan, selepas solat subuh tadi pagi mereka bercadang untuk pergi berjoging bersama sambil menikmati suasana kawasan persekitaran rumah milik Puan Hasna.

Namun, Rifa terus terlelap selepas solat subuh tadi. Entah apa yang dia lakukan  sehingga penat sangat. Penat mengalahkan pekerja-pekerja yang balik apabila malam sudah pun ingin menjelang. Sudah berkali-kali Bella mengejut, tapi tiada sebarang respon dari Rifa. Jadinya, Bella hanya pergi sendiri sahaja. Jika nak ditunggu si Rifa bangun,memang sampai ke tengahari tak akan terjadi.

Rifa akhirnya bangkit dari tidurnya. Jam yang berada di dinding dikerling sekilas. Pukul 10.30 pagi.

Rifa menggosok mata nya lalu bangun daripada posisi duduknya. Dia menggeliat sebelum bergerak ke bilik mandi.

Hampir setengah jam Rifa berada di dalam bilik mandi. Entah apa yang dia lakukan sehingga mengambil waktu yang begitu lama untuk menyiapkan diri.

Pintu bilik mandi itu seperti diketuk. Tidak pasti pintu bilik mandi atau pintu biliknya yang diketuk. Secara automatik Rifa mengalihkan pandangan pada pintu bilik mandi itu.

"Siapa pula? Bella? Mama?" gumam Rifa seorang diri.

Tuala yang berada di tangan itu dililit pada rambutnya. Dedaun pintu dibuka menampakkan ruangan bilik Rifa yang sunyi.

"Tak ada orang pun? Siapa pula nak ketuk-ketuk pintu aku ni? Jangan-jangan... Hantu!" Teka Rifa seorang diri.

Bulu roma mula menaik. Rifa mula dihantui rasa cemas.

Panic Attack kau!

Lantas, Rifa mengambil pakaian kotor yang berada di dalam bilik mandi tadi untuk dibawa ke tingkat bawah. Ya lah, mesin basuh semua ditingkat bawah. Bukan apa, tapi memang dah tak ada ruang dalam bilik  Rifa jika hendak diletakkan sebuah mesin basuh.

             DENGAN itu, langkahnya dibuka terus ke pintu bilik. Sampai sahaja dia dihadapan pintu itu, sekali lagi bunyi ketukan kedengaran.

"Ish! Nak lawan jom la, apa main ketuk-ketuk pintu orang ni huh?" omel Rifa seorang diri.

Dedaun pintu ditolak. Sekali lagi, tiada siapa-siapa.

'Sah memang hantu!' desis hati Rifa.

Siling rumah dipandang berkali-kali. Matanya dipejam rapat. Tanpa sebarang tindakan, terus dia melangkah keluar dari biliknya tanpa melihat sekeliling.

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now