" Tapi kan, apa perasaan kau bila diri kau sikit lagi nak kantoi? Takut? Gelabah?" Soal Dyna.

" Kenapa nak takut? Takut dengan kau? Tak mungkin. Kelemahan kau cuma satu. Kalau aku sentuh orang yang kau sayang, itu dah bermaksud aku dah jatuhkan kau." Kata Tuan Suhaimi, yakin dengan jawabannya.

" Contohnya macam ni.." kata Tuan Suhaimi sebelum dia mencapai pistol dari tangan lelaki di sebelahnya lalu menembak bahu Dee.

Dee mengerang menahan kesakitan. Air matanya jatuh membasahi pipinya.

Belum sempat Dyna ingin menghampiri Dee, seorang lelaki sudah terlebih dahulu menyepak Dyna sehingga membuatkan dia jatuh terduduk.

" Jangan nak bergerak. Kalau kau bergerak, aku tembak kepala kawan kau ni." Kata Tuan Suhaimi sambil mengacukan pistol ke arah Dee.

" Aku belum habis bercakap. Kau nak tahu tak macam mana aku bunuh Eiman? Haha sedih sangat aku tengok muka dia waktu tu. Berharap untuk kau datang dan berada disisi dia sebelum dia mati." Kata Tuan Suhaimi lagi.

" Kalau kau nak tahu, lepas aku tembak dia, aku terus lari, aku pura-pura taktahu tentang tu. Aku tipu semua orang, aku fitnah dia yang dia dah khianati pasukan dia. Aku fitnah dia dibunuh oleh musuh yang dia bekerjasama. Haha, semua orang percaya. Nasib dia lah sebab ikut arahan aku waktu tu. Kalau dia tak datang untuk misi, mesti dia hidup lagi. Tapi, aku tak kesah dia mati." Ujar Tuan Suhaimi.

" Kau ugut Fendy juga kan?!" Tengking Dyna.

" Yaa, aku ugut dia supaya dia tutup mulut. Kalau dia bagitau, orang lain takkan percayakan dia. Orang lain akan ingat dia bersubahat sekali dengan Eiman. Aku juga ugut, kalau dia bagitau, aku akan bakar keluarga dia depan muka dia sebelum aku bunuh dia." Kata Tuan Suhaimi.

" Dasar syaitan bertopengkan manusia! " Tengking Dyna.

Tuan Suhaimi terus melempang muka Dyna. Dia juga menumbok muka Dyna sehingga membuatkan cecair merah terkeluar dari mulut Dyna.

" Manusia memang macam ni. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Aku tak pernah rasa bersalah lepas bunuh Eiman. Aku rasa bahagia sangat. Oh ya, sebelum aku terlupa, aku juga yang arahkan orang untuk bunuh ayah kau." Kata Tuan Suhaimi, jujur.

Dyna mengempalkan tangannya. Menahan dirinya dari merosakkan rancangannya. Dyna menarik nafasnya perlahan-lahan sebelum dihembuskan.

Tiba-tiba, Dyna ketawa sebelum senyuman sinis terukir di wajahnya. Dia bangun semula dari duduknya.

" Kenapa kau gelak?" Soal salah seorang lelaki.

" Hahaha, bagus lah kau dah mengaku semuanya. Senang kerja aku." Kata Dyna, sinis.

" Say hai to world. Aku yakin, satu Malaysia akan kenal kau. Suhaimi, bekas ketua geng dadah terbesar. Ops, aku sebut bekas eh? Betul tak Darwish?" Soal Dyna sambil memandang ke arah pintu yang menjadi laluan untuk naik je rooftop bangunan itu.

Kelihatan Darwish sedang berdiri tegak sambil memandang mereka. Dia sudah lama berada di sana memerhatikan Dyna dan Tuan Suhaimi.

Dyna tersenyum sinis.

" Darwish! Say hai to world! " Jerit Dyna agar Darwish dapat mendengar.

Darwish terus mengerutkan keningnya. Dia pelik.

" Kau tak payah acah psycho lah! Kau ingat orang akan takut?!" Tengking Tuan Suhaimi.

" Hahaha, aku tak suruh kau takut. Kau nak tahu apa kelebihan di sebalik kelemahan aku?" Soal Dyna, sinis.

" Aku ada family, keluarga yang sentiasa berada di sisi aku. Yang sentiasa menyokong aku. Dan sanggup lindungi aku. And that's Edwan Malik's children. Perkenalkan, abang aku nama dia Sam. " Kata Dyna sebelum satu tembakan yang tiba-tiba datang, lalu terkena tepat pada bahagian kepala lelaki yang melempang Dee tadi.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now