BAB 5

556 38 1
                                    

Pintu diketuk dahulu sebelum kakinya melangkah masuk. Kelihatan Dyna yang sedang melakukan kerjanya.

" Weii Dyna " tegur Fahrin. Dyna hanya melihat selepas ditegur.

" Kau nak tau something tak? " Soal Fahrin. Sekali lagi Dyna hanya melihat sambil menunggu Fahrin menyambung ayatnya.

" Tadi waktu kau keluar pergi siasat dengan Rezza, Ayie ada call aku. Dia kata dia ada jumpa member lama dia yang siasat Kes ni dulu. Member dia ada bagi sikit maklumat " sambungnya.

" Maklumat apa? " Soal Dyna.

" Maklumat yang kau tak suka. Maklumat yang kau tak nak orang lain tahu " balas Fahrin dengan nada yang perlahan. Dia tidak mahu rakan lain mendengar perbualan mereka.

" Oh, tapi mesti Ayie dengan Alya dah tau pasal tu, dah diorang yang dapat maklumat dulu " kata Dyna.

" Ini la yang aku nak bagitau. Aku dah cakap dekat diorang yang maklumat tu tak berguna. Aku ada cakap juga yang aku ada jumpa maklumat lain and suruh diorang balik. Tapi aku guna nama kau hehe.. sebab kalau aku tak guna nama kau diorang taknak balik. So please forgive me " kata Fahrin sambil matanya dikedip beberapa kali supaya tidak dimarahi.

Dyna hanya tersenyum melihat karenah rakannya itu.

" Lagipun aku taknak la diorang dapat lagi banyak maklumat yang boleh rosakkan plan kau. Aku tahu kau tak suka rancangan kau dirosakkan senang-senang ja kann.. " sambung Fahrin dengan nada memujuk.

" Aku tak marah punn.. aku lagi suka kalau macam tu. Kalau ada apa-apa lagi maklumat yang boleh mengganggu Kes ni, kau cover jer. Kau tau apa nak buat kan? " Kata Dyna.

Fahrin mengangguk sambil tersenyum lega. Mujur dirinya tidak dimarahi Dyna.

" Baik kalau macam tu aku balik dulu. Kau tak nak balik ke? " Soal Fahrin.

" Kejap lagi. Aku ingat nak tunggu pukul 5.00. Aku nak ambil Mia dari tuisyen " balas Dyna sambil matanya melihat ke arah jam.

" Ouhh okey. by the way , lama tak nampak kau senyum " kata Fahrin sebelum kakinya melangkah keluar untuk pulang kerumah.

Dyna yang mendengar hanya tersenyum nipis.

Selepas melihat kelibat Fahrin berlalu pergi, Dyna mencapai Telefonnya lalu menghubungi seseorang.

Telefon diangkat.

" Hello Dyna. Why? " Kedengaran suara Sam disebalik Telefon.

" Ya Sam. Dyna rasa budak-budak yang siasat Kes Black Haisumi dulu dah buka mulut " balas Dyna.

" Seriously? It's okay. Let we handle about this. Kalau dah settle Sam rojer Dyna." Kata Sam. Dia tidak mahu Dyna risaukan tentang hal ini.

" Okay. Thanks " balas Dyna sebelum Telefon diletak.










Selepas mendapat panggilan dari Dyna, Sam terus menghentikan kerjanya di dapur. Dia yang tadinya sedang menyediakan bahan untuk memasak terus menghentikan perbuatannya.

Sam menanggalkan apron yang dipakai lalu mencapai kunci keretanya.

" Alieff, tolong aku sambung masak yaa. Aku balik dulu. Ada hal. Jangan lupa kemas dapur dulu sebelum tutup restaurant." Sempat dia berpesan kepada pekerjanya sebelum pulang.

Sam memandu menyusuri jalan raya untuk bertemu dengan Rafeeq dan Khai. Tadi, dia juga sempat menghubungi mereka untuk bertemu dia rumah.

Setibanya di rumah, Khai dan Rafeeq sudah pun menunggunya di ruang tamu.

" Yow bro, kau nak cakap apa? " Tegur Rafeeq.

"Pasal Dyna. Dia kata budak-budak dekat Puchong yang handle Kes dia dulu dah buka mulut. " Balas Sam.

" The heckkk!! Asal pulak? Diorang dah janji taknak buka mulut! Apahal suka-suka ja nak mungkiri janji? Diorang dah nak mati ke? Dah lama hidup?!! " Soal Khai. Tersembur kopi yang diminumnya tadi selepas mendengar penjelasan Sam.

" Itu aku tak pasti. So apa kita nak buat dengan diorang? Bunuh? " Soal Sam ingin mendapat pendapat Rafeeq dan Khai.

Rafeeq mengeleng.
" Tak boleh. Kita tak boleh bunuh diorang. Bahaya. " Kata Rafeeq mendatar.

" Asal pulak? Kita Mafia. Kesah pulak aku. Sapa suruh diorang senang-senang ja mungkiri janji. Nafsu membunuh aku tengah membuak-buak nihh " kata Khai. Dia tidak berpuas hati.

" No we can't. Kalau kita bunuh diorang, nanti Dyna pun dalam bahaya. Team dia tengah siasat Kes ni. Kita pun tak tau ketua baru dia siapa. Kalau kita bunuh, nanti senang kantoi. Kau nak rosakkan rancangan Dyna ke? Kau sanggup tengok harapan dia musnah sekali lagi? " Balas Rafeeq nadanya naik satu oktah.

Khai tersentak. Kata-kata Rafeeq semuanya benar.

" Kita cuba jumpa diorang dulu, tanya kenapa diorang bocorkan rahsia tu. Kalau diorang tak jawab atau menipu, ugut diorang . Korang tau apa nak dibuat kan? " Kata Rafeeq.

" Ok, bila kita nak pergi Puchong? " Soal Sam.

" Bukan kita tapi aku. Korang duduk sini jaga Dyna. Biar aku yang settle kan masalah ni " balas Khai. Rafeeq dan Sam yang mendengar hanya ragu-ragu dengan kata-kata Khai.

" Jangan risaulah, aku takkan bunuh diorang. Aku pun sayangkan Dyna and aku takkan biarkan sesiapa halang rancangan dia. Aku akan kawal nafsu membunuh aku, tapi.. kalau diorang dah melampau, aku tak janji yang aku akan biarkan diorang hidup. " Kata Khai lagi.

Rafeeq dan Sam mengangguk. Mereka mempercayai kata-kata Khai. Khai seorang yang benci akan orang yang suka memungkiri janji, jadi dia tidak akan mudah untuk memungkiri janjinya.

" Bila kau nak pergi? " Soal Rafeeq.

" Lusa maybe, atau esok. Kalau boleh secepatnya. Oh yaa.. Sam, tolong share semua maklumat orang yang siasat Kes ni dulu. Kalau boleh malam ni aku nak. Senang sikit kerja aku nanti. " Kata Khai.

" Baik " balas Sam.


















So Rafeeq , Sam dan Khai adalah Mafia? 😱
Kalau macam tu... Dyna pun Mafia?
atau Dyna hanya ejen biasa?
Mafia or ejen biasa? 🤔

Maklumat apa yang cuba disembunyikan Dyna? 🤔
Kenapa Fahrin tau apa yang Dyna tak suka? 🤔
Siapa Dyna sebenarnya?

• sorry kalau ada kesalahan bahasa, grammar atau ter typo.
• sorry juga kalau Bab ni pendek and sikit sangat.
Jangan risau, untuk Bab seterusnya author akan panjangkan lagi.

Nak tau siapa ketua baru untuk Kes diorang?
Boleh sambung membaca..

Jangan lupa vote and support yerr.. ♥️


Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now