Zahra terkedu. Apakah makna di sebalik kata-kat Tengku Ahnaf itu?

"Tanggungjawab saya sebagai suami awak belum selesai. Tanggungjawab untuk membimbing awak bersama-sama meniti jalan ke Syurga Allah masih panjang. Biarlah kita duduk berasingan dulu. Saya akan pergi dari sini. Jaga diri awak. Saya sayang isteri saya ini."

Usai berkata, Tengku Ahnaf terus mencium dahi Zahra lalu pusing tubuh meninggalkan Zahra yang jelas masih terkesima dengan kata-kata suaminya tadi. Kunci kereta dicapai.

"Mama, papa, abang tinggalkan isteri abang sementara dulu ya. Abang minta maaf sebab susahkan mama dan papa. Tiba masa yang sesuai, abang akan ambil isteri abang kembali," kata Tengku Ahnaf lalu mencapai tangan Balqis dan Tengku Arifin lalu dikucup sopan.

Biarlah dia yang keluar dari rumah. Dia akan pastikan Zahra akan tetap menjadi isteri dia buat selama-lamanya.

Balqis menyeka air matanya yang tidak henti turun dari tadi. Wajah anak lelakinya yang satu itu diusap lembut.

"Terima kasih nak kerana tidak menunaikan permintaan Zahra," ucap Balqis dengan sebak.

"Jangan risau. Zahra anak papa dan mama juga. Kami akan jaga Zahra dengan baik," tutur Tengku Arifin sambil menepuk lembut bahu Tengku Ahnaf. Syukur anaknya tidak melepaskan Zahra begitu saja.

Tengku Anaqi dan Zarina pula sudah saling berpandangan dengan wajah yang lega. Rasa tenang apabila lelaki itu tidak jadi melepaskan Zahra.

Tengku Ahnaf terus melangkah ke pintu dengan langkah yang laju. Biarlah dia saja yang pergi dari sini.

"Ahnaf."

Langkah kaki Tengku Ahnaf terhenti namun dia tidak menoleh ke belakang. Kepalanya tegak memandang pintu utama rumah orang tuanya. Dia menunduk melihat ke bawah apabila terasa ada lingkaran tangan di pinggangnya.

"Maafkan saya. Saya pun tak sanggup untuk berpisah dengan awak. Awak jangan pergi dari sini," bisik Zahra dengan penuh rayu.

Walau dia tahu apa yang bakal akan terjadi tapi hatinya tetap merasa lega apabila lelaki itu menolak untuk melepaskan dirinya. Tengku Ahnaf pusing tubuh perlahan-lahan menghadap sang isteri.

"Tak apa. Kita duduk asing sekejap saja yang penting status awak masih lagi isteri saya. Jangan nakal-nakal. Sampai masa, saya akan kembali kepada awak. Tolong jaga diri awak," kata Tengku Ahnaf lalu melabuhkan tangan pada perut Zahra dan dielus lembut.

"Ingat, saya sayangkan awak. Saya pergi dulu."

Tengku Ahnaf terus pergi meninggalkan rumah itu. Zahra jatuh terjelepok ke bawah melihat suaminya yang sudah pergi jauh darinya.

"Nak," tegur Balqis lalu memeluk Zahra.

"Mama, suami saya..."Sekali lagi, Zahra melepaskan tangisan.

Tangisan hiba mula berlagu kerana terpaksa berpisah sementara dengan Tengku Ahnaf. Silapnya sehingga lelaki itu membuat keputusan begitu.

Dia tidak dapat bayangkan jika lelaki itu benar-benar mengotakan permintaannya tadi. Sedangkan berpisah begini saja sudah mampu membuat hatinya koyak apalagi harus berpisah tanpa ada ikatan lagi.

"Zahra duduk sini dengan papa mama ya. Bagi Ahnaf ruang. Insha-Allah, dia akan kembali pada Zahra," pujuk Tengku Arifin ketika melihat menantunya kembali menangis teresak-esak.

Dia jatuhkan lututnya di sisi Zahra yang berada di dalam pelukan Balqis lalu mengusap lembut kepala Zahra.

Semakin runtun hati Zahra saat mendengar bunyi deruman kereta yang kuat menandakan kereta itu sudah meninggalkan kawasan perkarangan rumah tersebut.

HER SAVIOR [Slow Update]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt