B A B 3 6

2.7K 226 20
                                    

"Shaz."

Suara garau milik Muhammad Azhan Asfar telah mematikan lamunan panjang Shazrin Ammar. Jejaka itu memalingkan wajah di sebelah kanan. Tempat di mana Azhan sedang duduk. Jelas sekali, muka itu kelihatan kusut.

"Aku minta maaf Az, aku gagal kawal emosi." Ucap Shazrin Ammar menyesal.

Ia mengoyak senyuman hambar. Jika dulu, di saat dia sedang rapuh. Kepala Asfan akan menjadi tempat ia labuhkan. Namun, sekarang ia harus menghadapi sendiri setiap masalah yang dia timbulkan seperti sekarang.

"How much you love her?" soal Azhan dengan tiba-tiba.

Dia tahu, Shazrin Ammar hanya ingin melindungi Bunga Anggerik Nathalia daripada di hina. Dan, jika bukan kerana sikap Amir Asyraf yang memprovok Shazrin. Dia yakin, semua ini tak akan pernah terjadi.

Mungkin, dia kelihatan lembut ketika bersama orang yang ia cintai. Namun, di sebalik itu dia sebenarnya seorang lelaki yang panas baran. Dia juga tahu, bahawa Shazrin Ammar sangat pantang jika ada manusia-manusia yang menghina wanita kesayangannya, Bunga Anggerik Nathalia.

"More than my life." Jawab Shazrin Ammar pula dengan senyuman tawar.

Muhammad Azhan Asfar pula mengangguk faham.

"Lepasni, bertambah bencilah Anggerik dekat aku, kan Az?" katanya lagi bersama tawa kecil.

Sejak dahulu sehingga sekarang. Dia memang tidak pernah berada di dalam hati seorang wanita yang bernama Bunga Anggerik Nathalia.

"Jangan risau, aku akan rahsiakan perkara ni dari dia." Kata Azhan lagi  seraya menepuk bahu kawannya itu bersama senyuman.

Spontan. Tanpa sebarang isyarat. Shazrin Ammar meletakkan kepalanya di atas bahu milik Azhan. Nafas di tarik lalu kedua mata ia pejam bersama senyuman hambar. Ada tangisan kecil yang di dengari oleh Azhan.

"Aku... Rindu Asfan. Dulu, aku selalu pinjam bahu dia untuk lepaskan keluh. Sekarang, aku kena hadap semua sendiri. Aku manusia biasa Az, aku penat..." Kata Shazrin Ammar bersama tangisan.

"Penat rehat Shaz. Bukan mengalah. Shaz, aku mungkin tak boleh bahkan mampu untuk menggantikan tempat arwah adik aku, tapi aku sudi Shaz untuk pinjamkan bahu aku dekat kau andai ia boleh tenangkan dan kurangkan bebanan yang kau tanggung sekarang ni." Kata Azhan pula lembut.

Dulu, mereka sebatas seorang pesakit kepada Muhammad Azhan Asfar. Namun, siapa sangka daripada gelaran seorang pesakit. Kini, mereka bersahabat baik persis seperti arwah Muhammad Asfan Najmi.

'Aku rindu kau Fan. Rindu sangat.' Bisik hati Shazrin.

Sehingga sekarang, dia masih tidak mengetahui di mana letaknya kubur sahabat baik serta kedua orang yang banyak berjasa kepada dia dan adik-adik suatu ketika dulu.

"Az, boleh tak kalau kau free. Kau bawa aku pergi melawat kubur arwah?" soal Shazrin Ammar pula.

"Boleh, inshaallah. Dah, tak mahu sedih lagi. Semua yang terjadi ni akan baik-baik saja." Kata Azhan lagi dengan yakin.

Shazrin Ammar juga berharap seperti itu. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja.

"Anggerik, kita putus." Senada suara milik Amir Asyraf berkata tanpa sebarang rasa bersalah.

"Are you kidding?" soal Anggerik pula terkejut dengan kata-kata sang tunang.

Amir Asyraf pula mengeluh kecil. Dia menatap wajah Bunga Anggerik Nathalia tanpa lepas.

"I... I dah jual semua company I dekat seseorang. Dan, you sebagai hadiah." Tanpa rasa bersalah Amir Asyraf berkata lagi.

Jelas, muka itu sangat terkejut dengan kata-kata yang meluncur keluar dari si tunang. Hal itu, membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Serendah itukah harga diri seorang wanita yang buta dengan di jadikan hadiah untuk orang lain?

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now