B A B 3 5

5.4K 281 18
                                    

Sidang Media, Empire Anggerik Nathalia beauty & beyond.

Di sebuah ruangan yang agak gelap. Hanya cahaya yang menjadi soroton pada panggung yang kosong. Suasana yang hening tetapi di penuhi dengan ketegangan. Para wartawan yang sedang membuat liputan siaran langsung menunggu dengan penuh kesabaran.

Pena-pena bahkan telefon pintar milik mereka tidak sabar untuk di gunakan untuk menulis serta merakam setiap kata-kata yang akan di keluarkan oleh jutawan muda, Shazrin Ammar di atas gosip yang sedang melanda dalam dua minggu ini.

Kemudian, pintu tiba-tiba sahaja terbuka dengan kuat dan susuk tegap itu masuk bersama muka yang cukup ketat. Kedua mata hazel itu menatap satu persatu para wartawan yang dari pelbagai stesen hadir bersama senyuman sinis.

Suit yang ia pakai dia betulkan sebelum menjelaskan keadaan yang sedang tegang di setiap penjuru media sosial dengan gosip-gosip murah atas namanya dan bekas isterinya.

"Tuan Shazrin Ammar, boleh jelaskan tentang gosip-gosip yang menular berkaitan dengan Tuan dan seorang wanita baru-baru ini?" soal seorang wartawan wanita dengan suara yang lembut.

Shazrin Ammar pula mengangguk dengan muka yang serius. Di pandang satu persatu wajah para wartawan yang menanti jawapan darinya.

"Assalammualaikum semua. Baiklah, saya akan jawab persoalan yang sedang bermain di fikiran kalian sejak dua minggu lepas mengenai gosip murahan ini." Kata Shazrin Ammar memulakan percakapannya dengan serius.

Sebelum dia meneruskan ucapannya. Dia menarik nafas dan menghembusnya semula untuk menghilangkan rasa amarah di hati.

"Saya, Shazrin Ammar tiada sebarang hubungan dengan wanita tersebut. Dan, saya juga ingin membongkar sebuah kebenaran. Dia bekas isteri saya dan saya akui saya masih cinta dan sayangkan dia." Ucapnya lagi dengan tenang.

"Kami berdua baru aje bertemu semula dua minggu lepas dan masih dalam proses berbaik. Jangan fitnah kami dengan mengeluarkan statement bodoh yang mengatakan bahawa saya mempunyai hubungan sulit dan tidur bersamanya" Ujarnya lagi.

"Di sebabkan statement itu telah menimbulkan fitnah. Maka saya dengan rasa sukacitanya memaklumkan bahawa pihak saya akan menuntut saman fitnah sebanyak RM100 juta. Dan, saya ingin tegaskan di sini. Jangan pernah sibuk untuk ambil tahu tentang urusan peribadi atau kehidupan saya. Sebab, tiada perkara yang menarik pun untuk kalian tahu." Tegas Shazrin Ammar berkata.

"So, Mstar see you in court and Pre confference are end." Katanya lagi lalu terus sahaja meninggalkan tempat itu dengan hati yang puas.

Usai dia keluar, ia menatap Bunga Azalea Adelia dengan serius. Dia ingin menyelesaikan urusan itu hari ini juga. Asalkan dia bisa mendapatkan Bunga Anggerik Nathalia. Dia sanggup untuk melabur dengan sejumlah uang yang besar itu tiada masalah.

"Lea, call bakal adik ipar tak jadi awak itu sekarang." Kata Shazrin Ammar seraya mengerling wanita itu dengan muka yang serius.

"Pardon?" Bunga Azalea Adelia melihat muka Shazrin Ammar meminta sedikit penjelasan.

"Now!" tegas suara itu berkata lagi.

Bunga Azalea Adelia pula mengangguk dan terus menghubungi Amir Asyraf. Namun, belum sempat Azalea menjawab panggilan itu. Telefon pintarnya terlebih dahulu di rampas oleh majikannya.

"Shazrin speaking." Kata Shazrin Ammar dingin.

Suara yang penuh dengan kebencian.

"Cafe's mutiara, don't be late." Kata Amir Asyraf pula dengan senyuman sinis lalu jejaka itu mematikan panggilan itu dengan serta merta.

Di sebuah kafe yang suasana cukup meriah dengan pelbagai telatah manusia yang sedang melakukan kerja masing-masing. Ada yang sedang menulis, berbicara dan mendengar muzik.

Aroma kopi dan pencuci mulut di cafe mutiara yang harum cukup untuk merayu indra rasa.

Di satu sudut, seorang lelaki yang lengkap memakai suit sedang menanti seseorang. Wajahnya yang di sirami dengan cahaya yang redup lampu. Cukup untuk menyorotkan ekspresi yang kurang senang dengan pertemuan ini.

Kedua mata coklat itu kerap kali memandang ke arah pintu masuk cafe dengan penuh debaran. Hampir, setengah jam menunggu kedatangan Shazrin Ammar. Akhirnya, lelaki itu muncul juga seorang diri bersama muka yang masam mencuka.

Setelah jejaka itu melabuhkan punggungnya di depan Amir Asyraf. Kedua mata mereka bertemu dalam sebuah renungan yang tajam serta sinis. Kerana, sebentar lagi perdebatan di antara mereka akan bermula.

"Berapa?" soal Shazrin Ammar tanpa berbasa basi.

Dia terus kepada perbincangan yang mendesaknya untuk bertemu empat mata secara langsung dengan seorang lelaki yang bergelar tunang kepada bekas isterinya.

"Lima ratus ribu ringgit. My company officially yours." Kata Amir Asyraf dengan sinis.

Dia sedang meremehkan seorang Shazrin Ammar?

Tanpa banyak bicara, dia mengeluarkan sebuah buku cek dan ia menulis nilai yang di minta oleh Amir Asyraf dan menyerahkan sekeping cek itu kepada jejaka yang berada di depannya itu bersama senyuman puas.

Dia bisa melihat, wajah lelaki yang berada di depannya ini terkejut. Jangan merendahkan Shazrin Ammar. Dia mampu untuk membeli semua syarikat milik Amir Asyraf dengan sekelip mata sahaja. Semua ini, demi Bunga Anggerik Nathalia.

"Putuskan pertunangan kau. Aku tak nak, bakal isteri aku hidup susah dengan kau." Kata Shazrin Ammar pula dengan selamba.

"Dengan senang hati. Aku pun sebenarnya, tak hamak sangat nak dekat orang buta seperti Anggerik." Kata Amir Asyraf dengan selamba.

Shazrin Ammar melihat rivalnya dengan pandangan tajam. Dia kurang senang dengan kata-kata yang di lontarkan oleh Amir Asyraf.

"Kalau bukan sebab mama yang beria-ria nak menantu dan cucu. Aku pun tak akan terhegeh-hegeh mengurat orang buta macam itu." Katanya lagi.

"Maksudnya?" soal Shazrin Ammar kurang mengerti dengan kata-kata Amir Asyraf itu.

"Maksud aku, orang buta seperti dia memang sesuai di jadikan mesin beranak. Sebab dia buta dan berharap dekat orang. Dia cantik tapi menyusahkan." Jawab Amir Asyraf pula tanpa rasa bersalah.

Buk! satu tumbukan padu tepat mengena muka Amir yang menyebabkan ia jatuh daripada belakang. Setelah itu, Shazrin Ammar menolak meja yang menghalanginya ke arah tepi. Kolar baju Amir Asyraf ia pegang dengan geram.

"Jangan pernah hina bakal isteri aku dengan mulut kotor kaulah sial!" kata Shazrin Ammar dengan amarah yang meluap-luap.

Siapa kata, dia seorang yang tenang?

"Itu hakikat." Jawab Amir dengan berani.

"Kau memang sial!" jerit Shazrin Ammar lalu menumbuk muka jejaka itu berkali-kali sehingga Amir separuh nazak.

"Wanita bukan pemuas nafsu. Bukan kilang beranak. Martabat seorang wanita sangat mulia. Sedangkan kau pun lahir dari rahim seorang wanita. Jadi, layak ke mulut kotor kau menghina dan meletakkan martabat seorang wanita di bawah tapak kaki?" kata Shazrin Ammar lalu menghempas tubuh yang sudah terkulai lemah itu.

Untung sahaja, cafe itu dia pemilik. Maka, sebarang kekecohan mereka lihat sahaja dengan rasa empati. Sebelum dia beredar, dia menelefon seseorang untuk membantunya menguruskan semua ini dengan segera.

"Az, aku... Lost control. Cafe mutiara, dia hampir mati."

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote&
comment banyak² tau!
kalau tak saya malas nak
updated werk!

enjoy & happyread❣️

P/s : satu chapter sebb
penat plus busy sikit. TQ
Faham💞

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now