"Awak menghukum saya dengan mengahwini dia ke Ahnaf?" soal Zahra dengan nada suara yang bergetar.

"Bukan. Ini bukan hukuman untuk awak tapi ini yang sepatutnya terjadi dari dulu. Seharusnya dari dulu saya sedar kalau Humaira memang ditakdirkan untuk saya," kata Tengku Ahnaf lalu memandang tepat pada mata Zahra yang mula berkaca itu.

Zahra menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya seakan disiat-siat dengan pisau tajam. Sakitnya mendengar semua itu dari Tengku Ahnaf.

"Mudahnya perasaan awak berubah Ahnaf," kata Zahra dengan suara yang lirih. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Dia tidak mahu menangis tapi air matanya terlalu degil dan susah untuk ditahan.

"Awak ingat mudah ke perpisahan ni untuk saya? Susah Ahnaf, susah! Setiap hari saya berendam air mata kerana rindukan awak. Bila saya tahu awak nak berkahwin lagi, hati saya ibarat kaca yang dihempas ke lantai. Awak berdusta dengan kata-kata awak."

Tengku Ahnaf hanya menayang riak wajah biasa. Seakan tidak terkesan dengan luahan hati Zahra.

"Itu bukan urusan saya memandangkan kita dah berpisah," kata Tengku Ahnaf dengan dingin.

"Baby! Lamanya! Penat tau i tunggu dekat luar ni!"

Zahra menoleh ke arah pintu. Dia terkedu seketika melihat Humaira yang selamba berjalan ke arah mereka lalu memaut lengan Tengku Ahnaf.

Dahinya berkerut seribu melihat Tengku Ahnaf yang tidak menepis langsung tangan Humaira yang bergayut di lengan lelaki itu.

Setahu dia, lelaki itu sangat menjaga diri dan tidak mudah membiarkan dirinya disentuh orang yang tiada ikatan dengannya.

"Hai madu eh salah bekas madu," sapa Humaira bersama senyuman sinis. Kepalanya sengaja dilentokkan pada bahu Tengku Ahnaf.

Sengaja mahu menyakitkan hati Zahra. Sisi wajah Tengku Ahnaf dikerling sekilas. Jelas riak gembira terpeta pada wajah Humaira.

Akhirnya, impian dia untuk memiliki Tengku Ahnaf akan tercapai. Sedikit masa lagi.

Zahra malas mahu melayan. Dia berjalan melintasi mereka berdua untuk naik ke atas. Dia perlu menjaga emosinya saat ini.

"Kau tak malu ke duduk dekat rumah ni? Dah tak ada ikatan tapi masih tergedik duduk di sini? Kau ni memang manusia pengemis. Pengemis kasih sayang manusia," caci Humaira bersama senyuman mengejek.

"Apa hak kau untuk kutuk anak perempuan aku?"

Semua menoleh ke arah pintu. Kelihatan Tengku Arifin dan Balqis berjalan beriringan melangkah masuk ke dalam rumah.

Air mata Zahra mengalir sekali lagi melihat kehadiran dua insan yang sentiasa ada dengannya itu.

Tengku Arifin memasang riak dingin pada wajahnya. Tajam matanya memandang Tengku Ahnaf yang berdiri di sebelah Humaira itu.

Tangannya dikepal sekuat hati. Patutlah beria mahu keluar awal dari pejabat, rupa-rupanya mahu singgah ke sini.

Dia yang merasa tidak sedap hati itu turut bergegas keluar dari pejabat. Dia terus mengambil Balqis di restoran isterinya itu dan pulang ke rumah.

Tanpa sebarang amaran, Tengku Arifin melangkah mendekati Tengku Ahnaf lalu

Buk!

Semua terkedu melihat Tengku Arifin yang melayangkan penumbuk kepada Tengku Ahnaf.

Balqis hanya diam saja melihat suasana itu. Zahra pula terkedu.

Humaira pula sudah terpinga-pinga apabila Tengku Ahnaf jatuh ke lantai. Terlepas pegangan tangannya pada lengan Tengku Ahnaf.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now