B A B 3 4

3.3K 219 15
                                    

Bunga Anggerik Nathalia menarik nafas sebelum tangan kanannya naik meraba pintu dan sekaligus mengetuknya untuk ia meminta izin supaya bisa masuk di ruangan milik Shazrin Ammar.

Belum sempat dia mengetuk. Pintu itu sudah di buka oleh seseorang. Terkejut dia untuk seketika.

"Anggerik?" suara garau milik Shafiq Ammar berkata.

"Shafiq kan?" soalnya ragu-ragu.

Ternyata selama lima tahun ini. Wanita yang berada di depannya ini sudah banyak berubah. Jika dulu, dia tidak menutup aurat dengan sempurna. Sekarang, dia sudah menutup auratnya dengan sempurna.

"Kau..." Kata-kata Shafiq di cantas oleh Anggerik.

"Buta. Aku buta, aku datang sini sebab nak jumpa abang kau." Kata Anggerik pula.

"Untuk apa nak jumpa abang?" soal Shafiq ingin tahu.

Anggerik pula mengukir senyuman. Dia tidak ingin Shafiq salah faham kepadanya. Dia tidak berniat untuk kembali pada Shazrin. Hanya sahaja dia ingin lelaki itu membersihkan namanya dari media masaa juga sosial itu sahaja.

"Aku nak suruh dia bersihkan nama aku semula. Aku tak nak ada kaitan dengan dia. Boleh aku masuk sekarang?" kata Anggerik pula.

Shafiq Ammar pula memberi ruang untuk wanita itu masuk.

"Silakan, aku harap korang berdua boleh bincang secara elok tanpa bergaduh." Kata Shafiq lalu keluar dari bilik itu.

Bunga Anggerik pula berjalan dengan berhati-hati mencari kerusi untuk dia duduk. Dengan bantuan tongkat, dia dapat menemui tempat di mana Shazrin Ammar duduk. Dia melabuhkan punggung lalu melipat tongkat itu dan meletakkannya di atas meja.

"Assalmmualaikum, bakal isteri saya. You're look different. Makin cantik. Bila kita nak kahwin balik ni?" kata Shazrin Ammar dengan nada yang teruja.

Bunga Anggerik Nathalia menjeling. Dia datang sini, bukan untuk mendengar ayat manis daripada si bekas suami. Sebaliknya, dia ingin lelaki di depannya itu memperbetulkan keadaan itu sahaja.

"Walaikummussalam, betulkan balik statement awak itu. Sebab saya tak nak media buat headline murahan lagi. Saya buta je, bukan tak reti membaca. Saya ada telefon khas untuk orang-orang buta aje." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula.

Geram sungguh dia ketika membaca berita utama di media sosial tentang gosip itu. Headline sampah!

"Hm, cepat betul media di Malaysia ni buat kerja kan? tapi, saya rasa tak salah pun headline yang mereka keluarkan. Memang betulkan, awak ni bakal isteri saya?" kata Shazrin Ammar dengan selamba.

Bunga Anggerik Nathalia mendegus geram. Sejak bila pula ni?

"Eyy, bercakap dengan awak ni. Boleh buat saya gila tahu tak?!" kata Anggerik geram.

Shazrin Ammar pula tertawa kecil.

"Gila boleh. Tapi, gilakan saya. Bila lah saya boleh dengar awak panggil saya abang. Comel aje kalau awak panggil saya abang." Kata Shazrin Ammar pula seraya tertawa lapang.

Suka dia menyakat Anggerik. Wajah itu terlihat comel ketika dia marah.

"Tongkat saya ni dah lama tak pukul orang tahu tak?! jangan sampai kepala awak jadi yang pertama saya ketuk Shaz!" Katanya geram.

"Kesayangan saya, boleh bawa bertenang tak? nanti saya buat pre confference dan jelaskan semuanya termasuk tentang kita. Bagi saya masa boleh?" kata Shazrin Ammar pula.

Dia tidak ingin keadaan bertambah tegang. Jika Anggerik api. Maka, dia harus menjadi air, tenang.

"Bila awak nak buat? saya tak nak nama saya tercemar sebab awak. Saya tak hamak nak kembali dekat awak semula." Kata Anggerik pula.

"Tapi, saya nak awak semula." Jawab Shazrin Ammar tanpa rasa ragu.

Bunga Anggerik Nathalia mengeluh kecil. Dia tahu, Shazrin Ammar bukan seorang yang berputus asa. Dari gayanya sahaja dia bisa tahu.

"Kenapa awak nak kahwin semula dengan saya? saya akan susahkan hidup awak. Saya buta dan tak berguna." Kata Anggerik pula ingin tahu.

Shazrin Ammar pula tersenyum. Alangkah indahnya, jika Anggerik bisa melihat senyumannya itu.

"Sebab awak satu-satunya wanita yang saya cinta. Doa saya selama 5 tahun ini tidak sia-sia. DIA pulangkan tulang rusuk kiri saya dengan versi yang berbeza. Versi yang saya tak mampu untuk ubah dulu." Ujar Shazrin Ammar dengan lembut.

Kerana, bagi jejaka itu. Bunga Anggerik Nathalia adalah wanita terakhir miliknya sampai bila-bila.

"Lupakan saya Shaz. Kalau selama 5 tahun ini awak boleh berdoa agar Allah kembalikan saya untuk awak. Jadi, sekarang berdoalah kepada DIA agar buang rasa cinta itu pada saya. Sebab, kenyataannya kita tidak akan bersama sampai bila-bila." Kata Anggerik pula.

"Saya dah bertunang. Mungkin Allah pertemukan kita semula di versi yang lebih baik. Tapi, versi ini juga saya temui kebahagiaan saya. Saya tak menuntut apa-apa Shaz. Saya doakan awak akan berjumpa dengan seorang wanita yang tulus mencintai awak kelak." Katanya lagi.

Shazrin Ammar hanya diam memandang Anggerik. Lama juga keadaan itu hening.

"Baru bertunang. Belum kahwin lagi. Awak yakin dia jodoh awak? entah-entah dia sekadar persinggahan aje." Kata Shazrin Ammar pula setelah agak lama mendiamkan diri.

Anggerik fikir, lelaki di depannya ini akan berputus asa. Namun, tekaannya salah. Semakin gasak pula dia ingin memiliki dirinya semula. Sungguhlah, Shazrin Ammar sudah banyak berubah.

"Shaz, awak nak jadi perampas ke?" polos Anggerik bertanya kepada bekas suaminya.

"Kalau saya cakap ya? awak nak marah saya ke? selalunya, kita tengok perempuan yang jadi perampas. Sekarang, kita tengoklah pula perampas versi lelaki." Katanya dengan selamba.

Tercegang Bunga Anggerik Nathalia dengan kenyataan yang baru sahaja dia dengar daripada mulut bekas suaminya. Biar betul Shazrin Ammar ni?

"Saya rasa betul lah. Awak gila." Kata Anggerik pula.

Ngeri pula dia dengan Shazrin Ammar.

"Gilakan awak." Jawabnya dengan selamba.

Ya Allah, tengoklah cara dia menjawab pun rasa nak sepak sahaja!

"Saya datang sini, sebab nak bincang tentang itu aje. Bukan nak dengar kata-kata tak masuk akal awak ni Shazrin Ammar." Kata Bunga Anggerik pula geram.

Shazrin Ammar mengukir senyum sinis. Tiada istilah tidak masuk akal jika melibatkan Bunga Anggerik Nathalia.

"Stay away from him, Anggerik. Or else I make you're mine quickly." Kata Shazrin Ammar memberi amaran.

Dia hanya tunang. Bukan suami.

"I love him, so what? saya buta je bukan bisu. I can do whatever I want, because this my life not yours!" Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi geram.

Cetus tawa sinis daripada Shazrin Ammar. Dia akan pastikan, lelaki itu memutuskan pertunangan ini. Tidak salah bukan? dia hanya inginkan haknya semula. Katakan sahaja dia gila. Ya, dia gilakan bekas isterinya salah. Tidak salahkan?

"Then, I'II make sure you can't with him. mark my word Anggerik, you always mine. Just mine not anybody else."

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote &
comment banyak². kalau
tak saya malas updated
werk!

Enjoy & happyreading❣️

SYARAT BAHAGIA | CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin