B A B 3 2

2.8K 210 14
                                    

Usai menunaikan solat isyak. Shazrin Ammar bangun dari tempat solat dan menyimpan sejadah di tempat yang sepatutnya. Setelah itu, barulah dia mendekati meja kecil yang berada di sampingnya lalu di ambil telefon pintar miliknya yang berada di atas meja itu.

Sebelum menelefon bakal isterinya. Ia menghempas badan sasanya di atas katil lalu tangannya mula mencari nombor wanita kesayangannya itu. Setelah mendail nombor tersebut. Dia melekapkan IPhone15nya di telinga.

Tidak lupa juga dengan anak patung Fatimah Zahra yang berada di samping ia capai lalu di pintal telinga arnab itu bersama senyuman sementara menanti Anggerik mengangkat panggilannya.

"Assalammualaikum, siapa ni?" soal si pemanggil dengan nada aneh.

Shazrin pula mengukir senyuman lebar. Akhirnya panggilannya di jawab juga. Tidak sia-sia dia mengungut bakal kakak iparnya di pejabat pada siang hari tadi.

"Walaikummussalam, ni bakal suami awak yang bercakap." Jawab Shazrin Ammar bersama tawa kecil.

Untung sahaja, Fatimah Zahra tiada di mansion mereka berdua. Kerana, dia ingin tidur di rumah Shafiq Ammar. Jika tidak, malu dia kerana angau seperti ini di depan anaknya.

"Saya ni buta je Shaz, suara awak itu saya masih cam. Siapa yang bagi nombor saya dekat awak? dan, awak nak apa telefon saya malam-malam ni?" kata Bunga Anggerik Nathalia dengan suara yang sedikit keras.

Disebabkan dia buta. Jadi, dia di berikan sebuah telefon pintar yang hanya orang buta sahaja bisa guna. Maka, dia bisa tahu bahawa itu adalah nombor asing atau tidak. Lagipun, suara husky serak-serak basah memang milik bekas suaminya.

"Bunga Anggerik Nathalia, boleh tak bila bercakap dengan saya itu lembut sikit? awak ni asyik nak marah aje bila bercakap dengan saya. Awak masih Anggerik yang sama. Yang saya kenal lima tahun lalu. Saya rindu awak." Kata Shazrin Ammar pula.

Dan, telinganya jelas menangkap ada keluhan kecil daripada si penerima panggilan.

"Awak tak jawab pun lagi soalan saya, Shazrin Ammar." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi dengan kurang berpuas hati.

Shazrin Ammar pula tertawa kecil. Dia bisa terbayang-bayang muka wanita itu ketika marah. Wajah itu sentiasa memerah ketika sedang menahan marah.

"Saya dapat dari kakak awak. Sekarang, boleh tak kita bincang tentang kita pula?" Kata Shazrin Ammar lagi.

"Kenapa awak susah nak faham ni Shazrin Ammar? saya tak suka awak. Faham tak? saya tak ada perasaan dekat awak. Dari dulu sehingga kini." Kata Bunga Anggerik geram.

Bahagian yang mana, lelaki yang berada di taliannya ini kurang jelas dengan penjelasan yang dia berikan?

"Tak apa, kalau saya tak dapat awak dengan cara yang sopan. Kita guna cara brutal." Katanya selamba.

Dia tidak kira. Dia mahukan Bunga Anggerik kembali di sisinya. Dia terlalu mencintai Bunga Anggerik Nathalia sehingga meletakkan nama gadis itu di setiap barang-barang yang ia ingin keluarkan. Lihatlah bertapa sayangnya Shazrin Ammar kepada dia.

"Gila! awak manusia paling gila yang pernah saya jumpa! ludah jilat balik. Tak geli ke?" sinis Bunga Anggerik Natahlia melempar kata-kata itu kepada bekas suaminya.

Shazrin Ammar mengukir senyum sinis. Ingin lihat sejauh mana kegilaan ini demi mendapatkan bekas isterinya sendiri?

"Diam, penceraian yang diminta oleh pihak wanita, tiada hak untuk bercakap. I'm lead now!" Balasnya semula tanpa rasa bersalah.

Jika Bunga Anggerik Nathalia keras kepala. Dia juga dua kali keras. Mungkin dulu, dia terlalu berlembut sehingga wanita itu berani untuk menginjak dirinya. Ya, dia silap kerana terlalu berlembut dengan Bunga Anggerik Nathalia ketika lima tahun lalu.

"Shaz..." Keluh Bunga Anggerik sambil menarik nafas untuk kembali berbicara dengan bekas suaminya.

"Saya tak layak untuk awak. Shaz, lupakan saya. Kisah kita dah tamat lima tahun lalu." Sambungnya lagi bersama hela nafas berat.

"Saya tak sempurna. Allah ambil semula nikmat mata yang DIA berikan untuk saya. Jangan susahkan diri awak." Ucapnya lagi.

Bunga Anggeri Nathalia sedang menbentangkan fakta tentang dirinya. Mungkin benar, ini adalah kesilapannya di waktu lalu dan dia harus menebusnya semula dengan cara seperti sekarang.

"Anggerik, that perfection when we are together, I also lack a lot. But, every shortcoming can be filled with the advantages that our partner has. Same liks us, Bunga Anggerik Nathalia." Kata Shazrin Ammar pula dengan nada yang lembut.

"Tiada seorang pun, manusia yang sempurna di atas muka bumi ini Anggerik. Sebab itu lah Allah menciptakan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Sedangkan siang pun selalu menanti kehadiran malam. Bahkan, matahari dan bulan juga selalu menunggu waktu mereka untuk bersama walaupun ia mengambil masa yang cukup lama untuk menunggu." Kata jejaka itu lagi.

Lima tahun dia masih setia menunggu Bunga Anggerik Nathalia tanpa keluh. Di setiap doanya, pasti akan terselit sebuah doa khas untuk Bunga Anggerik Nathalia. Dia selalu berharap bahawa, Allah memakbulkan doanya agar mereka berdua di pertemukan semula dengan versi yang berbeza. Yang lebih baik. Dan, hari ini doa itu di makbulkan olehNYA.

"Saya buta Shaz. Jangan tambah beban awak." Kata Anggerik yang masih tetap menolak untuk kembali bersama dengan bekas suaminya.

Dia tidak ingin kelak. Dia akan menjadi beban yang besar untuk jejaka itu. Dia sedar diri.

"Saya tetap nak awak. Sekalipun awak kehilangan anggota badan, saya tetap pilih awak." Kata Shazrin Ammar dengan yakin.

Dia tidak akan pernah berputus asa untuk mengambil hati Bunga Anggerik Nathalia. Dia lakukan semua ini, demi Fatimah Zahra juga. Dan, bukanlah semata untuk kepentingannyan sendiri.

"Anggerik, awak tak rindu Fatimah? takkan tak ada secebis rasa rindu dekat anak awak sendiri Anggerik? dia anak awak, anak yang awak kandung. Dia selalu tanya tentang awak. Dia teringin nak jumpa awak Anggerik." Kata Shazrin Ammar lagi.

"Masih layak ke saya di gelar ibu kepada Fatimah Zahra? saya seorang ibu yang tak berguna. Saya tak layak untuk jadi ibu Fatimah Shaz. Biarlah dia tak tahu siapa ibu kandungnya. Sebab gelaran itu tak layak untuk saya pegang Shaz." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula.

Rindu? mungkin hanya secebis. Kerana, dia tidak tahu sama ada dia layak atau tidak untuk merindui anaknya sendiri.

"Setiap wanita layak untuk menjadi ibu. Termasuklah awak Anggerik. You know what? you was a great mother. Awak berjuang demi Fatimah Zahra melihat dunia. Saya saksi Anggerik bertapa seksanya awak menahan kesakitan itu." Kata Shazrin dengan nada yang lembut.

"Hm, Shaz saya nak tidur. Saya letak dulu. Dan, saya harap malam ini adalah perbualan terakhir kita." Kata Bunga Anggerik Nathalia seraya terus meletakkan panggilan.

Shazrin Ammar pula meletakkan IPhonennya di atas dada bersama senyuman setelah panggilan di matikan.

"Tak apa, esok masih ada. Kita usaha sampai depan tok kadi!" katanya penuh tekad.

Sungguhlah dia tergilakan jandanya sendiri. Asalkan dia Bunga Anggerik Nathalia, dunia Shazrin Ammar akan sentiasa bahagia.

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote &
comment banyak²
kalau tak saya malas
updated werk!

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu