PROJEK 4

83 18 8
                                    

"Kita kena cepat ke kapal, semua sudah berada di sana?" kata Gempa sambil kakinya dengan pantas berlari di sepanjang taman perumahan itu.

"Sudah, ketua." Yaya membalas.

"Apa yang terjadi sebenarnya ni?! Kenapa Yaya boleh terbang dan kau siapa?!" jerit Solar kerana dia tidak dapat memproses apa yang dia hadapi sekarang.

"Aku adalah Gempa, salah satu pecahan Projek Primordial dan kau salah satunya. Sekarang ini diri kau dalam bahaya. Aku akan bawa kau ke sesuatu tempat yang selamat."

"Sudah tentu aku dalam bahaya! Kau tak nampak ke raksasa-raksasa tu?! Apa benda tu?!" balas Solar lagi.

"Itu adalah Raksasa Mutasi daripada puak Kubulus," terang Gempa.

"Dan apa itu puak Kubulus?!"

BOOM!

Seekor raksasa mutasi gergasi mendarat di hadapan mereka berempat menyebabkan Gempa dan Yaya berhenti secara mengejut.

"Be..Besarnya! Tapi dia warna ungu, adakah dia raksasa yang sama?!" Solar tercengang kerana raksasa mutasi kali ini dua kali ganda besar.

"Ketua, lari! Biar saya uruskan!" kata Yaya sambil menghempus penumbuknya ke tanah dan dinding graviti berwarna merah jambu muncul di hadapan mereka sebagai pelindung.

".. Hati-hati," kata Gempa lalu dia terus berlari arah bertentangan, meninggalkan Yaya.

"Hoi, kau tak patut tinggal Yaya seorang diri lawan benda tu!" marah Solar.

"Dia tahu apa yang dia buat, aku tak sewenang-wenangnya tinggal dia macam tu."

Mendengar kata-kata Gempa itu membuatkan Solar tertanya-tanya. Adakah gadis bertudung itu sangat kuat sehingga Gempa percaya membiarkan dia seorang diri melawan raksasa itu?

"Cuma satu sahaja, kau tak gentleman tinggal perempuan seorang diri lawan benda tu." Solar masih tidak berpuas hati.

"Apa-apa sahaja, aku tahu kekuatan pasukan aku." Gempa terus melompat tinggi ke atas bumbung.

"Egh.. BBB-01, mungkin saya tak dapat bertahan sangat." Tiba-tiba Amato bersuara.

".. Bertahan, Encik Amato. Kita sikit lagi akan sampai," kata Gempa, dia melajukan pergerakkan dia dan menuju ke padang bola.

Di padang bola, terlihat Ais, Ochobot dan Gopal sibuk membaiki kapal angkasa milik mereka.

"Aku rasa tiada lagi kerosakan." Ochobot memeriksa setiap inci badan kapal angkasa itu.

"Baiklah, mari kita hidupkan dia." Ais memasuki kokpit kapal angkasa dan cuba menghidupkan enjin kapal angkasa.

Perlahan-lahan enjin kapal angkasa berbunyi, pada mulanya kedengaran semput tetapi enjin tersebut mula berbunyi dan kapal angkasa itu mula terapung beberapa inci.

"Yeah, berjaya!" jerit Gopal dengan gembira.

"Terbaiklah!" jerit Ais gembira juga.

BOOM!

Tiba-tiba satu bunyi benda terhempas di luar kapal angkasa mengejutkan Ais, Ochobot, Gopal dan Ying.

"Bunyi apa tu?!" soal Ochobot.

"Huh? Ketua!" Ying yang terlebih dahulu ternampak Gempa melalui tingkap kapal angkasa, melambaikan tangannya.

"Semua dah baiki?" soal Gempa sambil menjejak masuk ke dalam kapal.

"Sudah, ketua!" kata Gopal dan Ying serentak.

"Egh.. Kepala aku," celah Solar, matanya terasa berpinar-pinar setelah lama didukung oleh Gempa.

PROJEK PRIMORDIAL [Boboiboy Elemental Malay Fanfiction]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن