PROJEK 3

66 17 8
                                    

"Ayah sudah makan ubat?" soal Solar yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya.

"Sudah. Ayah takkan lupalah," balas Amato dengan nada bergurau.

"Ayah nak Solar bawa ayah ke bilik?"

"Tidak perlu, ayah boleh pergi sendiri. Kamu pergilah tidur dahulu, kamu perlu pergi kerja esok."

"Okey."

Menuruti kehendak Amato, Solar terlebih dahulu masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu memaksa ayahnya kerana dia tahu, ayahnya agak keras kepala jika memaksa. Jadi dia memilih untuk berehat terlebih dahulu, mungkin ayahnya mahu udara segar. Fikirnya.

Setelah pintu bilik Solar ditutup, Amato cepat-cepat masuk ke dalam biliknya sendiri tetapi caranya seperti terhendap-hendap. Bagaikan dia sembunyikan sesuatu. Amato terus menyelongkar almarinya dan mengeluarkan sesuatu, sesuatu yang seperti alat komunikasi. Tangannya yang sudah tua itu berusaha menghidupkan alat komunikasi itu.

"Adakah dia sudah datang ke sini?" fikir Amato.

Sementara itu, Solar terduduk di atas katilnya yang diletakkan di sebelah tingkap. Matanya menatap bulan mengambang yang menyinari langit malam itu.

"Cantik," gumam Solar, perlahan-lahan tangannya diangkat. Dia seperti mahu mencapai bulan yang memukaunya itu.

KRASH!

"AHHHHHH!!"

Tiba-tiba bunyi jeritan dan sesuatu pecah mengejutkan Solar, lelaki itu terkedu setelah mendengar bunyi tersebut.

"Ayah?!" Solar cepat-cepat berlari keluar daripada biliknya, matanya memandang sekeliling keadaan rumahnya yang sudah gelap itu.

"A.. Ayah?" Solar memanggil Amato, perasaan takut mula menyelubungi dirinya.

Adakah pencuri menceroboh rumahnya? Atau ianya pembunuh?

"Tidak, tidak! Aku kena selamatkan ayah!" Solar terus merentap pasu bunga yang berada berdekatan dengan dia.

Dengan penuh berhati-hati, Solar menapak sedikit demi sedikit manakala tangannya bersedia untuk memukul sesiapa sahaja menggunakan pasu yang berada di dalam genggamannya. Dia ingin menghampiri ruang tamu tetapi telinganya tertangkap bunyi dari bilik milik Amato.

"Ayah?!" Solar terus berlari ke arah bilik ayahnya dan terus membuka pintu itu dengan luas.

Alangkah terkejut Solar apabila melihat Amato terbaring di atas lantai manakala seekor raksasa berwarna hijau berada di atas lelaki tua itu tetapi kelihatan Amato menahan mulut raksasa itu menggunakan tongkatnya dengan sepenuh tenaganya.

"Ayah!" jerit Solar dalam keadaan cemas.

"Huh, Solar?! Apa kamu buat di sini?! Lari!" jerit Amato pula.

"Apa kau buat dengan ayah aku?!" Solar melontarkan pasu ke arah raksasa itu sekuat hatinya.

Raksasa itu mengerang kesakitan dan matanya terarah pada Solar, berderam.

"Solar, lari! Lari seka.."

Belum sempat Amato habiskan ayatnya raksasa itu terus melompat ke arah Solar.

"Solar!"

Solar menjerit ketakutan dan cuba melindungi dirinya dengan kedua-dua lengannya.

ZAP!

Sebelum raksasa itu berjaya menerkam Solar, sebatang lembing yang diperbuat daripada batu merejam belakang kepala raksasa itu dan raksasa itu serta-merta mati di atas Solar.

"Ahh!" Menjerit Solar ketakutan, dia cepat-cepat menolak mayat raksasa yang masih segar itu ke tepi. Dia menyapu-nyapu badannya sendiri dengan perasaan jijik kerana darah membasahi badannya.

"Kau tak apa-apa, BBB-07?" Suara seseorang menerpa pendengaran Solar. Matanya terarah pada empunya suara yang bertenggek di atas tingkap yang sudah pecah, Gempa.

"Ke..Kenapa muka kau sama dengan aku?! Apa yang kau nak daripada aku?! Adakah kau yang menghantar raksasa ni?! Adakah aku bermimpi?!" Bertubi-tubi soalan dilemparkan oleh Solar.

"Satu-satu, BBB-07. Aku tidak faham jika kau cakap sepantas itu," kata Gempa sambil melompat masuk ke dalam bilik itu.

"So.. Solar." Suara lemah Amato mengejutkan Solar dan lelaki itu terus mendekati ayahnya dengan pantas.

"Ayah? Ayah tidak apa-apa?" soal Solar dengan cemas, dia memangku kepala Amato di atas ribanya.

"Mu..Mungkin cedera sedikit," balas Amato, kelihatan tangannya berlumuran darah apabila menyentuh perutnya yang sudah tercedera.

"Tidak, tidak! Ayah bertahan, kita akan ke hospital! Hei, kenapa kau tercegat di situ?! Tolonglah!" marah Solar apabila Gempa sekadar tercegat.

".. Aku tak pasti kita mampu keluar dari sini dengan mudah," kata Gempa.

"Huh?! Apa maksud kau?!"

BOOM!

Satu lagi raksasa menceroboh masuk ke dalam rumah Solar dan Amato, memecahkan dinding bilik Amato.

"A..Ada lagi?! Dan kenapa raksasa tu warna ungu?!" Solar membulatkan matanya.

"Serahkan BBB-07 kalau kau nak selamat," kata makhluk asing berkepala kotak, Adudu. Makhluk asing itu melompat turun daripada raksasa itu yang merupakan tunggangannya dan mengacukan lembing ke arah Gempa.

"Kau fikir bawa tentera mutasi durjana kau bersama kau boleh takutkan aku? Heh, tidak. Aku tahu perangai kau macam mana," kata Gempa dengan yakinnya.

"Jadi aku akan gunakan kekerasan terhadap kau! Probe, serang!" jerit Adudu lalu raksasa ungu itu terus menyerang Gempa.

Gempa berdengus sambil melagakan kedua-dua penumbuknya antara satu sama lain dan sepasang penumbuk batu gergasi cuba menghempas raksasa itu sebelum raksasa itu menghampiri dia tetapi raksasa itu juga mempunyai tenaga yang kuat, menahan kedua-dua penumbuk batu gergasi itu.

"A.. Apakah?" Solar yang menonton perlawanan itu, tercengang.

"Kau fikir kau mempunyai kuasa Primordial, kau boleh hancurkan kami lagi?! Kau harus mati!" Adudu melompat ke udara bersama lembingnya, cuba menyerang Gempa daripada atas.

"Heh, siapa yang sebenarnya penyebab kehancuran kerajaan kau?!" balas Gempa, mata emasnya bersinar dan satu kubah kristal yang kecil melindungi dirinya menyebabkan lembing Adudu berlaga pada kubah itu.

"Kau jangan nak lindung diri kaulah, pengecut!" marah Adudu sebelum dia bersiul dan beberapa ekor lagi raksasa berwarna hijau menyerbu masuk ke dalam rumah itu.

Gempa berdecit, tidak mungkin mereka dapat keluar jika kesemua raksasa-raksasa itu sudah mengelilingi mereka.

"Serang dia dan dapatkan BBB-07," arah Adudu dan kesemua raksasa-raksasa itu menyerang Gempa.

Gempa menurunkan kubahnya dan melindungi Solar serta Amato menggunakan kubah kristal itu.

"Golem tanah!" jerit Gempa sebelum satu golem tanah muncul dan menyerang setiap raksasa-raksasa itu, mengikuti pergerakan Gempa.

Gempa menumbuk dan menendang setiap raksasa-raksasa itu menggunakan golemnya tetapi kuantiti raksasa-raksasa itu yang sungguh banyak, Gempa tidak dapat melawan mereka dan raksasa-raksasa itu menerkam mereka secara beramai-ramai.

"Heh. Menyerah sahaja, Gempa." Adudu tersenyum sinis.

"Takkan!" marah Gempa, cuba untuk melawan.

"Kuasa graviti!" Tiba-tiba raksasa-raksasa itu termasuk Adudu mula terapung ke udara.

"Huh?! Apa jadi ni?!" jerit Adudu.

"Ketua, keluar sekarang!" jerit gadis bertudung merah jambu, Yaya.

"Yaya?!" Solar tercengang.

Gempa terus berlari ke arah Solar dan Amato. Tanpa berkata apa-apa, dia terus mengangkat mereka berdua dan melarikan diri.

"Gempa, kau jangan nak lari! Kita belum selesai!" marah Adudu, makhluk asing itu menjerit kesakitan apabila Yaya terus menghempas dia ke atas lantai dengan sangat keras.

"Maafkan aku," ucap Yaya sebelum gadis itu terus terbang mengikuti Gempa.

"Egh.. Kejar mereka! Kejar! Kejar!" jerit Adudu dengan penuh kemarahan dan kesemua raksasa-raksasa itu terus mengejar mereka berempat.

PROJEK PRIMORDIAL [Boboiboy Elemental Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now