" Aku boleh bagi, tapi tak ramai. Kalau aku bagi 10 orang nanti, tak pasal-pasal semua mati macam tu aje. Aku bagi 5 orang, selebihnya kau cari la sendiri. Nak gunakan team Alpha atau apa ikut suka. Yang aku nak sekarang ni apa yang kau rancang berjaya. Kalau tak, aku akan ikut cara aku." Ujar Darwish.

" Ok." Kata Tuan Suhaimi.

Darwish terus bangun dari duduknya.

" Kata ada mensyuarat, cepat la." Sempat Darwish berkata sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Tuan Suhaimi.









      " Mana ni lambat nya.. penat la.." kata Sarah, perlahan sahaja suaranya.

" Kau penat apa? Bukannya kau buat apa-apa pun dari tadi. Duduk situ aje. Bukannya kau lari pusing satu office ni." Kata Kyle yang mendengar rungutan Sarah.

" Penat menunggu. " Kata Sarah.

Mereka yang berada di sana hanya tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut Sarah. Kedengaran seperti luahan dari dalam hati.

Tiba-tiba, Tuan Suhaimi masuk ke dalam bilik mensyuarat itu diiringi Darwish.

" Maaf sebab buatkan kamu semua menunggu lama. Ada hal sikit tadi." Kata Tuan Suhaimi.

Darwish mengambil tempat duduk bersebelahan Rezza. Tuan Suhaimi terus menghidupkan screen projector untuk memulakan perbincangan mereka.

" Macam yang kamu tahu, kamu masih ada 2 hari lagi untuk menangkap Dyna dan Zackry. Pasukan kita dah bekerjasama dengan pihak polis dari China untuk menangkap Zackry. Disebabkan itu tugas mereka, tugas kamu semua dikurangkan, kamu hanya perlu fokus kepada Dyna." Ujar Tuan Suhaimi.

" Semalam, kita kehilangan satu ahli dari pasukan kita iaitu Alya. Dia dan kakaknya ditemui mati dirumah mereka. Alya mati akibat dikelar, manakala kakaknya ditemui mati kerana kehilangan darah yang banyak akibat ditikam. Jadi, saya harap pasukan kamu dapat teruskan misi walaupun kehilangan ahli." Sambungnya lagi.

" Boleh saya tahu siapa yang bunuh Alya? Dyna ke?" Soal Sarah.

" Kita tak boleh tuduh Dyna. Rezza ada bersama Dyna malam tu, dia jalankan misi untuk menangkap Dyna. Betul kan Rezza?" Sampuk Tuan Nizam.

" Betul.. aku ada dengan Dyna. Aku kejar dia dari awal, tapi dia terlepas." Kata Rezza.

" Apa rancangan kita Tuan?" Soal Kyle.

" Kita kena bertindak cepat. Disebabkan gambar Dyna dan Zackry sudah disebarkan, kita cuma perlu menunggu orang buat report. Seingat saya, malam tu juga rumah keluarga Dyna terbakar. Sepupu dia sedang berada di hospital. Kita akan pergi kawal hospital tu, saya yakin Dyna akan datang." Jawab Tuan Suhaimi.

" Tangkap dia sebaik sahaja kamu semua nampak. Misi kalini agak besar untuk kita, disebabkan kita kekurangan ahli, pihak atasan akan menghantar beberapa orang untuk membantu kamu semua. Ada soalan?" Sambungnya lagi.

" Takda Tuan" kata mereka serentak.

" Baiklah, kamu semua boleh bersedia. Kita akan bergerak ke sana sekarang. Pasukan bantuan juga akan pergi. Kawal kawasan hospital tu. " Arah Tuan Suhaimi.

" Rezza, datang ambil waran sebelum pergi ke sana." Kata Tuan Suhaimi kepada Rezza. Rezza menganggukkan kepalanya.

Mereka semua terus keluar dari bilik mensyuarat itu. Mereka membuat persiapan diri sebelum bergerak ke hospital yang sudah ditetapkan.

Selepas mendapatkan waran, Rezza terus mengeluarkan Telefonnya lalu menghantar mesej kepada seseorang.

' SPAJR tengah otw pergi hospital, keluar sekarang.'

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now