B A B 3 1

2.4K 181 5
                                    

"Saya nak kita rujuk semula." Kata Shazrin Ammar dengan serius.

Kali ini, dia akan pastikan wanita yang berada di depannya ini akan menjadi miliknya semula. Jika lima tahun lalu dia terpaksa melepaskan bekas isterinya kerana permintaannya. Maka, sekarang dia akan pastikan Bunga Anggerik Nathalia meminum kembali racun yang telah dia buat lima tahun yang lalu.

Jika lima tahun yang lepas, dia harus menunduk dengan keputusan seorang wanita yang bernama Bunga Anggerik Nathalia. Maka, di waktu sekarang. Wanita itu harus menunduk kepadanya pula.

Sebab apa? sebab cinta itu sentiasa mekar dan selama lima tahun ini semakin bercambah. Tiada kurang bahkan semakin lama semakin bertambah.

Katakan saja, dia gila. Ya, dia gila kerana inginkan cinta pertamanya semula. Cemuhlah dia, kerana menjilat semula ludahnya sendiri tanpa rasa jijik. Dia tidak peduli langsung.

"Shazrin Ammar, dah lima tahun berlalu.  Dan, kisah kita juga sudah lama terhenti. Saya... Saya bukan seorang wanita yang layak untuk bersama dengan awak. Bukalah hati awak untuk orang lain. Yang pasti, orang itu bukan saya." Kata Bunga Anggerik Nathalia setelah agak lama dia mendiamkan diri.

Dia langsung tidak menyangka bahawa. Mereka berdua akan bertemu semula setelah lima tahun. Dan, dia langsung tidak menyangka bahawa pertemuan ini akan menjadi sebuah versi yang berbeza.

Jejaka itu, bukan lagi seorang Shazrin Ammar yang lurus bahkan jauh sekali dengan kata lemah. Malah, hidup lelaki itu jauh lebih baik dari dia. Siapa sahaja yang tidak mengenali nama yang gah itu?

Nama yang selalu di sebut oleh pihak Media bahkan dia juga telah menjadi seorang pemegaruh di seluruh platform digital dengan begitu baik sekali.

"Kenapa awak susah sangat nak faham Anggerik?" keluh Shazrin Ammar.

Wajah bekas isterinya di pandang lagi tanpa berkalih. Di abaikan pandangan yang kurang menyenangkan dari Bunga Azalea Adelia dan Muhammad Azhan Asfar. Dia hanya inginkan Anggerik kembali. Susah sangat ke untuk wanita itu mengerti dirinya?

"Saya masih cintakan awak, lima tahun lepas. Hari ini, esok. Bahkan hingga bumi ini berhenti berputar. Saya tetap cintakan awak." Kata Shazrin Ammar lagi.

Dia tidak peduli. Jika dirinya di tolak berkali-kali. Jika sudah terdesak, dia akan paksa gadis yang berada di depannya ini agar menerima dia semula.

Dia hanya inginkan, Bunga Anggerik Nathalia. Titik!

"Shaz, saya bukan Anggerik yang sempurna seperti dulu. Saya buta." Kata Anggerik pula dengan nada yang kurang senang.

Bagi, Bunga Anggerik Nathalia dia hanya cebisan kisah lalu Shazrin Ammar. Dia hanya asbab agar lelaki itu terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh kisah lalunya yang kelam itu lagi.

Dia akan menjadi beban jika bersama dengan bekas suaminya semula. Lagipun, cinta itu masih tiada untuk seorang lelaki yang bernama Shazrin Ammar.

"Saya tak peduli. Saya boleh jadi mata untuk awak." Balas Shazrin Ammar dengan serius.

Degil sungguh Shazrin ini kan? Lagi orang menolak. Lagi dia paksa.

"Shaz, saya tak layak untuk awak. Saya wanita yang pernah hina awak." Kata Anggerik lagi.

"Dan, saya juga seorang lelaki yang putus untuk terus menagih cinta awak Anggerik." Jawab Shazrin Ammar pula.

Sukarnya untuk memiliki sekeping hati milik Bunga Anggerik Nathalia ini kan? walaupun sudah lima tahun berlalu. Dia masih menagih cinta bekas isterinya itu.

"Saya minta maaf, Shaz. Cinta awak bukan untuk saya." Ucap Anggerik bersama senyuman manis.

Shazrin Ammar mengeluh kecil. Kedua tangan meraup muka yang tampak lesu. Seraya badannya bersandar pada sofa.  Wajah bekas isterinya masih ia tatap bersama rindu yang bersilirat di hati.

"You're make me crazy Anggerik right now. Di mana kekurangan saya lagi Anggerik? I'II do everything for you. Everything Anggerik. Saya dah berubah Anggerik. Saya bukan Shazrin Ammar yang dulu. Saya dah mampu untuk berikan apa saja yang awak inginkan. Tapi, kenapa saya tak pernah dapat cinta awak. Walaupun secebis Anggerik. Kenapa?" kata Shazrin Ammar pula dengan penuh beremosi.

Setelah sekian lama dia tidak menangis. Hari ini, air matanya jatuh tanpa di pinta. Dia tidak peduli dengan pandangan Azalea dan Azhan. Dia hanya meluahkan rasa yang sepatutnya daripada dulu lagi dia luahkan kepada Bunga Anggerik Nathalia.

"Shaz, awak terlalu sempurna untuk saya yang banyak kekurangan ini. Saya minta maaf sebab banyak luka kan hati awak. Jangan tambahkan beban awak Shaz, cukuplah lima tahun lepas saya berikan awak satu bebanan dengan membesarkan anak saya." Ujar Bunga Anggerik Nathalia pula.

Dia melempar senyum hambar.

"Saya dah terima kifarah Shaz. Allah dah ambil semula nikmat untuk saya melihat. Dan, saya tak pernah berharap kita akan bertemu lagi. Sekali lagi, saya minta maaf sebab dah luka kan hati awak untuk kesekian kalinya." Ucapnya lagi lalu bangun dari duduknya dengan bantuan tongkat yang berada di tangan.

Namun, lengan itu cepat di sambar oleh Shazrin. Menghalang agar gadis itu meninggalkan ruangan itu.

"I won't let you go for this time. Try me Anggerik. Sekalipun saya terpaksa heret awak untuk menghadap tok kadi. I will do it Anggerik. Saya bukan Shazrin Ammar yang dulu. Faham?" Katanya dengan sinis.

"We will see later, saya hanya buta Shaz. Saya bukan bisu. Lepaskan lengan saya, takkan dah lupa halal haram kot sejak-sejak dah kaya ni." Balas Anggerik dengan selamba lalu di tolak tubuh itu  secara kasar sehingga jatuh di atas sofa dan meninggalkan ruangan itu bersama senyuman puas.

Jangan fikir, dia seorang wanita yang lemah. Dia hanya buta. Kedua matanya yang tidak berfungsi. Anggota badan lainnya masih berfungsi dengan baik. Setakat hendak tolak Shazrin Ammar itu tiada masalah untuknya.

"You still annoying girl Anggerik, I swear!" jerit Shazrin Ammar geram.

Sketsa itu pula di saksikan oleh kedua insan yang bernama Muhammad Azhan Asfar dan Bunga Azalea Adelia bersama tawa kecil.

"Lea, saya nak nombor Anggerik." Kata Shazrin Ammar pula.

Bunga Azalea Adelia menatap majikannya dengan serba salah.

"Kalau awak rasa nak kerja lama dekat sini, lebih baik awak bagi nombor adik kesayangan awak itu sekarang juga." Ugut Shazrin Ammar dengan selamba.

Asalkan dia dapat nombor wanita kesayangannya itu. Ugutan itu tidak akan menjadi masalah untuknya. Kerana dia tahu, Bunga Azalea Adelia seorang yang sangat patuh akan arahan majikannya.

"Shaz, kau yakin kau masih cintakan adik aku?" soal Azhan pula setelah lama mendiamkan diri.

Shazrin Ammar mengangguk.

"Az, aku betul-betul tak tahu yang Anggerik perlu rasa sakitnya hilang ahli keluarga. Aku juga tak sangka, Asfan akan tinggalkan aku secepat ini. Dia, kawan yang baik Az. Sama seperti kau. Terlalu baik..." Kata Shazrin Ammar lagi bersama senyuman hambar.

Fan, aku dah berjaya Fan. Bisik hati kecilnya.

Dia berharap kejayaan ini dapat di kongsikan bersama sahabatnya. Namun, percaturan Allah itu berbeza. Dan, disebabkan oleh itu dia bertekad untuk mendapatkan sekeping hati Bunga Anggerik Natahlia tidak kira walau bagaimana cara sekalipun.

Dia hanya inginkan Bunga Anggerik Nathalia. Ya, hanya dia...

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote &
comment banyak² tau!
kalau tak saya malas
updated werk!

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now