B A B 2 9

2.5K 217 36
                                    

Lima tahun kemudian...

"Abah." Panggil Fatimah Zahra yang kini sudah berusia lima tahun bersama senyuman manis.

Comel sahaja telatah si kecil itu. Semakin dia membesar semakin muka itu mirip dengan si ibu, Bunga Anggerik Nathalia.

"Assalammualaikum, kesayangan abah. How your day?" bersama senyuman kecil Shazrin Ammar bertanya.

Sebelum menjawab pertanyaan abah. Dia mendepakan kedua tangan meminta untuk di dukung bersama senyuman manis. Seperti biasa, kesayangannya ini sangat manja.

Di dukung si kecil itu bersama senyuman. Di turuti setiap kemahuannya. Namun begitu, Shazrin Ammar masih mengerti bahawa tidak semua kehendak harus di turuti.

"Walaikummussalam, Fatimah dapat banyak kawan. A lot friends!" kata Fatimah Zahra bersungguh-sungguh.

Shazrin Ammar mengukir senyum. Kedua pipi itu di cium seperti biasa.

"Abah ada meeting hari ini. Kesayangan abah nak ikut atau nak abah hantar rumah mama Afrin?" tanya Shazrin Ammar bersama senyuman kecil.

"Fatimah nak ikut abah. Fatimah promise be a good girl!" jawab si kecil itu bersama tawa kecil.

Shazrin Ammar pula mengangguk. Lalu, di buka Audi kesayangannya dan tubuh si kecil ia letak di dalam kereta itu penuh dengan hati-hati. Setelah itu, baru dia meloloskan diri di dalam kereta itu dan kereta itu meluncur membelah jalan raya dengan gahnya.

Siapa sahaja yang tidak mengenali kereta berwarna hitam itu. Sekali pandang, mereka sudah mengetahui bahawa kereta itu milik Shazrin Ammar seorang usahawan muda yang berjaya sekaligus founder kepada barangan kosmetik serta dunia wangian.

Sebut sahaja, nama-nama produk yang di bawah pengeluaran syarikatnya seperti, Anggerik Nathalia Essence, Anggerik Nathalia Skincare Set, Anggerik Nathalia Glamour Collection dan Anggerik Nathalia Floral Veil. Di antara, produk yang telah di keluarkan oleh Empire Anggerik Nathalia Beauty & Beyond  Selama lima tahun kebelakangan ini.

"Abah, lama ke abah jumpa kawan?" soal Fatimah Zahra ingin tahu.

Sekilas si ayah memandang anak perempuan kesayangannya itu bersama senyuman kecil.

"Abah tak pasti lah kesayangan abah. Kalau Fatimah bosan nak tunggu, abah boleh suruh papa Fiq ambil kesayangan abah dekat hotel tu okay?" kata Shazrin Ammar pula bersama senyuman.

Sejenak Fatimah Zahra berfikir. Dia bersetuju dengan cadangan si abah. Tetapi, dia juga tidak boleh berjauhan terlalu lama dengan Shazrin Ammar. Macam mana ini?

"Nanti abah call papa Fiq. Fatimah lapar kalau abah lama." Putus Fatima Zahra.

Dia sudah fikir masak-masak.

"Baik, puteri kesayangan abah. Abah minta maaf untuk hari ini, lain kali abah teman kesayangan abah macam selalu okay?" kata Shazrin Ammar lagi serba salah.

Fatimah Zahra mengangguk bersama senyuman kecil.

"Abah, ini gambar umi ke?" soal si anak ingin tahu.

Sudah lama gambar seorang wanita yang sedang meniknati spageti tergantung di situ. Di tengah cermin kereta itu.

"Ya kesayangan abah. Wanita cantik dalan gambar ini, umi. Isteri kesayangan abah. Bunga Anggerik Nathalia." Kata Shazrin Ammar bersama senyuman manis.

Selama lima tahun ini, tidak pernah walaupun sekali dia melupakan Bunga Anggerik Nathalia. Bahkan, di setiap doa yang ia langitkan pasti akan terselit nama wanita itu. Dia tertanya-tanya di manakah keberadaan wanita itu. Adakah dia sedang berbahagia dengan lelaki lain atau sebaliknya?

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now