B A B 2 8

2.4K 168 14
                                    

"Fiq, macam mana keadaan abang?" soal Nurin Shazran risau.

Luruh jantungnya tatkala melihat Shazrin Ammar di basahi dengan darah. Nasib baik, dia tergerak hati untuk menjengah si abang. Tidak ia sangka bahawa abangnya sangat tekad untuk mengakhiri hidupnya.

Pergelangan tangannya di kelar. Hampir sahaja terkena nadi. Namun, Allah masih panjangkan umur si abang.

"Abang dah stabil. Cuma, Fiq terpaksa ikat tangan dia. Sebab dia masih cuba nak bunuh diri. Fiq..." Rebah tubuh itu di bumi.

Tidak kuat rasanya dia ketika ini, saat melihat bertapa putus asanya Shazrin Ammar untuk saat ini.

"Fiq, kita tak boleh lemah. Kita kena kuat untuk abang. Abang perlukan kita Fiq. Kita yang perlu pulihkan semangat dia." Kata Nurin Shazana pula sekaligus membantu si adik untuk bangun.

"Hari-hari kak, hari-hari abang selalu sebut nama Anggerik. Tak pernah walaupun sehari dia melupakan nama itu. Sekarang baru Fiq percaya kata-kata Afrin bahawa dunia abang adalah ketika dia bersama Anggerik. Tidak kira seberapa teruk luka yang Anggerik tinggalkan untuknya. Asalkan dia bersama Anggerik, baginya semua akan baik-baik saja." Kata Shafiq Ammar pula bersama senyuman hambar.

Beruntungnya seorang wanita yang bernama Bunga Anggerik Nathalia. Di cintai hebat oleh seorang lelaki seperti Shazrin Ammar. Di lepas keluhan kecil tatkala dia teringat akan kata-kata si abang sebentar tadi sebelum ia di berikan ubat penenang sebentar tadi.

"Fiq tak sanggup akak. Fiq tak sanggup tengok keadaan abang yang sekarang. Hidup tetapi seperti patung. Fiq tak kuat bila tengok abang macam tu." Kata Shafiq Ammar lagi.

Nurin Shazana dan Nurin Shazran pula memandang si adik dengan penuh rasa simpati. Mereka sendiri buntu. Bermacam-macam cara sudah mereka lakukan, tetapi semuanya tidak berhasil. Sebegitu hebatnya seorang insan yang bernama Bunga Anggerik Nathalia kerana bisa membuat abangnya seperti sekarang ini.

"Tak apa, nanti Kak Aran dan kak Ana cuba fikir apa yang terbaik untuk abang." Kata Nurin Shazran pula bersama senyuman kecil.

Shafiq Ammar pula memandang kedua kakaknya bersama senyum hambar. Doanya hanya satu, semoga kelak Shazrin Ammar bisa melupakan Bunga Anggerik Nathalia kerana bagi Shafiq Ammar perkara ini tak akan terjadi jika bukan kerana wanita itu.

Di sisi lain, Bunga Anggerik Nathalia baru sahaja bangun dari lena. Sekarang, dia tidak bisa membezakan siang dan malam. Bagi gadis itu tiada beza siang atau malam. Kerana tetap sahaja dunianya gelap.

"Anggerik." Suara Bunga Azalea Adelia membuatkan pergerakan gadis itu terhenti.

"Nak apa? biar Kak Lea tolong." Kata Azalea dengan lembut.

Kali ini, tidak pula gadis itu membantah. Dia menerima pertolongan itu dengan hati yang terbuka.

"Anggerik dahaga." Kata Anggerik dengan suara yang mengendur.

Setelah itu, Bunga Azalea Adelia menuangkan air kosong di dalam gelas lalu di berikan kepada Anggerik dengan cermat.

"Az kata Anggerik dah boleh keluar. Kak Lea ada bawa pakaian Anggerik. Kalau Anggerik nak mandi, kak Lea boleh tolong." Kata Azalea lagi.

Usai membasahkan tekak. Dia berikan gelas kecil itu kepada si kakak.

"Kenapa Kak Lea baik sangat? kenapa abang Az layan Anggerik macam ni? kenapa korang tak buang aje Anggerik? kenapa masih nak simpan orang yang menyusahkan seperti Anggerik ni?" kata Anggerik tersenyum hambar.

"Anggerik bukan beban untuk kami. Ini amanah dan kami perlu laksanakan. Anggerik adik kakak. Adik Az. Mestilah kami berdua inginkan yang terbaik untuk Anggerik. Semua yang berlaku ada sebab Anggerik." Kata Azalea pula sambil meraih tangan si adik.

Dia mengerti ketika ini, emosi si adik tidak stabil.

"Anggerik nak mati..." Ucapnya bersama tangisan kecil.

Bunga Azalea Adelia pantas memeluk si adik membiarkan tangisan kecil terhambur di dalam pelukan hangat itu.

"Ya Allah, it's hurt kak Lea." Ucapnya dengan lirih.

"It's will heal soon, sayang kakak." Kata Bunga Azalea Adelia pula.

Dan, tanpa mereka sedar. Sebenarnya, mereka berada di hospital yang sama. Hanya sahaja kamar yang berbeza. Di satu sudut lain, Shazrin Ammar meronta minta di lepaskan.

"Lepaslah, sakit tahu tak!" jerit Shazrin Ammar geram.

Nur Fatin Emilia dan Muhammad Azhan Asfar menarik nafas lalu mereka mendekati Shazrin Ammar yang sedang meronta itu.

"Kami akan lepaskan encik. Kalau encik beri kerjasama dengan kami." Kata Azhan dengan suara yang lembut.

"Betul, kau akan lepaskan aku? kau tak tipu?" soal Shazrin Ammar inginkan kepastian.

Nur Fatin Emilia mengangguk laju. "Betul, kami janji."

Dan, akhirnya Shazrin Ammar mengalah. Dia berhenti meronta dan menatap kedua doktor itu dengan pandangan tajam.

"Aku nak mati, aku nak jumpa ibu dan ayah aku. Isteri aku dah tinggalkan aku. Sebab aku bodoh, tak guna kan aku? kenapa Tuhan tak cabut je nyawa aku? kan senang!" kata Shazrin Ammar lagi.

Muhammad Azhan Asfar mengukir senyum. Dia duduk berhadapan dengan Shazrin Ammar. Dia faham sebuah kehilangan itu sungguh menyakitkan kerana dia juga baru sahaja kehilangan orang-orang yang paling dia cinta serta sayangi.

"Encik Shazrin tak boleh macam ni. Tak kesian ke dekat anak encik?" soal Azhan dengan lembut.

"Dia masih kecil, dia perlukan encik." Kata Azhan lagi bersama senyuman.

Nurin Shazana perlahan-lahan masuk di dalam kamar yang di duduki oleh si abang bersama Fatimah Zahra yang sedang berada dalam dukung si adik.

"Bah bah..." riang kanak-kanak itu menyebut panggilan keramat itu.

"Fatimah, kesayangan abah..." Ucapnya bersama tangisan kecil.

"Encik, setiap ujian pasti akan ada ganjaran. Kerana hidup di atas dunia ni kita akan di berikan dugaan. Dan, Allah tak akan membebani hamba-hambaNYA. Di sebabkan encik mampu, maka dia menguji encik." Kata Azhan lagi bersama senyuman.

Di buka kedua ikatan itu lalu Fatimah Zahra yang berada di pangkuan si adik bertukar tangan. Di pandang wajah itu dengan penuh kasih sayang.

"Fatimah Zahra kesayangan abah." Katanya lalu di peluk dan ia cium bertalu-talu si anak.

Fatimah Zahra pula tertawa suka dengan kelakukan si ayah.

Di dalam hati, dia sudah bertekad akan membesarkan si anak dengan penuh kasih sayang. Selepas ini, tiada lagi air mata mahu pun putus asa. Yang ada hanyalah seorang Shazrin Ammar yang baru.

Itu tekadnya.

Sementara itu, Bunga Anggerik Nathalia baru sahaja selesai membersihkan diri. Tentu sahaja, si kakak yang membantunya.

"Kak Lea." Di sentuh wajah itu bersama senyuman.

"Anggerik ibu yang jahat kan?" katanya bersama tawa hambar.

Bunga Azalea Adelia memegang tangan si adik. Ia tidak suka Bunga Anggerik Nathalia terus-terusan menyalahkan dirinya atas apa yang sudah terjadi.

"Kak Lea tak suka Anggerik kata macam ni, kita dah janji nak mulakan hidup baru jauh dari sini. Kan?" kata Bunga Azalea Adelia dengan tegas.

Dan, tanpa kedua-duanya sedar doa mereka adalah sama. Seakan menyatu tanpa di pinta.

'Ya Allah, kelak pertemukan kami semula di versi yang lebih baik.'

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote&
comment banyak².
Kalau tak saya tak
nak updated werk!

Enjoy & happyread

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now