36. Kertas terakhir

Beginne am Anfang
                                    

Elfira hanya tersenyum.

Kali ini, tidak ada yang dapat menghalangnya daripada mencapai sesuatu yang Papa mahukan.

"Dewan dah buka, aku pergi ke meja aku dulu ya." Elfira meminta diri. "Bittaufiq wannajah Lia, selawat banyak-banyak."

Dahlia tersenyum dan menarik gadis itu dalam pelukan. Elfira terkesima.

"Kau pun. Aku sayang kau tau. Aku minta maaf kalau aku ada buat salah silap, doakan aku."

"Pasti." Elfira menepuk pundak sahabatnya beberapa kali. Namun, perbuatan itu terhenti apabila Ryan tiba-tiba ada di hadapannya. Mereka berdua saling bertukar pandang.

"Ryan.." lirihnya, membuat Dahlia bingung dan melepaskan pelukan itu.

Dia berpaling, dan mendapati Ryan memang ada di sana.

"Kenapa, Ryan?" Soal Dahlia.

"Syiraz panggil, untuk baca doa sama-sama sebelum masuk ke dewan." Ujarnya singkat sebelum meninggalkan mereka berdua.

Memang itu rutin mereka sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Dahlia dan Elfira saling berpandangan.

"Ikut sajalah."

Mereka berdua mengikuti langkah Ryan yang membawa kepada satu bulatan penuh dengan kawan sekelas mereka. Ayuni pun ada.

"Lambat." Syiraz mendengus.

"Manalah kita tahu," seru Elfira kesal.

"Masing-masing kalau ada doa yang nak dibaca, silakan. Tapi selepas aku baca, baru korang boleh sambung."

"Baik!"

Mereka semua mula menadah tangan separa antara dada dan bahu untuk memohon dengan bersungguh-sungguh. Syiraz membacakan doa dengan lancar.

Dia mengumpulkan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menuntut ilmu serta dipermudahkan urusan. Doa ibu bapa juga tidak terkecuali.

Kemudian, Ryan pula menyambung bacaan doa, diikuti oleh pelajar-pelajar yang lain.

"Aamiin," Mereka semua mengusap muka. Segala doa yang dibaca ikhlas dan tulus daripada hati.

"Aamiin!"

Syiraz menoleh. Rasanya itu suara..

"Untung lah! Kami ni kelas lain.. tak ada orang nak tolong bacakan." Omar mencebik. Syawal dan Ramadan juga mengangguk.

"Ramai cemburu, cuba tengok sekeliling." Syawal bertutur, membuat pelajar kelas 5IQ mengangkat wajah menatap sekeliling mereka.

Benar, semuanya memandang mereka.

"Tumpang doa, boleh, kan?" Ramadan tersengih.

Syiraz mengukir senyum dan angguk.

Mereka bertiga mendekat.

"Nak juga.. boleh?"

Itu Qaseh.

"Qas! Marilah." Ajak Elfira. Qaseh tersenyum sebelum turut masuk ke dalam bulatan tersebut.

"Kelas 5IR, mari berkumpul di sini juga!" Jerit Omar tiba-tiba, menarik perhatian murid kelasnya.

Bermula daripada mereka berempat, tiba-tiba semakin ramai pula pelajar kelas lain menawarkan diri untuk ikut serta. Syiraz menerima dengan hati terbuka.

"Sebenarnya, doa sudah habis." Ujarnya. "Tapi, doa itu memang tertuju kepada batch kita semua. Memang kami niatkan begitu."

Senyuman mula terbit di setiap bibir pelajar-pelajar yang berkerumun di situ. Hanya segelintir saja yang tidak ikut serta.

Senja Terakhir [COMPLETE]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt