" A al Alya.." kata lelaki itu, menahan kesakitan.

" Alya Amanda?" Soal Dyna. Lelaki itu mengangguk kepalanya.

" Dia dekat mana sekarang?" Soal Dyna lagi.

" Rumah dia.. tengah berehat. Kan dia kena tembak." Jawab lelaki itu, jujur.

" Bagus. Now, go to hell." Kata Dyna sebelum dia menghiris leher lelaki itu.

Darah terpercik terkena muka Dyna. Dyna membiarkan sahaja lelaki itu perlahan-lahan meninggal.

Rezza dan Khai tidak mahu melakukan apa-apa. Dyna menghampiri Mia dan opah. Dia memeriksa nadi opah, tiada degupan.

" Opah dah takda akak.. hiks hiks" kata Mia sambil air matanya mengalir membasahi pipinya.

Dyna mengempalkan tangannya.

" Kita kena keluar akak.. diorang pasang bom.. rumah ni akan meletup " kata Mia.

Cepat-cepat Dyna menolong Mia untuk bangun.

" Tolong bawa opah" kata Dyna kepada Khai dan Rezza.

Mereka berdua terus memimpin opah untuk bersama-sama keluar dari sana.


Selepas berjaya keluar, tanpa menunggu lama, rumah itu terus meletup. Disebabkan letupan tidak teruk, hanya rumah itu sahaja yang meletup tanpa menjejaskan kawasan lain.

" Call ambulans. Pastikan Mia selamat. Kalau tak, aku hiris leher korang pula." Kata Dyna kepada Rezza, Khai dan Zackry.

" Kau nak pergi mana?" Soal Zackry.

" Nanti, polis akan sampai, jangan lupa lari. Kalau kau kena tangkap, aku akan pastikan kau mati dulu sebelum masuk penjara." Kata Dyna, mendatar. Soalan Zackry tadi dibiarkan tanpa jawapan.

" Err, baik " kata Zackry, sedikit takut.

" Dyna nak pergi mana?" Soal Khai selepas melihat Dyna mencapai helmetnya lalu menghidupkan motornya.

" Ambil tugas malaikat maut." Jawab Dyna, mendatar. Dia terus menunggang motornya berlalu pergi.

" Apa maksud dia?" Soal Rezza kepada Khai.

" Ada orang akan mati kejap lagi. Mati dengan cara yang kejam. Semoga orang tu sempat bertaubat." Kata Khai, jujur.



Dyna keluar melalui simpang dari kampung itu, dia terserempak dengan Rafeeq dan Sam yang sedang memandu kereta masing-masing.

Rafeeq terus membuka tingkapnya selepas melihat Dyna. Dyna menghentikan motornya.

" Apa yang jadi? Zackry cakap Dyna hilang kawalan?" Soal Rafeeq.

" No, I'm fine. Tolong jaga Mia." Kata Dyna.

" Dyna nak pergi mana?" Sampuk Sam.

" Ada orang dah cari pasal. Dia dah ambil nyawa seseorang, jadi Dyna akan ambil nyawa dia sebagai pengganti." Kata Dyna, mendatar.

Dyna terus memandu pergi meninggalkan Rafeeq dan Sam.

" Ikut dia. Aku risau orang lain yang akan terbunuh sekali." Kata Rafeeq kepada Sam.

Sam mengangguk kepalanya. Dia mengikuti Dyna seperti yang diarahkan Rafeeq.





            Dyna tiba di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dia memarkir motornya lalu melangkah masuk ke dalam.

Pintu diketuk dahulu, seseorang membuka pintu selepas mendengar ketukan.

" Ya? Cari siapa? Err, kenapa muka kamu berdarah ni?" Soal seorang wanita berumur 30-an.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now