B A B 2 6

2.2K 192 15
                                    

Gelap. Itulah gambaran yang sesuai untuk di berikan kepada Bunga Anggerik Nathalia. Dengan sekelip mata sahaja, Allah menarik semula nikmat untuk dia melihat dunia yang penuh dengan tipu helah ini. Bahkan, dalam sekejap dia juga telah rasmi menjadi seorang anak yatim piatu.

Benarlah, di atas dunia ini dan isi-isinya adalah milik Allah.

Selain itu, doktor turut mengesahkan bahawa Bunga Anggerik Nathalia mengalami buta penglihatan akibat tusukan serpihan kaca di kedua belah matanya. Entah ia buta sementara atau selama-lamanya juga dia tidak pasti. Kerana, doktor masih belum bisa memberi sebarang jawapan untuk itu.

Hidup seorang Bunga Anggerik Nathalia juga di penuhi dengan kejutan. Tidak cukup dengan penglihatannya di tarik. Datang pula seorang wanita yang berusia 40-an mengaku bahawa dia merupakan isteri kedua kepada arwah Tuan Besar Fakhrul Adlan.

Usai pengembumian ahli keluarganya di laksanakan. Dia bangun dari duduknya yang beralaskan tikar mengkuang itu. Dia dapat rasai bahawa ada tangan yang sedang membantu dirinya. Namun, serta merta di tolak pertolongan itu.

"Jangan sentuh aku. Aku boleh bangun sendiri." Kata Bunga Anggerik dengan suara yang sedikit keras.

Untuk saat ini, dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya sudah menjadi seorang yang buta. Dan, dia juga masih tidak percaya bahawa sekarang ini, dia hanya hidup sebatang kara. Tanpa sesiapa di sisi..

Di dalam hati, dia tertanya-tanya adakah ini kifarah untuk dirinya di atas dosa-dosa serta perbuatan yang kejam ia lakukan kepada seorang insan bernama Shazrin Ammar?

"Anggerik, biar ibu tolong." Lembut Puan Cempaka berkata.

Ya, isteri kedua Tuan Besar Fakhrul Adlan bernama Puan Cempaka. Manakala, anak perempuannya pula bernama Bunga Azalea Adelia.

"No need." Kata Anggerik pula lalu ia berjalan seraya tangannya terawang-awang mencari jalan.

"Kadang-kadang dalam hidup kita ni. Jangan terlalu sombong. Kalau buta, buat cara kita buta. Orang buta perlukan pertolongan orang yang boleh tengok dunia ini lagi." Kata Bunga Azalea Adelia sambil tangannya memegang erat bahu si adik tiri agar mereka bertiga bisa keluar dari perkarangan kubur dengan mudah dan cepat.

"Aku tak perlukan pertolongan daripada orang macam kau, murah. Mak kau gatal sangat ke sampai kahwin dengan baba aku?" kata Bunga Anggerik Nathalia dengan sinis.

Sampai sahaja di tempat Parkir kereta. Bunga Azalea Adelia dengan berhati-hati membuka pintu kereta Axia dan membantu Anggerik agar gadis itu bisa duduk dengan selesa. Barulah dia akan membalas atau mengungkap kebenaran tentang semua rahsia ini, hari ini juga.

"Ibu aku bukan seorang wanita murah seperti yang kau tuduh. Kalau bukan sebab arwah umi yang beria-ria nak ibu berkahwin dengan baba. Ibu aku pun tak inginlah!" Kata Bunga Azalea Adelia dengan suara yang keras.

"Kelakar lah kau ni, tak hamak konon. Tapi, kahwin dengan baba aku juga." Selamba Anggerik menjawab.

Bunga Azalea Adelia mengeluh kecil. Ia melihat Puan Cempaka untuk seketika. Sebelum kembali kembali berbicara.

"Untuk pengetahuan kau Bunga Anggerik Nathalia, kau adalah anak kandung ibu. Dan, Muhammad Asfan Najmi juga sama. Umi tak boleh mengandung. Umi, mandul dan dengan rela hati umi bagi kebenaran untuk baba kahwin lagi. Tapi dengan syarat, umi nak jaga kau dengan Asfan. Sebab dia teringin sangat nak anak." Kata Bunga Azalea Adelia pula.

"Masa ibu mengandungkan aku. Ibu tak sampai hati hendak beri aku kepada umi. Di dalan dunia ini, ibu mana yang sanggup bagi anak yang di kandung selama sembilan bulan dekat orang lain. Kalau ada orang yang macam tu. Dia memang kejam!" Katanya lagi bersama nafas yang di tarik untuk melanjutkan lagi cerita.

"Kali kedua dan ketiga, ibu mengandung. Umi berkeras nak jaga kau dengan Asfan. Ibu terpaksa serahkan kau dan Asfan dekat umi. Walaupun, aku saksi hari-hari ibu menangis sebab rindukan kau dan Asfan." Ujarnya lagi.

"Dulu masa kau kecil, umi selalu bawa kau untuk jumpa dengan ibu. Sama juga dengan Asfan. Tapi, bila kau dah menginjak remaja. Kau degil, sombong dan keras kepala bila umi ajak kau untuk jumpa ibu. Berbeza dengan Asfan, Asfan dah lama tahu kebenaran ini. Kau aje yang belum sebab aku tahu, kau takkan boleh terima hakikat bahawa kau anak kandung Puan Cempaka bukan Bunga Dahlia Nathalia." Kata Bunga Azalea Adelia lagi.

Puas dan lega hatinya ketika memberitahu sebuah kebenaran yang sudah berpuluh tahun mereka rahsiakan daripada Bunga Anggerik Nathalia.

"Umi yang bagi kau nama, sebab umi sangat sayangkan kau. Bagi umi, kita adalah penyeri hidupnya. Tapi, apa yang kau balas dekat umi? kau malukan dia, maki dan kurang ajar dengan dia." Kata Azalea lagi geram.

Bunga Anggerik Nathalia terdiam seribu bahasa. Sesak hatinya ketika mengetahui bahawa sebuah kebenaran itu sangat menyakitkan hatinya.

"Aku nak balik." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan suara yang mengendur.

Dan sepanjang perjalanan pulang dari runah. Masing-masing hanya membisu seakan melayani perasaan sendiri. Usai sahaja sampai di rumah, Bunga Anggerik Nathalia mengurungkan dirinya di dalam bilik dengan bantuan Azalea dia bisa untuk naik ke kamarnya.

"Kenapa kehilangan ini sangat sakit, Ya Allah." Ucap Bunga Anggerik bersama tangisan kecil.

Di pukul, dadanya agar reda sesak di dalam dada.

Sementara itu, Puan Cempaka yang berada di dapur memandang anak sulungnya yang sedang memasak untuk makan malam sekaligus tahlil dengan pandangan yang risau.

"Lea, ibu risau dengan Anggerik." Kata Puan Cempaka resah.

"Ibu, jangan risau. Lea tak rasa Anggerik akan lakukan perkara yang bodoh." Kata Azalea pula menenangkan hati si ibu.

"Lea, luka di dalam hati tak ada satu orang pun boleh baca. Mungkin, di luar Anggerik nampak baik-baik aje." Kata Puan Cempaka lagi.

Bunga Azalea Adelia pula mengeluh kecil. Di pandang si ibu bersama senyuman hambar.

"Lea tahu, ibu marah dekat Lea tentang tadi yang dekat kuburkan? Lea, minta maaf ibu. Sungguh, tiada niat langsung Lea nak sakitkan hati ibu. Anggerik perlu tahu kebenaran yang sebenar ibu, Lea tak sanggup dengar ibu di hina oleh dia. Anak kandung ibu sendiri." Kata Bunga Azalea Adelia pula.

"Bu, cepat atau lambat. Anggerik perlu tahu perkara yang sebenar. Lea tahu, ibu marah sebab masa Lea beritahu itu tak sesuai. Lea minta maaf ibu." Kata Azalea lagi bersama senyuman kecil.

"Tak apa lah Lea. Perkara tu dah berlaku pun. Ibu tahu, Lea buat semua ini sebab Lea sayangkan ibu." Kata Puan Cempaka bersam senyuman kecil.

Hanya sahaja dia khuatir, kelak Bunga Anggerik Nathalia bisakah menerima dia dan Azalea untuk terus menjaganya nanti?

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote&
komen tau banyak².
Kalau tak, saya malas
updated werk!

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWo Geschichten leben. Entdecke jetzt