" Kau naik dengan Khai ajelah.." kata Dyna kepada Zackry.

Zackry mengangguk kepalanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta.

" Eh ayang" kata Fairuz. Dyna terus menghentikan langkahnya.

" Ya?"

" Tadi Ayie ada datang hospital, dia ada bagi ni.." kata Fairuz sambil menghulurkan pen drive kepada Dyna.

" Ok thanks.." kata Dyna sambil mencapai huluran Fairuz.

" Apa isi dalam tu?" Soal Fairuz.

" Bukti" jawab Dyna.

" Ouh.. okey, take care tau.." kata Fairuz.

" Baik.. bye " ucap Dyna sebelum dia berlalu pergi.








                   " Aku ada kerja yang nak kau settle kan." Kata Alya sebaik sahaja panggilan yang dibuatnya dijawab.

" Apa tu?" Soal suara garau dari sebalik telefon.

" Aku akan bagi kau satu lokasi. Pergi sana, bunuh orang yang ada, bakar rumah tu. Jangan tinggal satu sisa pun. Pastikan tak kantoi." Ujar Alya, sinis.

" Baik." Kata lelaki itu.







               " Nak buat apa dulu ni?" Soal Khai sebaik sahaja mereka tiba di kelab Gatell'z.

" Dyna dan Zackry akan masuk, Khai tunggu luar." Kata Dyna.

" Wo wo, kenapa Khai kena percayakan manusia ni?" Soal Khai.

" Sebab aku manusia lah kau kena percaya. Bukannya serigala jadian." Sampuk Zackry.

Khai terus menjeling Zackry.

" Stop bullshitting." Kata Khai.

" Jangan nak bergaduh. Zackry masuk dengan Dyna sebab kitorang nak periksa keadaan dalam. Khai nak masuk ke? Mata tu sanggup nak tengok perempuan-perempuan seksi dekat dalam?" Soal Dyna.

" Uish.. taknak lah, trauma." Kata Khai sambil menutup matanya.

" Haa, tunggu sini. Jangan buat hal. Apa-apa rojer." Pesan Dyna.

" Baik. Woi Zackry, jaga adik aku. Jangan biarkan lelaki-lelaki dekat dalam tu mengorat dia. Kalau tak aku bunuh kau." Kata Khai.

" Ya la.. Abe ni garang la.." kata Zackry.

" Dah jom la" arah Dyna.

Mereka memakai alat mendengar agar mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Dyna dan Zackry terus masuk ke dalam. Khai pula menunggu di dalam kereta.



" Berpecah, kalau jumpa dia bagitau.." arah Dyna.

Mereka berdua terus berpecah untuk mencari kelibat Tuan Suhaimi.

Selepas beberapa minit mencari, kelibat Tuan Suhaimi tidak dijumpai mereka.

" Kau jumpa tak?" Soal Dyna dengan menggunakan alat mendengar.

" Tak" jawab Zackry.

" Tempat ni besar.. Cuba cari dekat atas" arah Dyna.

" Baik" kata Zackry. Zackry terus naik ke tingkat seterusnya bagi mencari di atas.


" Eh Zack" tegur seorang lelaki selepas melihat Zackry.

" Chong? " balas Zackry.

" Buat apa dekat sini?" Soal Chong.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now