" Tapi saya nak tangkap Dyna Tuan." Kata Alya.

" Utamakan keselamatan kamu dulu. Tangan dan kaki kamu ditembak, macam mana kamu nak tangkap dia?"

" Saya boleh cuba.." jawab Alya.

" Ikut kamu lah. Pastikan jangan menyusahkan rakan sepasukan kamu." Kata Tuan Suhaimi, pasrah.

" Kenapa semua kena tembak sekali sahaja, tapi kau kena tembak dekat tangan dengan kaki?" Soal Kyle kepada Alya.

" Mana la aku tau. Tiba-tiba aje kena." Jawab Alya.

Rezza hanya memandang Alya dengan wajah yang tertanya-tanya.

' Fitnah Zackry? Kau fitnah dia ke Alya? Itu sebab kau kena tembak. Kenapa tak bagitau aje?' soal Rezza didalam hati.














                      Khai terus membaringkan diri di atas sofa sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Penat sungguh dirinya selepas menyelamatkan adik kesayangannya itu.

" Hmm " Khai mendengus perlahan.

" Penat sangat tu" kata Rafeeq sambil mengambil tempat duduk bersebelahan Khai.

" Penat la.." kata Khai.

" Alololo, manja kali dia.. memang kau yang tembak semua orang dekat situ." Kata Zackry dengan nada yang mengejek.

Khai terus menghantar jelingan tajam kepada Zackry.

" Itu la.. kau tembak tangan budak Alya tu aje.. yang lain Sam yang tembak guna sniper." Sampuk Rafeeq.

" Ish, penat juga tau. Bukannya aku taknak buat kerja banyak, tapi itu aje yang aku boleh buat. Kalau ramai orang dekat situ, bolehla aku bersuka ria bantai diorang." Kata Khai.

" Hek eleh. Yang aku suruh spam machine gun kau taknak." Kata Zackry.

" Ini Khai la. Tak main la lawan guna weapon." Kata Khai, selamba.

Zackry hanya menghantar jelingan kepada Khai.

" Sorry laa menyusahkan.. thanks tau sebab tolong Dyna larikan diri.." sampuk Dyna.

" Takpa laa.. lagipun kalau Dyna masuk penjara, sampai ke penjara tu kitorang selamatkan Dyna." Kata Rafeeq, lembut.

" Betul betul betul! " Kata Khai.

" Tapi, hal apa yang Dyna settle kan dekat sana?" Soal Rafeeq.

" Tuan Nizam. Dia tu dah macam ayah kandung Eiman. Dia yang tolong jaga Eiman waktu Eiman kena buang dari keluarga dia dulu. Dia juga yang dah latih Eiman. Dia tahu Eiman mati sebab kena bunuh." Ujar Dyna.

" Dia yang buka balik Kes ni. Dia tahu Dyna akan balas dendam, jadi Dyna nak minta tolong dia. Lagipun tadi, Dyna suruh dia bagitau Fahrin supaya Fahrin bagitau korang." Sambungnya lagi.

" Tapi, Eiman ada abang kan? Mana pergi abang dia tu?" Soal Khai.

" Emm entah, Eiman ada pernah cakap. Dia dengan abang dia ada contact antara satu sama lain dulu. Sekarang taktahu mana pergi abang dia. Dulu Eiman cakap abang dia ada dekat Sabah ka Sarawak tah." Jawab Dyna.

" Ouhh.."

" Sekarang Dyna nak buat apa?" Soal Sam.

" Esok, Dyna akan pergi memburu orang tua tu. Disebabkan Sam dah tembak pasukan Alpha, jadi senang sikit Dyna nak buat kerja. Lagipun, esok hari Sabtu. Orang tua tu mesti akan pergi kelab yang dia selalu pergi." Kata Dyna.

" Nak ikut. " Sampuk Khai.

" Tak payah. Dyna pergi dengan Zackry aje." Kata Dyna.

" Sikit-sikit Zackry, sikit-sikit Zackry. Makan Zackry, tidur Zackry, nanti lekat aje gambar muka Zackry depan muka tu. Benci aku dengan Zackry nih." Kata Khai, tidak berpuas hati.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now