B A B 2 3

1.8K 154 7
                                    

Enam bulan kemudian...

Di dalam keheningan malam. Tepatnya pukul5 pagi. Di dalam sebuah ruangan bersalin ada seorang wanita yang suaranya menjerit dengan lantang kerana kesakitan yang semakin mencengkam. Di sisinya, ada seorang lelaki yang masih setia menemaninya. Ia memberikan kata-kata semangat untuk si wanita.

Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya ketika dia ingin melahirkan. Dan, mengapa begitu sukar untuk dia melahirkan seperti orang lain?

"Sakitlah sial! kau faham bahasa tak sakit?!" tempiknya dengan suara yang begitu lantang.

"Ya, saya tahu. Sikit lagi. Awak boleh Anggerik." Lembut suara Shazrin Ammar memujuk wanita itu.

Dadanya terasa sesak ketika melihat kesakitan yang perlu di tanggung oleh wanita itu. Mukanya semakin memerah menahan sakit. Dahinya juga merenik peluh-peluh yang menitik. Hanya, Bunga Anggerik Nathalia sahaja yang rasai kesakitan itu. Dan, hanya dia sahaja yang tahu bertapa sakitnya rasa ingin melahirkan seorang anak.

"Aku tak boleh! aku tak mampu. Sakit sangat..." Ucap Bunga Anggerik Nathalia lagi dengan suara yang semakin melemah.

Detik-detik yang paling ia takutkan. Kedua mata wanita itu semakin kuyu. Badannya jatuh melemah. Bahkan, hembusan nafasnya juga semakin lama semakin singkat.

"Doktor, tolong isteri saya!" jerit Shazrin Ammar dengan cemas.

Untuk seketika dunianya terasa gelap. Dia hanya menuruti sahaja arahan daripada doktor yang bertugas. Di sebabkan keadaan Anggerik yang agak kritikal. Mereka terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi itu terlebih dahulu. Kerana, bayi itu hampir sahaja lemas.

Setelah satu jam berlalu, akhirnya seorang doktor wanita yang bernama Amelia keluar daripada ruangan bilik pembedahan bersama seorang bayi. Dia yang melihat perkara itu terus sahaja meluru ke arah doktor Amelia.

"Doktor, macam mana keadaan isteri dan anak saya?" soal Shazrin Ammar tanpa berbasi basi.

Jelaslah, raut wajah itu kelihatan sangat risau.

"Alhamdulillah, dua-dua selamat Encik. Tahniah, Encik Shazrin. Encik dapat anak perempuan." Jawab doktor Amelia lalu menyerahkan bayi yang di gendong kepada sang ayah.

Sebak dan bahagia. Itu perasaan yang ia rasakan ketika ini. Di lihat wajah sang anak yang baru sahaja lahir di atas dunia bersama senyuman.

"Assalammualaikum, anak perempuan kesayangan abah." Bisik Shazrin Ammar lalu di cium dahi sang anak penuh dengan kasih sayang.

"Selamat datang ke dunia, Fatimah Zahra." Ucapnya lagi bersama senyuman manis.

Tersentuh hati, doktor Amelia melihat adengan itu. Dalam banyak-banyak pesakit. Entah kenapa, lelaki di depannya ini bisa membuatkan dia sebak. Mungkin kerana, dia tulus dan setia menanti sang isteri juga anak di luar ruangan ini.

"Encik Shazrin boleh iqamatkan anak dulu yer. Encik boleh melawat isteri Encik lepas kami pindahkan dia ke ruangan biasa." Kata doktor Amelia pula dengan nada yang lembut.

Shazrin Ammar pula mengangguk faham. Setelah itu dia beredar dari situ mencari arah kiblat untuk iqamatkan Fatimah Zahra. Permata yang paling bernilai untuk dirinya.

"Abah akan jaga Fatimah Zahra dengan baik. Abah akan pastikan anak abah tak akan hidup dan rasa susah itu kelak. Terima kasih kesayangan abah sebab hadir di dalam hidup abah." Ucapnya lagi bersama deraian air mata.

Ya, setelah ini selesai. Tiada lagi wajah makian daripada Bunga Anggerik Nathalia dan dia harus pergi jauh dari sini. Persoalannya, mampukah dia jauh dari wanita itu. Ya Allah, aku mohon berikan petunjukMu. Bisik hati kecilnya.

Dua hari kemudian, waktu sangat singkat untuk mereka terus bersama. Namun, ia terlihat sangat tenang ketika menemui Bunga Anggerik Nathalia yang sedang berada di tingkat 17 bersama sang anak.

"Ya Allah, aku tak kuat..." Katanya bersama suara yang berusaha untuk dia kawal.

Dia hanya lambat sedikit sahaja. Mengapa begitu kejam wanita yang berada di depannya ini?

"Aku benci budak ni! sebab dia dia dah musnahkan cita-cita aku!" Ucap Bunga Anggerik Nathalia bersama tangisan.

Semakin Shazrin Ammar mendekat. Semakin wanita itu berundur.

"Jangan dekat, kalau kau dekat. Aku tak teragak-agak untuk campak budak tak guna ni!" Ugut Bunga Anggerik Nathalia.

Dia tidak pernah main-main dengan dalam berkata-kata. Sedangkan binatang pun tahu dan mengerti tentang kasih kepada anak. Sebaliknya dia, tiada langsung sifat seorang ibu.

"Anggerik, jangan bunuh anak saya." Kata Shazrin Ammar pula dengan nada yang masih berlembut.

Dia risau wanita itu akan bertindak di luar kawalannya. Nafas di tarik perlahan-lahan untuk menenangkan dada yang semakin lama semakin rasa sesak.

"Ambil budak haram ni, sebelum  aku pijak sampai mampus!" jerit Bunga Anggerik Nathalia dengan sinis.

Shazrin Ammar mengangguk. Ia mendekat lalu di ambil anaknya itu bersama nafas lega. Kemudian ia melihat bekas isterinya bersama senyuman kecil.

"Kenapa awak buat macam ni Anggerik? benci sangat ke awak dekat anak yang tak berdosa ni? dia seorang bayi yang baru berusia dua hari. Tak pernah ke walaupun sekali, sekali saja Anggerik awak sayangkan dia di dalam hati awak? tak pernah ke walaupun sekali hati awak menyayangi dia walaupun ia hanya secebis? dan, pernah tak awak terbayang bertapa sukarnya untuk awak melahirkannya? nyawa awak jadi taruhan Bunga Anggerik Nathalia." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang menahan sebak.

Kedua mata mereka bersambung. Di atas rooftop itu hanya ada mereka berdua. Peluh dan sakit di bahagian pembedahan langsung ia tidak peduli. Yang penting hatinya puas. Kerana sekali dia benci. Maka, selama-lamanya dia akan membenci.

"Racun pun aku sanggup bagi dekat budak tak guna ni lah! kenapa Allah itu jahat?! kenapa Allah tu tak ambil aje nyawa budak bodoh ni ha?! kenapa Allah susahkan hidup aku hendak rasakan kesakitan sedangkan aku tak pernah berharap budak tak guna ni lahir! kau tahu tak, hari-hari aku doa supaya Tuhan matikan budak ni! hari-hari Shazrin Ammar. Setiap hari! tapi sekali pun Allah tak makbulkan doa aku!" kata Bunga Anggerik Nathalia tanpa sebarang perasaan bersalah walaupun sedikit.

Shazrin Ammar menarik nafas dalam-dalam biarlah wanita ini membenci anak ini sekalipun. Tetapi, dia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya tentang Fatimah Zahra. Dia pandang bekas isterinya dengan pandangan yang lembut.

"Anak kita, saya namakan Fatimah Zahra supaya dia jadi seorang insan yang kuat kelak seperti Fatimah anak Nabi Muhammad S.A.W." Kata Shazrin Ammar pula lalu perlahan-lahan dia berjalan untuk masuk di dalam hospital semula.

Namun, langkah itu terhenti dan menoleh semula ke arah bekas isterinya.

"Semoga awak selalu bahagia Anggerik. Saya masih berharap jodoh masih milik kita, kesayangan saya." katanya lagi bersama senyuman hambar.

"Saya selalu doakan awak, Bunga Anggerik Nathalia selalu..." Ucapnya lagi lalu berjalan tanpa sedar ada mutiara jernih yang mengalir perlahan-lahan membasahi pipi.

Sehingga di saat ini. Nama, Bunga Anggerik Nathalia masih bergetar di dalam hatinya. Walhal, hatinya sudah hancur sehancurnya. Namun, tetap sahaja wanita itu selalu menjadi satu-satunya alasan mengapa dia harus terus bernafas di atas muka bumi ini.

Ya, dia Bunga Anggerik Nathalia. Wanita terakhir milik Shazrin Ammar.

Hello! okay tak?
typo abaikan.

Jangan lupa vote&
comment banyak² tau!
kalau tak saya malas
updated werk!

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now