" Ha nak cakap apa? " Soal Fahrin selepas mereka memesan makanan.

" Pasal Dyna" jawab Rezza.

" Apa? " Soal Fahrin.

" Aku nak kau jujur. Kau aje yang aku boleh percaya sekarang. Apa rancangan sebenar Dyna? Betul ke dia nak bunuh Tuan Suhaimi dan Alya? "

" Kau nak aku jujur? " Soal Fahrin. Rezza tidak menjawab, dia hanya menganggukkan kepalanya.

" Ya, Dyna memang nak bunuh Tuan Suhaimi. Tapi bukan Alya. Dia takkan bunuh pasukan dia sendiri. Dia juga takkan bunuh orang sesuka hati tanpa sebab." Kata Fahrin, jujur.

" Tapi kenapa dia nak bunuh Tuan Suhaimi? Apa yang Tuan Suhaimi buat dekat dia?" Soal Rezza.

" Dia nak balas dendam. Dendam yang dia pendam selamani. Dendam yang dia nak lupakan, tapi tak boleh. Dendam yang buat trauma dia datang kembali." Jawab Fahrin. Dia memperlahankan sedikit suaranya agar pelanggan lain tidak mendengar perbualan mereka.

" Dendam? Apa yang Suhaimi tu buat dekat dia? "

" Bukan dekat dia, tapi dekat Eiman." Kata Fahrin.

" Hah? Tak faham lah."

" Eiman tu arwah tunang Dyna. Kau tahu kan? " Soal Fahrin.

Rezza mengangguk kepalanya.

" Eiman mati bukan sebab kena bunuh dengan musuh. Tapi sebab lain" sambungnya lagi.

" Yaa, banyak kali aku dengar benda tu" sampuk Rezza.

" Ish, diam. Bagi aku explain " kata Fahrin.

" Eiman mati sebab kena bunuh dengan ketua dia sendiri. Ketua yang mengarah untuk misi dia. Dan ketua dia tu adalah Tuan Suhaimi." Sambung Fahrin.

Rezaa tergamam.

" Why?" Soal Rezza.

" Kau percayakan aku?" Soal Fahrin.

" Yaa " kata Rezza.

" Jangan bagitau sesiapa. Kenapa aku suruh kau siasat senyap-senyap pasal persoalan kau tu? sebab Tuan Suhaimi. Aku takut kau kena apa yang Eiman kena dulu." Kata Fahrin.

" Eiman kena bunuh waktu dia jalankan misi. Sepatutnya dia takda apa-apa misi waktu tu, dia sepatutnya pergi cari baju nikah dengan Dyna. Tapi, dia dapat call dari Tuan Suhaimi. Tuan Suhaimi minta dia pergi siasat satu bangunan lama, dia dengan partner kerja dia." Sambungnya lagi.

" Lepas tu apa jadi? " Soal Rezza selepas Fahrin tiba-tiba menghentikan percakapannya.

" Lek luu, makan dulu baru kamu" kata Fahrin selepas makanan yang dipesan sudah siap.

" Makan sambil cerita laa" kata Rezza.

" Yaa " kata Fahrin.

" Lepastu... "






Setahun yang lalu....

             Eiman mencapai Telefonnya setelah Telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

" Ya tuan? " Soal Eiman.

" Saya nak kamu datang pejabat sekarang. Ada misi yang kamu kena lakukan" kata Tuan Suhaimi.

" Err tapi bukan ka saya cuti harini?" Soal Eiman.

" Ini penting. Datang sekarang. Kamu dengan Fendy akan pergi lakukan misi" kata Tuan Suhaimi.

" Baik" kata Eiman. Tuan Suhaimi terus menamatkan panggilan.

" Ish macam mana ni.. sepatutnya aku cari baju harini.. dah la lagi seminggu nak nikah. Haishh" gumamnya sendiri.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now