" Aikk? Aku cuma nak tolong matikan bom tu aje.. si minah senget tu yang tiba-tiba pukul aku. So tangan aku terkena butang yang salah la.. tiba-tiba nak tuduh orang. Dah la tak pandai tikam. Yang dia pandai tuduh orang aje." Kata Zackry, dia tidak berpuas hati selepas dirinya dituduh.

" Nanti kita lempar dia dekat loji taik tau! " Kata Khai , penuh manja kepada Zackry.

" Ataupun... Kita gantung dia dekat puncak menara KLCC tu, biar dia terseksa atas tu. Kalau ada petir, biar petir tu sambar dia. Baru la berakal sikit. Suka-suka dia ja tuduh orang. Diri sendiri taknak sedar diri. " Sambung Khai lagi.

" Setuju. " Kata Fairuz, dia sangat bersetuju dengan cadangan Khai.

" Jadi, kita kena buat apa ni? " Soal Fahrin.

" Teruskan aje rancangan Dyna. Tapi, kita kena lebih berhati-hati. Pastikan tak menonjol sangat." Jawab Sam.

" Yaa, Dyna dan Zackry akan cuba untuk lebih menyembunyikan diri. Rancangan tetap diteruskan. Walau apa pun yang terjadi, perkara sebenar mesti diberitahu semua orang" kata Dyna.

" Tapi, kita kena ubah plan. Disebabkan pihak sana dah tahu tentang Dyna dan Zackry, mesti diorang akan buru habis-habisan. Alya dan Suhaimi tu juga mesti akan manipulate diorang lagi. " Sampuk Rafeeq.

" Tapi tidak terjadi untuk aku." Kata Fahrin.

" Yaa. Eh, tapi diorang tak syak kau ke? Kau kan yang paling rapat dan yang paling lama kenal aku.." soal Dyna.

" Tak, aku kan pandai berlakon. Tapi aku kesian dengan Ayie, dia pula yang di syak. Diorang ingat dia lah yang bagi maklumat tentang misi dekat kau.. sebab kau dengan dia kan dah bekerja lama." Ujar Fahrin.

" Ayie? " Soal Dyna sedikit terkejut.

" Yaa, Sarah ada cakap dekat aku perangai Ayie pelik. Jadi diorang akan syak dia. Lagipun, hanya dia sorang sahaja yang terang-terang cakap dia tak percaya yang kau khianati kitorang." Jawab Fahrin.

Dyna terus tersenyum nipis mendengar kata-kata Fahrin itu.

" Ayie? Ayie Aidan tu?" Soal Zackry.

" Yaa " jawab Dyna.

" Bukan ka kawan baik dia pernah bekerja dengan Eiman dulu? Misi tentang Black Haisumi juga kan? " Soal Zackry.

" Haah.. eh! " Kata Dyna.

" Apa eh? Kenapa? " Soal Fairuz.

" Dia dah tahu ke? " Soal Dyna sendiri.

" Tahu apa ni?" Soal Khai, tidak mengerti.

" Dyna rasa Dyna kena jumpa Ayie." Kata Dyna.

" Why? " Soal Rafeeq.

" Ada benda yang Dyna nak tanya.. I think he knows something " jawab Dyna.

" Tapi tak bahaya ke? " Soal Fahrin.

" I will try.. kalau betul dia percayakan Dyna, dia takkan bagitau sesiapa. Dyna kenal dia lama, dia tahu Dyna takkan mudah khianati pasukan sendiri." Kata Dyna.

" So, apa rancangan baru kita? " Soal Zackry.

" Masih sama, kita akan target Suhaimi dulu. Dia selalu pergi kelab Gatell'z, jadi kita akan perangkap dia dekat sana. Pastikan dia mengaku, kalau dia taknak, bunuh aje lah senang. Lagipun dia tak penting pun untuk Black Haisumi. Dia cuma cable. " Terang Dyna.

" Lepas settle Suhaimi beruban tu, baru kita target ketua sebenar Black Haisumi. Dia ingat dia boleh terlepas senang-senang? Dyna yakin dia masih tak tahu yang kita dah tahu tentang diri dia yang sebenar." Sambungnya lagi.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now