PROLOG MA

17 4 0
                                    

MEDINA melihat ke arah jam, dirinya masih lagi termenung di dalam bilik. Dia menunggu ketibaan suaminya pulang namun tidak berkesampaian.

Medina keluar dari pintu bilik, dia melihat ke arah pintu rumah. Angin yang kuat dan hujan yang deras, dirinya seakan risau tentang Faahad yang berada di luar sana.

"Baliklah, Faahad. Saya rindukan awak."

Ujar Medina sehingga setitik demi setitik air mata medina tumpah. Sudah lama lelaki itu tidak pulang ke rumah selepas mereka bergaduh besar.

"Saya tak mampu jaga diri saya seorang diri, awak nak pukul saya pukullah. Janji awak berada di sisi saya Faahad."

Air mata mula deras di pipi medina. Ia merindui lelaki itu sangat. Berharap lelaki itu segera pulang.

____________________________

Faahad yang berada di hotel hanya terbaring dan melihat ke arah tingkap, dia tahu isterinya sedang menunggu ketibaannya untuk pulang namun hatinya keras.

"Aku benci tengok muka perempuan tu."

Namun hatinya juga merindui untuk bersama dengan Medina tetapi dia enggan untuk pulang ke rumah. Sudah banyak hal yang dia telah buat kepada istrinya medina.

"Kalau kau tak buat hal aku tak akan buat med."

Akhirnya dia tidur memejamkan mata, dia malas hendak ambil tahu tentang perempuan itu.

_______________________

Medina hanya menunggu dan tetap menunggu. Walaupun dia tahu Faahad tidak akan pulang sehingga moodnya kembali okey.

"Aku teruk?." Dia soal dirinya sendiri.

Dia berasa murung lalu masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat dan juga tingkap. Hanya kedengaran tangisan dan bunyi kipas. Dia ditemani oleh selimut, bantal dan katilnya sahaja. Dia tak kuat untuk menahan perit derita ini.

______________________________

Tak mengapa, jika awak tak mahu pulang. Saya akan hilang daripada hidup awak Faahad Ershad - Medina Az-Zahra

Jangan hilang daripadaku, kau adalah sebahagian daripada hatiku. eres mi angel de amor. -Faahad Ershad.

(284 words)

( 3 April 2024 )

MI ÁNGELWhere stories live. Discover now