Bab 47

23 2 0
                                    

Puan Hajar menatap sendu anak perempuannya. Meskipun kebenaran yang diperoleh merobekkan hati kecilnya. Namun, dia percaya anak perempuannya melakukan semua ini dengan alasan.

Cinta,

Ia semestinya itu adalah alasan untuk manusia yang buta dengan perasaan itu sehingga menepikan segalanya. Termasuk, dirinya.

"Maafkan Ica, Bu....maaf..." Teresak-esak Raisha menangis.

"Nampaknya, Ibu dah tak penting dalam hidup Ica."

Raisha menggeleng.

"Ica buat semua ni sebab sayang Bu. Ica sayangkan Kimi. Ica takut hubungan kami tidak direstui atas sebab status kita bawahan. Ica minta maaf sebab sembunyikan semua ini." Tangan tua itu digenggamnya lalu dilabuhkan kucupan sayang.

Ada air mata yang mengena dan ada juga hati yang mencair kerana tangisan itu.

"Ica yang pilih takdir hidup sebegini, Ibu bisa apa? Walaupun sudah pasti, semuanya baik-baik saja setelah Kimi membela Ica tapi tetap. Kita sebagai orang bawahan tidak layak sama sekali berdamping dengan golongan bangsawan." Raisha gigit bibir sayu.

"Ibu terkejut bila dapat berita bahawa kamu dan Kimi sudah menikah tanpa mengabari kami tapi lebih mengejutkan lagi bagi Ibu, bila mereka menerima keluarga kecil kita dengan baik." Bibir itu tersungging senyum.

Raisha yakin di sebalik senyuman itu, ada luka yang tersimpan. Paling menyakitkan, luka itu adalah kerana perbuatannya.

"Ibu tak ada sesiapa dah dalam hidup ini. Ibu ada Ica saja. Andai hidup bersama Kimi dapat membahagiakan Ica, Ibu redha melepaskan Ica."

Tangan itu diangkat mengusap rambut panjang itu. Sisa air mata yang ada diseka lembut.

"Ica tak pernah lupa pesanan Ibu pada Ica." Bagitahu Raisha bangga.

"Ibu selalu cakap dekat Ica untuk menghindari golongan bangsawan. Kata Ibu, golongan bangsawan tidak akan menerima kita yang tiada apa-apa ini. Golongan bangsawan selalu menggunakan kuasa juga wang untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan tidak kisah cara baik mahupun tidak. Ibu pesan, jangan terlalu mencintai seseorang yang tidak sama darjat dengan kita supaya kelak tidak berlaku salah persefahaman antara keluarga. Ibu jugak pesan, jangan sesekali mencintai seseorang kerana harta. Kerana harta, tidak akan menjamin apa-apa, malah harta juga tidak ikut bersama ketika mati." Lancar ayat panjang itu keluar dari bibir Raisha.

Puan Hajar merasa bangga. Dia menepuk bahu Raisha dengan tatapan teduh.

"Tidak semua golongan bangsawan menggunakan kuasa dan wang untuk mendapatkan sesuatu. Kan Ibu?"

"Maksud Ica, Kimi?"

Wajah Raisha berona merah kerana malu. Namun begitu, kepalanya tetap mengangguk. Bibirnya sudah mengukir senyum manis. Hanya menyebut nama tapi entah kenapa hatinya berdegup laju seperti baru saja jatuh cinta.

'Oh hati! Aku tahu kau sayang Kimi tapi jangan malukan aku depan Ibu!'

Puan Hajar hembus nafas sedikit panjang dari biasa.

"Seorang Ibu akan melakukan apa saja yang akan membahagiakan anaknya. Ibu tak marah pada Ica kalau Ica bagitahu Ibu yang Ica sayangkan Kimi."

"Tapi Ibu akan cuba pisahkan Ica dengan Kimi kan?" Soal Raisha bersama anak mata berkaca.

"Sejujurnya, mungkin Ibu akan berhenti kerja di sini."

Raisha kemam rapat bibirnya. Kepalanya menunduk kecewa, hatinya seakan terjentik rasa yang tidak mampu diungkapkan betapa dia sungguh sedih ketika ini.

The Dez (COMPLETE) ✅Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum