B A B 2 2

2.1K 162 8
                                    

Cinta itu sebuah kata yang tidak bisa di ungkapkan dengan sebuah lukisan atau pun tulisan. Tetapi, cukuplah dengan sebuah tindakan dan perbuatan yang dapat menyakinkan kita bahawa cinta sejati itu wujud di atas dunia ini seperti Shazrin Ammar yang selalu setia menanti cintanya di balas oleh seorang insan yang bernama Bunga Anggerik Nathalia.

Entah sejak bila wanita itu berada di hadapannya bersama seorang lelaki asing yang sedang tersenyum mengejek kepadanya. Di sisi lain ia bisa melihat bahawa Muhammad Asfan Najmi sedang menahan marah.

"Shaz, aku nak cakap dengan kau. Tapi, berdua je boleh tak?" kata Anggerik seraya mengerling ke arah si abang seakan memberi isyarat agar meninggalkan  mereka berdua sahaja.

Shazrin Ammar pula melempar sebuah senyuman kecil.

"Boleh. Kalau awak nak kita berbincang berdua. Saya pun sama. Saya tak nak lelaki di sebelah awak ni dengar perbualan kita berdua. Adil kan?" kata Shazrin Ammar dengan nada yang lembut.

Bunga Anggerik mencebik. Tidak menerima kata-kata daripada bekas suami.

"Kenapa dia tak boleh dengar pula? dia ni bakal suami aku. Biarlah dia nak dengar sekali. Bukan isu besar pun. Atau kau sebenarnya cemburu sebab dia lebih kaya dan sama taraf dengan aku?" kata Bunga Anggerik Nathalia dengan angkuh.

Shazrin Ammar pula mengeleng kepala ketika mendengar kata-kata bekas isterinya. Dia yang sedari tadi hanya duduk. Kini, berdiri untuk menyamai kedudukan mereka bertiga di situ. Nafas di tarik panjang sebelum memulai kata.

"Cemburu? awak tengah buat lawak ke Anggerik? untuk apa saya cemburu dengan dia pula? Awak ada hak untuk memilih dan saya gembira bagi pihak awak kerana dah jumpa seorang lelaki yang hebat seperti dia." Kata Shazrin Ammar bersama senyuman kecil di bibir.

Dia hanya memandang sekilas sahaja lelaki  yang berada di sebelah bekas istsrinya itu bersama senyuman manis.

"Tadi, awak kata dekat saya. Awak nak cakap berdua dengan saya aje. Kalau awak suruh dia teman. Saya pun boleh suruh Asfan untuk  teman saya. Adil kan?" tenang suara itu menjawab.

Terdiam Bunga Anggerik Nathalia ketika bekas suaminya berkata seperti itu.

"Cuba awak beritahu dengan saya, kenapa awak beria-ria nak jumpa saya?" soal Shazrin Ammar tanpa berselindung lagi.

"Aku nak jumpa kau sebab, aku nak lahirkan budak tak guna ni dekat hospital swasta bukan kerajaan. Lagipun, itu adalah harga yang perlu kau bayar untuk aku sebab aku dah mengorbankan diri aku semata-mata untuk beranakkan budak sial ni! dahlah yang menanggung sakit tu aku. Bukannya kau!" Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan sinis.

Manakala, Shazrin Ammar pula mengangguk faham dan sedari tadi senyuman di bibir jejaka itu masih tidak pudar. Bahkan, mukanya sangat tenang di dalam melayani kerenah seorang Bunga Anggerik Nathalia.

"Lagi satu, lepas je aku beranak. Aku nak kau dan budak ni pergi dari kampung ni. Kalau boleh jangan munculkan diri kau di depan mata aku lagi. Sebab, sampai bila-bila pun aku takkan mengaku dia anak aku!" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.

"Saya faham Anggerik. Awak jangan risau, lepas aje awak selamat melahirkan anak saya. Saya akan bawa dia pergi jauh dari sini. Awak tak perlu risau Anggerik, tak ada seorang pun yang tahu bahawa awak pernah ada anak dan suami." kata Shazrin Ammar dengan tenang.

Bunga Anggerik Nathalia mencebik. Dia sangat menyampah dengan kata-kata yang di lontarkan oleh bekas suaminya. Terpaling

"Satu lagi, malam ni kau tak payah tidur rumah aku. Aku boleh jaga diri aku. Lagipun, kau bukannya berguna sangat dekat rumah ni. Jadi, macam sia-sia aje kau ada dekat sini. Lain lah, kalau kau memang saja nak menumpang rumah ni kan? yelah, rumah ni mewah. Lepastu, besar. Kau orang miskin dan bodoh. Mana mampu nak beli rumah sebesar ini kan?" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi dengan sinis.

Muhammad Asfan Najmi yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Kini, bangun dari tempat duduknya dan mendekati tiga manusia yang berada di laman rumah itu. Bukannya dia tidak mendengar tutur bicara si adik. Angkuh sungguh Bunga Anggerik Nathalia berbicara.

Dia tidak sedar gamaknya. Harta dan wang  ringgit hanyalah pinjaman semata-mata dari Allah. Dan, bila-bila masa sahaja Tuhan bisa mengambil harta duni yang di pinjamkan olehnya.

"Tajam sungguh bicara manusia sempurna seperti adik ni kan?" perli Asfan dengan suara yang menahan geram.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir senyum sinis.

"Mestilah! abang baru tahu ke. Adik ialah manusia yang paling sempurna di atas muka bumi ni?" jawab Anggerik dengan selamba.

Letus tawa Asfan ketika mendengar jawapan yang di berikan oleh si adik.

Yakin sungguh!

"Sempurna? adik labelkan diri adik sebagai seorang wanita yang paling sempurna? nak tahu tak,seorang wanita muslimah yang sempurna. Dia tidak akan sesekali menyerahkan mahkotanya kepada seorang lelaki. Sempurna dari segi akhlak bukan rupa, Anggerik." Keras suara Asfan berkata.

Dia ingin Bunga Anggerik Nathalia sedar bahawa tiada seorang pun makhluk di muka bumi ini sempurna. Setiap manusia yang di ciptakan mempunyai cacat celanya walaupun sedikit. Maka, dengan itu asbab Allah menciptakan kaum lelaki dan wanita. Semuanya bersebab.

"So what? adik tak kisahlah. Sikit pun tak kisah. Berbanding dia dengan Ikram. Lebih baik Ikram lah sebab dia ada harta dan sama level dengan adik. Kalau Shazrin, apa yang dia ada?" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.

"Shazrin Ammar punya sekeping hati yang ikhlas di dalam mencintai seseorang. Dari dulu, sehingga kini hanya Bunga Anggerik Nathalia yang berada di dalam hati dia. Bahkan, dia selalu mendoakan kebahagiaan adik. Lelaki yang adik hina ini sanggup menukarkan kebahagiaannya demi kebahagiaan adik. Anggerik, jangan terlalu buta untuk menilai seseorang hanya kerana dia tidak mampu untuk menjadi seperti yang adik nak." Jawab Muhammad Asfan Najmi dengan panjang lebar.

Wajah si adik ia lihat. Dia tidak ingin kelak Bunga Anggerik Nathalia menyesal kerana sudah mensia-siakan seseorang yang ikhlas di dalam mencintainya. Kerana, seorang lelaki yang ikhlas tidak akan datang kedua kalinya.

"Muhammad Asfan Najmi, di dalam dunia ini semuanya memerlukan wang ringgit dan bukanlah cinta semata-mata. Cinta tak boleh beli keperluan kita. Bagi adik, cinta itu ketika kau punya segala-galanya dan bukanlah seorang yang langsung tiada apa-apa. Bahkan pelajarannya sahaja dia sudah kalah saing." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi bersama senyuman sinis.

Manakala, Asfan mengangguk mengiakan kata-kata si adik. Dia tidak pula menafikan bahawa di dalam dunia ini semuanya memerlukan wang ringgit dan bukanlah semata kata cinta. Namun, dia saksi bertapa Shazrin Ammar berusaha untuk menyenangkan adiknya meskipun harus berpenat lelah.

"Kau tahu tak, dalam dunia ini ada satu perkara yang aku paling benci. Aku benci kau Shazrin Ammar. Sampai bila-bila pun kau takkan pernah ada di dalam hati aku." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.

Shazrin senyum.

"Dan, Bunga Anggerik Nathalia akan selalu ada di dalam hati saya. Jika, suatu hari nanti sarang yang awak buat telah musnah. Maka, datanglah kepada saya. Saya selalu tunggu awak, Bunga Anggerik Nathalia kesayangan saya." Balas Shazrin Ammar dengan tenang.

Bahkan, Anggerik adalah satu-satunya alasan  mengapa dia masih berada di atas dunia ini. Mencintai seseorang dengan hebat tidak akan pernah merugikan kau. Bisik hati kecilnya lagi.

Hello! finalIy updated!
typo? abaikan!

Jangan lupa vote&komen
banyak² tau! kalau tak saya
malas updated werk!

Lately ni busy sampai tak
sempat updated.

Enjoy & happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now