LUR | 02

85 24 8
                                    

TAK jadi Maryam mahu menyidai kain di ampaian tatkala terpandangkan Lily yang sedang duduk bersila di depan front bumper keretanya.

Kening tebalnya langsung bercantum menjadi satu. Lily buat apa tu? Siap ada macam-macam jenis plastik sticker lagi di sebelah.

Wait! Sticker?!

Ingin tahu, terus kakinya mengatur langkah mendekati Lily. Terbuntang biji mata Maryam saat melihat bumper keretanya hampir penuh dengan sticker yang dilekatkan oleh Lily.

"Kereta aku! Weh, Li! Kau buat apa ni?!"

Lily sekadar sengih.

"Mencantikkan kereta kau?"

"Banyaklah kau punya mencantikkan kereta aku! Aku tengok makin jahanam adalah!"

Lily memuncung. Sampai hati Maryam kutuk hasil kerjanya yang comel itu.

"Tak funlah kau ni. Apa salahnya kalau aku hiaskan kereta kau sikit?"

Maryam menceberkan bibir, sengaja mengajuk percakapan Lily tanpa mengeluarkan suara.

"Kau fikir aku percaya ke? Kau sebenarnya takut tersalah masuk kereta orang lagi lepas ni, kan?"

"Ma... Mana ada!" nafi Lily, keras.

"Tak payah nak berdalih dengan aku. Hafal je nombor plat tu kalau kau takut sangat. Apa susah?"

"Susah sebab kapasiti otak aku ni low. Alaa, biarlah aku tampal sticker ni dekat kereta kau. Comel apa?" Sticker dilekatkan kembali pada bumper kereta Maryam tanpa menghiraukan rungutan sepupunya.

"Itulah kau. Lain kali jangan berlagak macam aku aje dalam dunia yang ada Honda Civic. Kan dah dapat malu."

"Diamlah! Tak payah nak ingatkan aku banyak kali macam alarm. Berbunyi sekali je dah cukup." Lily menjeling geram.

Maryam tak tahu betapa susahnya Lily mahu melupakan peristiwa semalam. Puas dia memaksa diri untuk meluputkan ingatan itu dari fikirannya, namun gagal. Makin diingat adalah! Stress Lily jadinya.

"Ah, aku tak kira! By crook or by hook, kau kena cabut semua sticker tu hari ni juga. Letak satu je dah cukup. Yang lain, cabut!" Maryam mengeluarkan arahan mandatori sebelum berlalu untuk menyidai kain di ampaian. Layan Lily lama-lama, tak jalan semua kerjanya nanti.









LILY memarkirkan superbike Honda CBR500R miliknya di bahu jalan, berdekatan dengan pondok perhentian bas semalam. Tergesa-gesa dia turun dari motornya lalu berlari ke bawah pondok untuk berteduh apabila hujan tiba-tiba turun secara mencurah-curah.

Jaket kulit yang sedikit kebasahan itu dikibas untuk menghilangkan kesan air hujan yang melekat.

Nasib baik jaket kulit tersebut kalis air. Kalau tak, memang seluruh badan Lily akan lencun ditimpa hujan.

Tangan kanan Lily naik menolak visor helmet ke atas. Langit dipandang.

Gelap.

Guruh berdentam-dentum diiringi dengan petir dan kilat yang saling sambar-menyambar di dada langit.

Hujan juga semakin lebat.

Lily mula dihurung resah. Hati digigit bimbang.

Macam mana kalau hujan tidak berhenti dan dia akan tersadai di situ sehingga ke malam!? Sudahlah kawasan sekelilingnya sepi tanpa orang. Kereta yang lalu-lalang juga sekadar berlalu tanpa ada niat untuk membantu Lily.

Lily Untuk Raqib [HOLD]Where stories live. Discover now