"Mama, saya nak pergi tandas sekejap ya." Zahra memberitahu Balqis, bimbang mentuanya mencari dia pula nanti. Baru saja dia mahu berpusing tubuh, dia terlanggar seseorang menyebabkan ada pertumpahan air di situ.

"Ergh shit!" carut orang yang dilanggar itu.

"Maaf puan, saya tak..."

Kelu lidah Zahra apabila dia melihat wajah yang dia langgar tanpa sengaja itu. Balqis pula sudah berdiri di sisi Zahra apabila dia ternampak orang yang dilanggar Zahra tadi.

Wajah Zahra dan orang itu dipandang bersilih ganti. Walau Zahra kelihatan tenang, dia tahu pasti jiwa menantunya saat itu sedang bergolak melihat tampang yang berdiri di hadapan mereka saat itu.

Zahra sudah memberitahu mereka semua tempoh hari kalau dia sudah tahu siapa ibu kandungnya. Mereka yang sudah tahu siapa ibu kandung wanita itu hanya mampu menghela nafas lega kerana sekurang-kurangnya mereka tidak perlu hidup dalam keadaan serba salah kerana menipu dan menyembuyikan fakta sebenar dari Zahra.

"Huh, kau rupanya." Sinis.

Zahra hanya memandang saja wajah sinis yang terpeta pada wajah wanita di hadapannya itu. Dari reaksi wanita itu, jelas wanita itu sudah tahu status mereka berdua.

"Betul lah kau ni memang pembawa bala. Kau tengok habis basah baju aku yang mahal ini sebab orang buta macam kau ni!"

Semua mata pengunjung yang datang ke butik milik Shira itu memandang ke arah mereka.

Zahra masih kekal tenang, sedikitpun tidak terusik dengan kata-kata Datin Aishah.

"Kau hanyalah pembawa bala di dunia ini," ulang Datin Aishah sekali lagi, sekadar mahu menyakitkan hati Zahra apabila dia melihat tampang tenang yang terlakar pada wajah Zahra.

"Excuse me? Ulang balik apa yang kau cakap dekat dia?"

Bukan Zahra yang sakit hati, tetapi telinga Balqis yang mula berapi apabila Datin Aishah mula mencerca Zahra. Ibu macam apa yang sanggup melontarkan kata-kata seperti itu kepada anak sendiri? Manusia berhati binatangkah?

"Pekak ke? Dia hanya pembawa bala dan mungkin hidup kau pun akan ditimpa bala sebab dekat dengan orang macam ini," kata Datin Aishah dengan nada keras. Matanya dicerlung ke arah Zahra. Tidak dia pedulikan mata yang memandang kerana saat ini wajah Zahra yang mirip Iskandar itu yang menganggu dia.

Balqis mara ke depan mendekati Datin Aishah. Jari telunjuknya diangkat tepat pada wajah wanita itu.

"Jaga mulut kau. Kalau aku tak fikir kita dekat mana sekarang ini, dah lama mulut kau tu jadi mangsa tangan aku," kata Balqis dengan berbaur ugutan. Hati dia pula yang panas saat ini.

"Bla bla bla. Whatever. Yang aku tahu aku takkan pernah anggap dia anak aku. Aku tak ingin ada anak pembawa bala macam dia."

Zahra tersenyum nipis. Benar telahannya, wanita itu sudah tahu siapa dia kepada wanita itu.

"Anak yang kau cakap pembawa bala ini merupakan satu anugerah untuk keluarga aku," ucap Balqis dengan nada bergetar, jelas menahan marah.

"Aku tak pernah anggap dia anak kau sebab dia bukan hanya sekadar menantu aku, tapi dia adalah anak aku juga. Bila kau berani mencerca dia, itu beerti kau mencerca juga aku."

Balqis pertahankan Zahra yang sesuka hati dihina oleh Datin Aishah. Dasar manusia tidak punya hati!

"Kau akan menyesal sebab membela dia yang pembawa bala ini. Tak ada nilai."

"Dan aku akan pastikan kau yang akan menyesal sebab berkata yang bukan-bukan dekat Zahra," bidas Balqis.

"Aku cuma nak bagi friendly reminder dekat kau. Kalau kau ada niat untuk apa-apakan Zahra, kau akan berhadapan dengan aku. Aku masih ada tenaga untuk buka gelanggang dengan orang macam kau ini."

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now