BAB 25

104 18 2
                                    

"Sayang dah okay dah." Ucap abang ben perlahan.

Aina terus peluk abang ben sambil menangis dan minta maaf.

"J" panggil aina.

Aku terus mengangkat kepala.

"Aku minta maaf dengan apa yang terjadi selama ini."

Aku memandang anuar dan tak lama tu anuar mengangguk kepala. Aku berpaling memandang aina dan tersenyum.

"Aku maafkan." Ucap aku seraya memeluk tubuh aina yang lemah.

"Aku nak tanya kau boleh?" Tanya aku seraya melepaskan pelukan aina.

"Kenapa kau menuntut ilmu tu?"

Aina menundukkan kepala. Tak lama tu dia angkat kepala.

"Aku cemburu bila semua orang puji kehebatan yang kau ada bab-bab semua ni. Kau jadi tumpuan bila kau ada keistimewaan melihat dan memiliki air delima tu dan semuanya. Aku nak jadi macam kau tapi aku tersilap langkah."

Aku pegang kedua tangan aina.

"Aku kalau boleh aku tak nak semua ni aina. Tapi allah dah bagi kelebihan itu dekat aku. Aku tak boleh nak menolak. Aku minta maaf kalau di sebabkan aku, kau jadi macam ini."

Aina gelengkan kepala berkali-kali.

"Aku yang patut minta maaf j." Ucap aina lagi dan peluk tubuh aku. Dia menangis teresak-esak.

"Dah lah tak apa. Benda dah jadi dah pun. Lepas ni beringat, jangan buat lagi." Ucap pak budi.

"Baik budi. Terima kasih budi." Ucap aina.

Aku terus mengesot dan bersandar ke dinding.

Malam itu aku dengan yang lain bermalam di rumah abang ben dan aku tidur di atas. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku. Esok pagi dalam 8pagi macam itu, aku dengan yang lain terus berangkat balik ke kL. Dua hari selepas kejadian tu, mak aina meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati dan selang beberapa bulan selepas itu, aina mengandung selepas beberapa tahun berkahwin dengan abang ben. Alhamdulillah aku, anuar, mizan dan sham masih bercontact dengan abang ben dan aina sampai sekarang. Anak-anak dia comel-comel belaka weh. Dah tiga anaknya. Chau.......


Belum habis lagi... tungguu........

TEAM PARANORMAL X EXTREME 2Where stories live. Discover now