Bab 3

15 0 0
                                    

Kak yong ambil kerusi lebih untuk bagi 'pekerjanya' itu duduk.

"Nah, Amir duduk sini. " pelawa kak yong kepada Amir untuk disebelah nya.

Amir pun duduk. Malu pula dia. Layanan Kak yong macam suami nak tolong isteri. Dalam Kak yong tengah sibuk duduk menaip di dalam telefon. Amir menatapnya diam diam disebelah. Amir sedar tengok perempuan lama lama pun termasuk zina mata jadi Amir buat buat tengok lain.

Entah kenapa dari tadi dia teringin nak tengok wajah itu. Amir memang dah agak yang dia dah jatuh cinta dengan Kak yong. Tapi tak apalah Amir jadikan dia crush kau sajalah buat penyemangat kerja.

Kak yong letak telefonnya di atas meja. Kerusi rodanya dipusing untuk menghadap Amir.

"So, kau budak intern aku nak berkenalan sikit," Kak yong menumpu sepenuh perhatian pada Amir.

Handsome budak ni kalah dia.

"Saya Amir bin Herman, umur 25, belajar diploma pemasaran tahun akhir. " jelas Amir.

Kak yong terangguk-angguk. Berpuas hati dengan cara Amir memperkenalkan diri.

"Ok, aku pula.. Aku sunny binti hasenim, tapi panggil aku kak yong, umur 30, dan aku dah bekerja sini sebagai jawatan reka bentuk pengiklanan dan logo syarikat selama lima tahun. "

Tak sangka Amir umur kak yong dah 30 tengok sekali imbas muka macam budak budak 20 an.

"Dah kahwin ke?" soal kak yong.

Amir tergelak. Berkerut dahi kak yong , ada yang lawak ke?

"Belum lagi, kak yong. "

Kak yong membulat mulutnya.

"Samalah aku bujang kan, hah harini aku nak kau tengok aje aku buat kerja, pastu bila kau dah pandai kau boleh buat sendiri, nanti meja kau kat depan aku ni ye. " Kak yong tunjuk meja kerja Amir yang bercantum dengan meja kak yong di depan mejanya itu.

Amir angguk dan perhati kak yong yang tengah menaip itu, lepas siap menaip, manuskrip tadi di print, kak yong susun salinan itu dan bagi pada amir,

"Ni kau pergi cop dekat meja akak lina yang pakai spek, kebaya koko tu sana." arah Kak yong.

Amir pun mengambil surat itu dan pergi ke meja akak lina.

KAK YONG AKU CINTA KAU! Where stories live. Discover now