Bab 1

32 0 0
                                    

Masing-masing terpana melihat aura Kak yong yang baru muncul dalam pejabat itu. Kak yong tersenyum megah. Tiba-tiba langkahan kak yong berhenti dan matanya melihat seseorang yang sangat dicintai.

Apoyi. Ya, itu teman wanitanya. Kak yong menghadiahkan flying kiss dan kenyitan mata pada kekasihnya itu.

Apoyi disana sudah menggeliat, berona merah pipinya bila si pujaan hati buat begitu.

Perempuan yang lain melihat rasa cemburu pula dengan apoyi yang dapat perhatian VVIP daripada kak yong.

"Kak yong, kau jangan nak jadi macam artis, pergi siapkan tugas kau kat meja sana, nanti pukul 11 masuk bilik mesyuarat, ada budak intern masuk. " ujar Tuan Rahmat selaku duda tiada anak itu. Selaku CEO syarikat Panda Holdings ini.

Panda Holdings syarikat yang mengeluarkan teddy bear dan segala jenis barangan yang berlogokan panda. Ada makanan, minuman, bantal, baju, selimut , almari dan macam macamlah.

"Alaaa boss jangan marah di pagi hari ni, nanti boss nak ke boss makin tua. " usik kak yong sambil senyum mereng.

"Aku ni memang dah tua pun, Kak yong oii," Tuan Rahmat hanya geleng kepala dengan stafnya yang satu ini.

Menyesal pula dia terima kak yong jadi pekerjanya dulu tapi tak apalah walaupun perangai kak yong sebegitu kak yong tetap tak lupa jalankan tugas dia sebagai pekerja.

Lagipun Tuan Rahmat dah biasa dengan perangai nakal Kak Yong ini walaupun tomboy gayanya tapi perangai tetap macam perempuan.

Kak Yong tergelak mendengar balasan bosnya itu.

"Ni anak bos bila nak keluar tak sabar saya nak dapat adik baru. " ujar kak yong sambil tunjuk perut boroi Tuan Rahmat.

Tuan Rahmat tutup perutnya itu dengan kot. Tak boleh diusik harta dia yang satu ini.

"Ada satu bulan lagi nanti keluar, kamu pergilah belikan baju baby untuk adik kamu ni. " Tuan Rahmat pun sama kepala dengan kak yong melayan saja gurauan kak yong itu.

Serentak itu juga, kak yong dan staf pejabat di situ tertawa melihat telatah bos mereka itu. Tuan Rahmat hanya tersenyum suka dia tengok staf dia bergembira.

KAK YONG AKU CINTA KAU! Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt