Bab 2

16 0 0
                                    

Sebelum menunggu ketibaan Kak yong, Tuan Rahmat berbual dengan pelajar intern itu yang bernama Amir. Bertanya perihal Amir. Amir pula tak kekok berbual dengan tuan Rahmat.

Perbualan mereka terhenti bila ada seseorang yang baru masuk dalam bilik itu. Amir pula seakan dunianya terhenti bila melihat orang itu. Lagu lagu cinta berirama dalam kepala. Orang itu diperhati terus menerus oleh Amir sampailah...

"Eh! Amir? " sapa Tuan Rahmat.

Kak yong yang perasan pandangan Amir terhadapnya hanya geleng kepala, tenung dia macam nak tembus otak dan ya, kak yong agak aneh dengan sikap Amir itu.

"Kamu tenung apa dekat dia? " soal Tuan Rahmat.

Amir cepat geleng. Dia boleh rasa telinganya merah. Kantoi tenung anak orang. Tak tahu malu kau ni Amir.

First day kerja pun dah buat masalah.

Amir melihat sekilas pada orang di depannya. Kak yong yang perasan mata Amir melihatnya lantas naik kening tanda 'apahal kau? ' kak yong meraup rambut macam lelakinya itu kebelakang. Kurang senang dia melihat budak intern itu.

Nampak sekali memang macam lelaki. Nampak dua kali memang Amir dah agak orang di depannya ini tomboy. Ya, Amir tahu dia gadis. Nampak sangat gaya jalan tadi pun macam perempuan.

"Ok Amir, perkenalkan ini leader buat kerja kamu, dia akan ajar dan training kamu, nama dia kak yong, eh maaf, nama dia sunny tapi lebih selesa panggil kak yong. Dia perempuan tau bukan lelaki. " kata Tuan Rahmat.

"Kak yong. " sebut Amir perlahan. Asal jauh sangat nama gelaran. Sunny dengan kak yong.

"Ya, aku kak yong dan aku boss kau. " gurau kak yong.

Tuan Rahmat membulat matanya pada Kak yong, Kak yong yang sedar itu terus tergelak.

"Gurau je, aku leader bahagian printing logo logo syarikat, nama kau siapa? "

Berdetak hebat jantung Amir. Sekali lagi muncul lagu lagu cinta. Selama dia hidup baru ini dia rasa getaran yang hebat dihatinya. Adakah ini dinamakan cinta?

Takkanlah dia nak cintakan perempuan tomboy ini. Dalam mimpi sajalah.

"Nama saya Amir, "

"Oh nice name, selamat berkenalan. " teruja kak yong menghulur tangan untuk menyalam Amir.

Tapi Amir tak menyalam, dia cuma tunjuk thumbs up. Haram sentuh perempuan. Kak yong yang faham itu segera menjauhkan tangannya.

"Apapun kak yong kamu kena behave, jangan nakal nakal dengan Amir, sebab dia ni bekas pelajar budak pondok. "

Kak yong angguk faham.

KAK YONG AKU CINTA KAU! Where stories live. Discover now