Heartbroken

3 0 0
                                    

Summer 2003

"Sha kau serius lah?"

Nyaring suara Pretty memecahkan kesunyian selepas melihat keadaan sahabat baiknya itu.

Shasha nekad. Mancis di tangannya digenggam erat.
Air mata dipipi gadis itu mengalir deras. Suasana masih lagi sunyi kerana masing-masing sudah mati akal untuk menasihati atau dengan kata yang lebih lembut, memujuk Shasha untuk membatalkan niatnya.

Kotak hadiah besar didepannya masih lagi ditenung. Banyak benda yang berpusing dikepala. Adakah dia pasti pilihannya itu tepat dan dia tidak akan menyesal kelak? Iaitu dengan membakar sebuah kotak yang menyimpan segala kenangan manis bersama sesorang yang dia cintai sepenuh hati.

Pretty dan Elyna berpandangan sesama sendiri. Perhatian kembali beralih kepada Shasha yang berdiri dihadapan longgokan kayu api.

Elyna bangun dari tempat duduk dan melangkah ke arah Shasha. Dia tahu gadis itu sudah lama memendam rasa namun dia hanya bersabar dan berharap agar keadaan kembali seperti dahulu. Keadaan semasa dia dan Marcus kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

Shasha mengesat air matanya yang mengalir deras di pipi. Fikirannya kosong. Apa silapnya sehingga Marcus berubah hati? Lelaki itu tergamak meremuk hati yang dia serahkan sepenuhnya untuk dikasihi. Kini hancur berkecai. Sepenuh hati dicurahkan kepada Marcus. Namun hanya kekecewaan yang dibalas.

"It's ok Shasha. Kau buatlah asal kau rasa tenang. Past is past. Lepas ni kau move on saja lah. He's not worth it anyway." Nasihat Elyna. Pretty turut menganguk tanda setuju.

Perlahan-lahan batang mancis digesel lalu menghasilkan api kecil. Kayu api yang dari tadinya tersusun sudah menyalakan apinya. Angin sepoi-sepoi membuatkan api marak dengan lebih cepat.

Satu persatu surat yang ditulis oleh Marcus dilemparkan ke dalam api yang marak itu. Satu-satu kenangan keluar dari kotak memorinya. Tiada apa yang lebih pedih selain dari mengingati semula kenangan manis yang tak mungkin berulang.

Hati Shasha bagai api yang marak, rasa marah kerana dikecewakan kian membuak-buak. Namun air mata yang mengalir telah memadamkan api yang marak di hati. Jauh disudut hati, dia masih lagi mencintai Marcus sepenuh jiwa. Salahkah jika dia masih punya perasaan sayang?

Air mata yang mengalir dikesat kasar. Tiada guna membazirkan air mata untuk seseorang yang tidak layak untuk ditangisi. Saat itu Shasha sedar bahawa ada satu lagi benda yang belum dihapuskan.

Perlahan-lahan tangan Shasha mengeluarkan sebuah patung teddy bear berwarna perang dari kotak hadiah tersebut.

"Happy Valentine's day," ucap Marcus sambil menyerahkan teddy bear yang mengenakan vest berwarna hijau kepada Shasaha. Itulah kali pertama mereka berdua menyambut Hari Kekasih. Yang pertama bagi kedua-dua mereka. Shasha merupakan kekasih pertama Marcus, begitu juga Shasha.

Teddy bear dibawa Shasha dekat kedada dan dipeluk erat. Pipinya yang kering tadi kembali dibasahi oleh air mata. Amat sakit menahan rasa hiba dan hampa kerana kenangan yang lalu. Perasaan marah dan sayang bercampur lantas mengeluarkan suatu perasaan yang sukar diungkap.

Air mata gugur lagi. Malah lebih deras.

Tangan Shasha sudah hampir membaling patung itu ke arah unggun api tapi sepantas kilat tangan Pretty menarik patung tersebut. Adegan tarik menarik berlaku.

"Kau Shasha jangan jadi gilalah. Kesian teddy bear ni. Comel!" Jerit Pretty.

Elyna hanya mampu mengeleng kepala. Dia tahu Shasha sangat sayang akan anak patung pemberian bekas kekasihnya itu namun dia tahu tiada gunanya untuk Shasha menyimpannya lagi.

"Pretty! Enough. Biar je lah dia nak bakar," Elyna bersuara. Tangannya diletakkkan di pinggang persis mak-mak menegur anak-anak yang sedang bergaduh. Matanya menjungkil ke arah Pretty.

"Ouh ok. Fine. Go ahead!" Pretty lantas meleraikan
pautan tangan pada patung tersebut. Dia segera menjauhkan diri dari Shasha dan berdiri menghampiri Elyna. "Puas??" jerkahnya pada Elyna di sebelah.

Tanpa berfikir panjang anak patung tersebut dicampak ke dalam api yang sedang marak.

"Puas hati aku." Shasha bersuara setelah sekian lama memendam rasa.

Tiga sekawan itu berdiri kembali mengelilingi unggun api yang perlahan-lahan mengecil apinya.

Benarlah cinta memang memberikan kenangan indah tetapi cinta juga memberikan luka yang akan selalu menjadi kenangan. Semua yang terjadi sepanjang petang tersebut tersimpan rapi di kotak memori mereka.

Ribuan kata yang ingin diluah namun tidak terucap akhirnya bersemai bersama api yang membara menghasilkan debu-debuan. Terbang, hilang. Namun sentiasa segar di ingatan sebagai kenangan.

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Mar 30 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

Cinta PertamaOnde histórias criam vida. Descubra agora