Love at first sight

17 0 6
                                    

Seseorang pernah berkata, "kalau kau tak nak hati kau terluka, jangan berani nak jatuh cinta."

"Ala... kalau tak jatuh cinta pun tetap juga kita terluka kan?" Jawabku selamba.

"Tak. Luka sebab cinta ni sakit. Hati kau, sakit. Macam disiat-siat!"

Aku tergama. Sebagai seorang insan yang tulus, yang tak pernah jatuh cinta, aku hilang kata. Sakitkah terluka kerana cinta?

Kalau benar cinta itu menyakitkan, kenapa kita dikurniakan hati yang mudah untuk mencintai? Kenapa semua yang pernah terluka, berani untuk jatuh cinta sekali lagi?

"Kalau macam tu, aku tak serahkah hati aku sepenuhnya masa bercinta. Jadi, taklah aku terluka sangat nanti kan?" Ujarku lagi.

"Eleh! Sekarang cakap lain. Nanti kalau dah bercinta cakap lain! Lautan api sanggup ku redah bagai!"

Aku ketawa mendengar kata-kata sahabatku itu. Benar, orang kalau bercinta memang mudah lupa diri. Aku tak nafikan. Bodohkan?

Begitu bodoh sehingga sanggup menyerahkan semua jiwa dan raga hanya untuk disakiti.

"Jangan risaulah. Aku tak mudah sangat nak jatuh cinta sampai macam tu pun," kataku dengan penuh yakin. Buku latihan yang dibiarkan terbuka dari tadi kulipat kembali. Apabila berbual, kerja pun tak siap-siap. Pen ditangan aku letak di atas meja.

"Eh, kau nak pergi mana pulak tu?" soal Fara apabila melihat aku menolak kerusi ke belakang.

"Cari cinta!" Jawabku spontan.

Tawa Fara tersembur apabila mendengar kata-kataku. Aku jelir lidah pada Fara dan teruskan langkah keluar dari perpustakaan.

Kakiku diheret pantas menuju ke bilik air. Hampir sejam berada di perpustakaan sekolah yang sejuk membeku, memaksa aku untuk keluar bagi memanjakan kulitku pada sinar matahari. Barulah selesa!

Dari kejauhan aku melihat kelibat seseorang menunggu di luar pintu bilik guru. Oh, Along rupa-rupanya. Along, nama gelaran yang diberikan pada abang sulungku. Dia pelajar tingkatan 6 Atas. Jadi dia senior dua tahun saja dari aku.

"Along!" Lambaiku pada Along yang menyandar pada beranda bilik guru. Sepantas itu kepala Along menoleh apabila mendengar suaraku yang nyaring dari kejauhan. Lambaian itu turut dibalas oleh Along dengan anggukan.

Serentak dengan itu, pintu bilik guru turut dibuka dan sesorang yang aku tidak kenali menuju ke arah Along. Pelajar barukah? Namun dia menggunakan baju t-shirt biasa. Melihat dari luaran, dia agak sebaya Along. Orangnya tinggi lampai, rambutnya tampak keperangan, berkulit putih kuning langsat. Dia juga memandang ke arahku yang berada di tingkat atas sedang berbalas lambaian dengan Along.

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Aku dapat merasakan kulit wajahku terasa hangat. Cepat-cepat aku memalingkan pandangan ke sudut lain.

"Mawar!" sergah Fara yang muncul secara tiba-tiba.

Aku melompat ke belakang. Hampir saja aku tersungkur dek terkejut dengan kehadiran Fara. Gadis ni nak kena hempuk juga ya.

"Dah kenapa muka kau merah ni, Mawar?" soal Fara sambil menadah kekura tangan ke atas dahiku. Spontan, aku mengalihkan wajahku ke tepi.

"Merah? Entah. Panas kot kat luar ni" ujarku laju. Namun, anak mataku sempat menjeling ke arah bilik guru. Tiada lagi kelibat Along dan lelaki yang bersama Along sebentar tadi.

Fara juga turut berpaling ke arah bilik guru. Mungkin menyedari pandangan ku dileret ke arah sana.

"Dah jum lah jalan cepat." Jariku lantas menarik tangan Fara untuk berlalu pergi. Bimbang banyak lagi soalan keluar dari mulut lancang Fara kelak.

Namun jauh di lubuk hati, aku masih tertanya-tanya. Siapakah lelaki yang bersama Along sebentar tadi? Kehadirannya begitu mengusik hati walaupun hanya memandang sebentar dari kejauhan. Dadaku masih berdebar-debar saat teringat akan kali pertama pandangan ku jatuh padanya.

Mawar, mungkinkah itu yang dinamakan 'jatuh' cinta?

Cinta PertamaWhere stories live. Discover now