Kenapa dia buat freeshow depan ni?

Eh, tapi dia tidur tadi pun memang tidak berbaju. Ah, abaikan. Apalah sangat setakat roti enam ketul tu?

Tiket untuk tarik perhatian perempuan lain lah tu!

"Arya, abang tanya ni." Tegurnya lembut.

"Tak boleh tidur, sambung buat kerja." Balasku pendek. Malas mahu bertengkar pukul tiga pagi macam ni.

"You look so.. stress," komen Aryan ringkas. Aku hanya membiarkan. Lantak dia lah. Yang aku tahu sekarang ini macam mana nak settle kan kes ini.

"Arya, esok ibu ajak lunch dekat dining hall, Arya ikut?" Soalnya berhati-hati. Aku mengangguk. Takkan mahu buat perangai depan mertua? Lagipun, yang bermasalah anaknya dan bukannya ibu dia.

Ekor mataku menangkap kelibat Aryan yang juga kini bertindak membuka Macbooknya. Mulut meronta-ronta mahu tanya dia kerja apa sekarang namun hati bertindak keras supaya mengekalkan sikap tidak peduli itu.

"What are you doing?"

Rasa mahu tampar mulut sendiri sebab gatal sangat tanya Aryan. Tak boleh ke tolong diam jangan bercakap? Apa susah sangat nak simpan perangai kecoh tu?

"Kerja. Abang teman Arya," Aryan senyum nipis. Kakinya dilabuhkan ke atas meja kopi yang terletak di depan sofa tersebut.

Boleh tak aku nak kata yang dia nampak hot shirtless macam tu dengan Macbook dekat atas riba dia?

Gila, Arya.

Senyap. Dua-dua kusyuk menekan papan kekunci di Macbook masing-masing. Menandakan masing-masing mempunyai karier dan tanggungjawab tersendiri. Diam-diam aku menjeling, mengintai dia tanpa dia sedar.

"Bulan Disember, abang tempah tiket kita berdua ke Italy. Honeym- maksud abang holiday. Arya okay ke kita pergi Italy?" Cepat-cepat aku pandang ke skrin Macbook semula apabila dia bersuara.

Nanti kantoi!

"Ar- I mean saya tak perlukan honeymoon. We are not even in love," aku menggigit pipi dalam kuat apabila mahu tersasul nama panggilan diri. Apa benda kau ni, Arya? Buat malu betul.

"Kan abang cakap holiday," pujuk Aryan lembut.

"Okay then, kalau macam tu, bilik asing. Okay? Saya tak nak sebilik dengan awak. Rasa rimas, semak semua ada."

"Arya please.. kita suami isteri sah disisi undang-undang, sayang. Why should we sleep in the separate room? Tak berdosa pun abang tengok aurat Arya." pinta Aryan.

"Saya tak suka sebilik dengan kaki perempuan. Saya benci. Awak tak faham lagi? Saya tak suka berkongsi. Did.. you like to call me.. sayang? Saya benci panggilan sayang tu, Aryan. Saya terfikir, berapa ramai perempuan dah termakan dengan panggilan sayang tu, Aryan. I feel nothing. My heart doesn't beats like I was in love with you anymore when you call me sayang. Awak tak faham lagi ke, Aryan? I can't feel your love." Luahku jujur. Suaraku dilontar tanpa sebarang emosi.

Aku dah tawar hati ke?

"Arya.. dah tawar hati dengan abang ke?"

Did I?

Tawar hati ini rasa macam mana?

"Yes, I am. Kenapa? Sakit hati? Pedih? Rasa nak merayu? For your information, Aryan Hameen, itulah perasaan saya setiap kali awak tegaskan kepada saya yang awak dah tawar hati. Best tak? Rasa kena siatkan hati ni. Let me remind you something, saya, atau Arya yang awak kenal dulu, dia dah buang awak. For her own sake. And please, stop it dengan panggilan abang. Awak tahu saya tak sukakan panggilan abang kan? Are you.. dumb?" Aryan menunduk. Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh dada.

Cukup membuatkan aku tahu dia sedang merasai sakit itu. Betul ke apa kau buat ini, Arya? Aku nak balas dendam, tapi kenapa rasa sakit itu berbalik kepada aku?

I hate this feelings, Aryan. Arya benci sakitkan Aryan.

"Kalau ini kifarah yang tuhan turunkan buat Aryan sebab selama ini Aryan sakitkan hati Arya, Aryan terima. Aryan terima kena seksa dengan isteri Aryan sendiri. Aryan terima kalau semua seksaan itu dari Arya. Punish me, Arya. Buatlah, Aryan terima.. dengan hati yang terbuka." Ekor mataku menangkap perbuatannya sedang mengesat laju air matanya yang mulai menitis.

Air mata lelaki itu tumpah, kerana aku? Kejam sangat ke isi pertuturan aku? Sepatutnya aku rasa puas. Kenapa aku tak rasa semua itu?

Jangan Arya, jangan kasihankan dia.

"I love you, Arya. Arya dera lah hati Aryan sebanyak mana, it won't change the facts that I love you, infinitely."

Sialnya, dia sangat mahir bermain dengan kata-kata.






erm

Aryan: Her Biggest HeartbreakWhere stories live. Discover now