Rifa memandang Bella. Dahi nya berkerut sekali lagi. Apa kena pula aku dengan pemadam?

"Eh Kakak Rifa ada work nak buat ni. Ara pergi dekat daddy Ara lah ya?"

"Taknak! Ara nak dengan Mommy!"

"Tak boleh Ara. Kakak Rifa ada w-"

belum sempat Rifa menghabiskan ayatnya, ada satu suara garau menyampuk perbualan mereka.

"Ara? macamana boleh ada dekat sini? Come. Nanti daddy marah pula."

Rifa memandang pemilik suara itu. Terlihat figura seorang lelaki berbadan tinggi, rambut bergaya kan two block memakai seluar slack hitam,berkemeja putih bersama tali leher hitam.

"Taknak! Ara nak mommy juga! Ara nak mommy!" Air mata Ara mula bertakung.

"Ara...nanti uncle Yan belikan Ara aiskrim Ya? Nak?"

Ara secara automatik terdiam. Air matanya dikesat.

"Nak!"

Selepas bersetuju dengan tawaran yang diberi oleh Aryan, terus Ara dan Aryan beredar menuju ke kerusi paling hadapan di dalam dewan.

Ya, memang mereka disediakan kerusi,dan berada paling hadapan. Sebagai tanda hormat.

Rifa berlalu pergi ke hadapan pentas. Ingin mengambil beberapa gambar usahawan itu.








             SETELAH hampir 20 minit jutawan muda itu memberi taklimat, maka bermulalah sesi soal-menyoal daripada pelajar.

Kelihatan ramai gadis yang sedang melihat figura lelaki itu tanpa henti. Mata tak berkelip!

Angau gamaknya..

"Tuan, boleh saya tahu nama tuan?" tanya salah seorang pelajar.

"Luqman Rafael, but you can call me Luq." jawab Luqman.

"Erina! aku nak tanya dia lah. Dia dah kahwin ke belum? segak aihh! boleh la aku try!" ujar Erina kepada Faseha.

Rifa hanya mengabaikan perbualan mereka. Malas ingin mengambil tahu. Apa yang dia mahukan sekarang hanyalah pulang ke rumah. Tidur.

"Saya ada soalan!" Jerit Erina seraya tangan kanannya diangkat.

"Ya?"

"Are you married?"

Luqman diam.

"Well....I am. But, I have been divorced for a long time. Which mean, I am now a widower with one child." tenang sahaja Luqman membalas.

Rifa memandang Bella perlahan.

"Bella did you hear that?" tanya Rifa.

"A...aku tiba-tiba tak boleh dengar pula lah. Kau dengar ke?"

"Aku...tak!"

Ya. Jujur, mereka agak terkejut dengan status hubungan Luqman.

"Oh, okay. Thanks." balas Erina selepas mendengar balasan daripada Luqman. Kepalanya di angguk perlahan.

Kecewa? Ya, sudah tentu Erina kecewa.

Tapi apa dia boleh lakukan?

"Fa, budak Ara tu kan...aku rasa dia main-main aje tu. Takkan lah dia nak bagi kau bapak dia kan?"

"Aku pun rasa macamtu Bella. Ah! lupakan lah! bukannya aku kisah pun."

Bella mengangguk setuju.

"Mommy."

𝑳𝑼𝑸𝑴𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑭𝑨𝑬𝑳| OGWhere stories live. Discover now