PART 1

188 15 8
                                    

Alisa membuka matanya apabila kulit bahunya terasa sejuk yang luar biasa. Alisa memandang keadaan sekeliling yang agak asing baginya.

Banyak baju baju yang bertaburan di atas lantai. Kepala yang berdenyut hiraukan. Alisa berusaha untuk bangun dari baringan.

Namun dia merasakan ada sesuatu yang melilit di pinggannya menyebabkan dia susah untuk bangun. Alisa memandang bahagian pinggannya.

Alisa tersentak. Ada tangan ketar yang memeluk erat pinggannya ketika ini. Alisa memandang pula ke sebelah. Ada seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

Badan Alisa mula menggigil. Air mata mula jauh bak air terjun di pipi mulus itu. Alisa menutup mulutnya agar tidak mengejutkan lelaki itu dari lenanya. Alisa kenal lelaki itu.

Lelaki itu adalah Tengku Aqil Syah. Lelaki yang suka membulinya di universiti dahulu. Alisa cuba mengalihkan tangan Tengku Aqil perlahan lahan sebelum dia mencapai bajunya yang berada di bawah kalit.

Alisa cuba untuk berdiri namun bahagian bawahnya terasa amat sakit. Perlahan lahan Alisa mengutip semua pakaianya dan cepat cepat keluar dari bilik itu.

Alisa tidak sanggup untuk bersemuka dengan Tengku Aqil. Tidak cukup lelaki itu malukan dirinya di universiti. Sekarang Tengku Aqil memalukannya dengan cara begini.

Apa salah dirinya terhadap lelaki itu sehingga Tengku Aqil sanggup melakukan ini kepada dirinya.

Tidak cukup lagi kah Tengku Aqil memalukan dirinya di universiti sehingga dia dibuang dari universiti. Sungguh hati Alisa berasa cukup sakit dengan apa yang telah lelaki itu lakukan.

~~~~~~~

Alisa pulang ke rumahnya dalam keadaan mata yang sembab dengan air mata. Seluruh badannya berasa sungguh sakit lagi lagi di bahagian intimnya.

Alisa mengetuk pintu rumahnya. Puan Aisyah membuka pintu apabila mendengar ketukkan daripada luar. Tersentak Puan Aisyah apabila melihat keadaan anak perempuannya itu.

Luluh hati wanita tua itu apabila melihat keadaan Alisa. Rambut Alisa yang serabai, kesan koyak di baju, mata yang sembab dan yang paling mengejutkan adalah bahagian leher Alisa yang dipenuhi kesan merah.

Alisa masuk ke rumah dan memeluk ibunya. Puan Aisyah membalas pelukan Alisa dan turut menangis bersama anaknya itu. Alisa mendengar tangisan ibunya menjadi semakin lemah.

Sungguh dia rapuh mendengar tangisan ibunya. Pasti ibunya kecewa dengan dirinya ketika ini. Mahkotanya sebagai seorang perempuan telah diragut oleh lelaki yang tidak mempunyai hak ke atas dirinya.

" Adik... Adik kenapa boleh jadi sampai macam ni " tanya Puan Aisyah saju.

Hatinya sebagai seorang ibu hancur apabila melihat keadaan anak perempuannya sebegitu. Alisa menggeleng. Dia mengemaskan lagi pelukkan pada Puan Aisyah.

" Adik..... tak tahu ibu...... Masa balik kerja tadi...... kepala adik rasa sakit sangat....... Lepas a...adik sedar..... A...ada le..la...ki ..... Kat sebelah....adik...."

Ujar Alisa dalam esakan. Dia tidak mampu untuk menghabiskan ayatnya. Dia berasa jijik dengan dirinya sendiri.

Alisa menghemburkan tangisannya buat kesekian kali. Alisa meletakkan kepalanya di bahu Puan Aisyah . Alisa sendiri tidak tahu kenapa kepalanya sakit secara tiba tiba. Sedar sahaja dari Lena dia sudah berada di bilik hotal bersama seorang lelaki.

Puan Aisyah menggosok belakang badan anak. Mereka berpelukkan sehingga bunyi esakan Alisa reda. Puan Aisyah menleraikan pelukkan mereka dan memandang wajah anaknya itu.

" Adik pergi mandi dulu ye sayang....... Adik bersihkan diri dulu nanti kita makan sama sama ye nak " ujar Puan Aisyah dalam bertahan.

Dia tidak boleh nampak lemah di depan Alisa. Alisa memerlukan sokongan daripada dirinya sekarang. Alisa hanya menganguk dan berjalan perlahan menuju ke biliknya.

You Are Mine : Hate of LoveWhere stories live. Discover now