" Rumah mana? Tingkat berapa? " Soal Khai kepada Dyna.

" Tak tahu laa, yang Dyna tahu blok B aje.. cari aje laa" jawab Dyna.

" Penat laa" kata Khai, mengada.

" Tak naik lagi dah penat? Kalau penat duduk la sini. Biar Dyna naik" kata Dyna. Dia terus menaiki tangga untuk ke tingkat atas.

" Mana boleh tinggal.. kalau tinggal kejap lagi masak la.. Sam goreng aku habis tak boleh kahwin. Dah la muda lagi." Kata Khai perlahan. Dia terus mengejar Dyna yang sudah sedikit jauh darinya.

" Dyna.. wait for me" jerit Khai. Dyna terus memperlahankan langkahnya.

" Tadi kata penat " kata Dyna.

" Hilang penat bila naik tangga ni. Nak naik turun 20 kali pun boleh nihh" kata Khai. Dyna mengeleng perlahan kepalanya.

" Eh jap" kata Dyna selepas ternampak beberapa orang lelaki keluar dari satu rumah. Khai terus menghentikan langkahnya.

" Why? " Soal Khai, perlahan. Dyna tidak menjawab, dia hanya menunjuk ke arah lelaki-lelaki itu.

" Nak Khai settle kan? " Soal Khai.

" Boleh ke? " Soal Dyna pula.

" Boleh aje.. " jawab Khai, yakin.

" Ha pergi laa" kata Dyna. Khai terus pergi ke arah lelaki-lelaki tadi.

" Bro.. " tegur Khai kepada 3 orang lelaki yang sedang menghisap rokok itu. Kelihatan sepucuk pistol di belakang seluar mereka.

" Kau siapa? " Soal salah seorang lelaki apabila melihat Khai.

" Jiran baru.. aku baru aje pindah" jawab Khai, selamba.

" Bila pindah? " Soal lelaki itu.

" Beberapa minit yang lalu" jawab Khai. Lelaki-lelaki itu mengangguk perlahan kepala mereka.

" Korang dah lama tinggal sini? " Soal Khai, ramah.

Dyna yang mendengar perbualan Khai tidak mampu berkata apa-apa. Dia mengeleng kepalanya.

" Ini bukan rumah kitorang. Ini rumah boss kitorang" jawab lelaki itu.

" Ouhh.. nak tahu something? " Soal Khai.

" Apa? " Soal lelaki lain pula.

" Mak aku pernah kata, tak baik merokok. Tak bagus untuk kesihatan. Mak aku juga kata, orang hensem tak merokok." Kata Khai, selamba.

" Hah? " Soal lelaki-lelaki itu, tidak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh Khai.

" Korang ni dah la tak hensem. Busuk, merokok, edar dengan hisap dadah pula tu." Sambung Khai dengan selambanya.

" Mana kau tahu kitorang edar dadah? Kau siapa?" Soal lelaki itu.

" Me? Your nightmare. " Kata Khai. Dia terus menyepak kepala lelaki itu sehingga membuatkan dia jatuh pengsan.

Lelaki lain terus mengeluarkan pistol mereka yang tadinya tersimpan di belakang seluar mereka.

" Peraturan pertama, jangan acukan pistol ke arah aku." Kata Khai, mendatar. Dia terus membuat flying kick dengan menyepak kedua-dua tangan lelaki itu sehingga membuatkan pistol ditangan mereka terjatuh sekali gus. Lelaki-lelaki itu tersentak sedikit.

" Peraturan kedua, jangan lalai." Kata Khai, mendatar.

Bang, bang.

Dyna menembak kedua-dua lelaki itu tepat dibahagian kepala mereka. Dyna terus menghampiri Khai.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now