Zahra terus melabuhkan duduk bersama helaan nafas lega. Mujur saja dia boleh menjawab dengan betul.

"Sebab itu saya selalu pesan, bila awak faham konsep sesuatu term dalam bab tertentu, awak boleh jawab soalan dengan mudah walaupun soalan yang akan diberikan mungkin quite tricky," ujar cikgu tersebut itu lagi.

"Setiap apa yang awak belajar, awak kena sertakan dengan kefahaman sekali. Bukannya baca, menghafal semata-mata hanya untuk lulus dalam peperiksaan kemudian terus lesap selepas peperiksaan sedangkan ilmu-ilmu seperti ini boleh digunakan untuk masa depan sekiranya ada dalam kalangan kamu berniat untuk membuka bisnes. Ingat, ilmu adalah investor berharga dan terbesar untuk masa depan. Betul, pengalaman akan membuatkan kamu berjaya dalam sesuatu bidang tetapi akan lebih baik jika diiringkan sekali dengan ilmu yang kamu belajar. Mind set kena ubah ya anak-anak semua," nasihat cikgu yang bernama Jamilah itu.

Dia pernah berada di posisi pelajar-pelajar di hadapannya itu. Disebabkan itulah dia memberi nasihat seperti itu. Sayang jika ilmu yang dipelajari, dilupakan begitu saja.

Mendengar kata-kata Cikgu Jamilah tersebut, Zahra terus teringat pesanan suaminya.

"Belajar elok-elok ya. Ingat tau, jangan belajar dengan cara semata untuk pass in exam."

"Maksud awak?" soal Zahra. Dia kurang faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Tengku Ahnaf.

"Bila belajar, jangan menghafal semata. Bila awak hafal apa yang awak baca tanpa ada usaha untuk memahami sekali, ilmu tu takkan melekat di kepala awak untuk selamanya," terang Tengku Ahnaf. Tangan sibuk bermain dengan rambut panjang si isteri yang sedang mengemas buku-bukunya.

Zahra mengangguk faham.

"Bila awak belajar betul-betul, awak akan dapat ilmu yang bermanfaat dan mungkin awak boleh kongsikan dengan orang lain yang kurang pemahaman tentang apa yang awak belajar."

Zahra mengetuk dagunya dengan jari berkali-kali cuba menghadam kata-kata suaminya.

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda, Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh berdia kepadanya," kata Tengku Ahnaf.

Tenang saja dia menyampaikan hadis tersebut kepada Zahra.

"Dekat situ saja sudah cukup menjelaskan menuntut ilmu ini amat digalakkan. Tak kisahlah ilmu agama atau pun berbentuk ekonomi atau saintifik sekali pun asalkan ilmu bermanfaat. Dan lebih baik jika ilmu yang awak dapat itu awak sebarkan dan kongsikan dengan orang yang memerlukan. Selama mana orang mengamalkan ilmu yang awak sampaikan, pahala untuk awak akan terus mengalir," sambung Tengku Ahnaf lagi.

Apa yang Tengku Arifin selalu pesan kepada mereka bertiga dulu kini dia kongsikan bersama Zahra. Dia mahu isterinya menggunakan ilmu yang diperolehi dengan sebaik-baiknya.

"Terima kasih awak sebab ingatkan dan nasihatkan saya. Semoga saya dapat kongsikan ilmu yang saya dapat ini dengan orang lain insha-Allah," ucap Zahra lalu melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf melorek senyuman lalu memaut bahu Zahra.

"Semoga hati isteri saya ini sentiasa terang untuk menerima dan memahami apa yang dipelajari."

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now