"Ish, tak baik tuduh i. Takkan lah i tergamak nak bunuh suami dan anak sendiri kan?" balas Datin Aishah bersahaja. Tangan memintal rambutnya yang berwarna perang itu.

Datin Auni menelan air liurnya yang terasa pahit di kerongkong. Hatinya rasa tidak sedap melihat raut wajah anaknya yang mencurigakan itu.

"Aishah tak boleh tahu Zahra masih hidup!" jeritnya dalam hati.

Dia yakin kalau kemalangan yang menimpa menantunya dulu ada kaitan dengan Datin Aishah.

"Tapikan mama kenapa kita nak bahas tentang orang yang dah tak ada? Buang masa kita yang sedang hidup ini. Mama pun, sudah-sudahlah nak ingat pasal menantu dan cucu mama yang dah tak ada tu. Lupa ke Humaira dengan husband i?"

Tubuh Datin Auni terus mengeras ketika mendengar dua nama yang disebut oleh anaknya itu.

"It's up to mama nak kenang sampai mati sekalipun cucu dan menantu mama. Bagi mama, hanya Iskandar dan Irdina saja menantu dan cucu mama sampai bila-bila!"

Suara Datin Auni ternaik satu oktaf.

"Cakap lah apa sekalipun, mereka dah tak ada mama. Jangan nak agung dan kenangkan sangat orang yang dah mati!" tempik Datin Aishah tanpa rasa bersalah.

Dia memandang Datin Auni dengan tatapan tidak puas hati. Dari dulu dia tertanya-tanya apa yang istimewa sangat Iskandar sehingga mamanya itu sangat menyayangi lelaki itu?

"Ada ke tak ada, mereka tetap hidup dalam hati mama dan Humaira bukan cucu mama! Dia bukan anak kandung Aishah juga, kenapa Aishah lebihkan orang luar berbanding arwah Irdina? Sedikit pun Aishah tak terkenangkan Irdina ke?" soal Datin Auni dengan suara luruh.

Datin Aishah berdecit.

"Jawapan dia senang saja. Sebab Irdina anak Iskandar. Sebab tu i tak suka walaupun anak i sendiri. Ingat mama, kalau bukan sebab mama, dua manusia bodoh itu takkan mati. Jadi, bukan salah i ya."

Pang!

Datin Aishah mengusap perlahan pipinya yang ditampar kuat oleh Datin Auni.

Dada Datin Auni turun naik dan berombak laju kerana menahan marah yang terlalu tinggi terhadap anaknya.

"Jaga kata-kata kau Aishah. Jangan kau hina menantu dan cucu aku. Aku tahu kematian mereka itu ada kaitan dengan kau. Allah itu maha adil. Suatu saat, Allah akan tunjukkan juga kebenaran. Kau jangan hidup terlalu mendongak ke atas Aishah. Kau lupa kita hidup ini bertuhan."

Bahasa Datin Auni terus bertukar kasar kerana marah yang melampau. Datin Auni memandang Datin Aishah dengan tatapan kesal. Dia kesal kerana anaknya sanggup berkata seperti itu tentang Iskandar dan cucunya.

"Kau baliklah Aishah. Kau tak perlu datang sini lagi. Semoga kau hidup bahagia sampai mati dengan keluarga kau tu," usir Datin Auni.

Dia tidak sanggup lagi mahu mendengar dengan lebih lanjut dari mulut Datin Aishah sekiranya anaknya itu berlama di rumahnya.

Tanpa menyalam tangan Datin Auni, Datin Aishah terus keluar menonong dari rumah itu. Melihat Datin Aishah sudah keluar dari rumah, tubuh Datin Auni perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai.

Dada yang terasa sakit kerana sikap anaknya itu dicengkam perlahan.

Adakah disebabkan anaknya itu, kewujudan Zahra terpaksa dirahsiakan selama ini? Dia semakin yakin kalau anaknya itu terlibat dengan kejadian lalu dari cara anaknya bercakap.

"Ya Allah, lindungi cucuku walau di mana dia berada," bisiknya perlahan.


"Bye kak Zahra."

HER SAVIOR [Slow Update]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora