B A B 1 9

2.4K 178 29
                                    

Tiga hari kemudian...

"Abang?" Shafiq Ammar melihat dua bagasi yang sedang berada di ruang tamu.

Kedua mata mereka saling bertembung di antara satu sama lain. Di sisi lain, Afrin Baheera mengenggam erat tangan si suami. Manakala, Bunga Anggerik Nathalia tersenyum ejek. Mereka baru sahaja pulang dari hospital. Itu pun setelah di pujuk oleh Shazrin Ammar berulang kali. Dan akhirnya, dia menutuskan untuk pulang tetapi dia perlu mengusir si adik.

Kejam? itu tidak seberapa dengan sakit hatinya tempoh hari kan? siapa suruh bermain dengan api kan? siapa suruh dia menentang Bunga Anggerik Nathalia! sekarang rasakan. Di usir oleh abang kandung sendiri.

"Fiq, pergilah balik sana semula. Rumah ni tak layak untuk Fiq lagi. Fiq dah jadi suami orang. Abang... Abang bukan sesiapa untuk Fiq." Kata Shazrin Ammar dengan muka yang serius.

Seketika dia menundukkan kepala. Tidak kuat untuk bertentang mata dengan si adik. Kerana, hubungan mereka sangat rapat seperti isi dengan kuku. Namun, dia lakukan semua ini kerana terpaksa. Dia tidak ingin si adik terluka. Walaupun dia tahu, Shafiq Ammar sudah terluka kerana perbuatannya.

Maafkan abang Fiq, bisik hati Shazrin Ammar.

"Abang halau Fiq?" soal Shafiq seakan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Kerana, dia sangat kenal Shazrin Ammar. Dia tidak akan pernah tergamak untuk menghalau adik kandungnya sendiri. Tetapi, kenapa sekarang ini abang berubah? silapnya hanya satu sahaja. Dan, dia akui khilafnya itu sudah memalukan keluarga. Dia sedar dan beribu kali dia meminta keampunan dari si abang. Dan, ini keputusan abangnya?

Ya Allah, sakitnya hati ini. Bisik hati kecil Shafiq Ammar pula.

"Kau pekak ke? abang kau dah tak perlukan kau lagi. Lagipun, siapa aje nak simpan seorang adik yang dah malukan keluarga sendiri? sepatutnya dari awal lagi Shaz halau kau. Tapi, dia kesian dekat kau." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula dengan suara yang lantang.

Shafiq Ammar mengetap gigi. Menahan amarah. Dia menarik nafas seraya cuba untuk mendekati si abang.

"Jangan dekat dengan abang. Fiq, baliklah. Sini bukan tempat Fiq lagi. Tanggungjawab abang dah habis Fiq. Fiq dah jadi suami orang. Jaga isteri Fiq baik-baik." Kata Shazrin Ammar lagi dengan suara yang lembut.

"Fiq tak sangka... Fiq tak sangka, abang sanggup buang adik kandung abang sendiri semata-mata sebab orang luar. Fiq kecewa dengan abang. Fiq minta maaf sebab jadi seorang adik yang tak berguna untuk abang. Fiq minta maaf abang..." Kata Shafiq Ammar dengan suara yang menahan sebak.

Drama kecil itu, di lihat oleh kedua insan yang bernama isteri. Seorang tersenyum suka. Dan, seorang lagi memandang sang suami dengan muka yang menahan tangis. Mengapa, seberat ini ujian kau tuhan?

"Abang tak buang adik abang. Tapi, adik abang yang buang abang. Dahlah Fiq, baliklah. Jangan datang sini lagi, abang doakan Fiq berjaya dunia dan akhirat." Shazrin Ammar bangun lalu merapati bagasi yang ia letak di tengah ruang tamu.

Di capai kedua-duanya lalu membawa bagasi itu sehingga di laman rumah dan meletakkan bagasi tersebut di situ.

"Abang..." Shafiq berkata lirih.

"Keluar." Shazrin Ammar menunding jarinya di laman rumah.

Dia menolak sedikit kedua tubuh itu agar keluar dari rumah kecil itu. Di saksikan oleh Bunga Anggerik Nathalia yang sudah semestinya lebih bahagia ketika ini. Setelah itu, dia menutup pintu tersebut.

Dan, tubuh sasa itu rebah terduduk bersandar di pintu bersama deraian air mata. Ya Allah, sakitnya.

"Aku nak tidur sekejap. Drama kau dengan adik kau buatkan aku rasa mengantuk." Kata Bunga Anggerik Nathalia tanpa rasa bersalah.

Puas hatinya kerana bisa menghancurkan keluarga kecil milik suaminya sendiri. Dia tersenyum puas tatkala melihat si suami  yang berputus asa. Dia suka melihat penderitaan Shazrin Ammar kerana itu adalah kebahagiaan untuknya.

"Kenapa Anggerik? kenapa awak minta saya memilih? sedangkan awak tahu, saya tak boleh memilih di antara awak dan adik saya." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang bergetar.

Persetankan air mata yang jatuh di kedua belah kelopak mata. Dia tidak peduli lagi. Dia hanya inginkan jawapan daripada sang isteri.

"Sebab kebahagiaan aku ialah melihat kau menderita. Shazrin Ammar, aku tak suruh kau memilih. Aku cuma kata seadanya aku. Kau yang bodoh sebab ikut cakap aku." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.

Dia bangun dari sofa yang ia duduk. Setelah itu, kedua kakinya melangkah untuk mendekati si suami yang masih bersandar di pintu utama.

"Kau yang paksa aku buat semua ini. Dah berbuih mulut aku ni cakap. Aku tak nak hidup dengan kau. Aku tak hingin! tapi sebab budak dalam perut ni. Aku terpaksa bertahan dengan kau. Jadi, kau perlu terima apa yang aku buat dekat kau tak sebandingnya derita aku hidup bersama kau!" marah Bunga Anggerik Nathalia.

Fakta bukan? selagi mana, Shazrin Ammar hidup bersama dengannya. Dia akan pastikan lelaki di depannya ini hidup tidak ubah seperti dalam neraka. Dia akan pastikan setiap waktu hidup suaminya menderita sehingga dia jatuh terduduk berputus asa.

"Tak guna Shaz, kau nak menyesal. Semuanya dah terlambat. Kau yang bodoh sebab ikut cakap aku. Jangan nak meratapi sangat. Lepas aku bangun, pastikan kau dah siap masak." Kata Bunga Anggerik Nathalia lalu beredar ke kamar untuk berehat.

Kejadian sebentar tadi membuatkan dia penat kerana melihat sketsa keluarga miskin itu seakan tidak ingin melepaskan di antara satu sama lain. Huh! mengarut.

"Ya Allah, sekali lagi. Aku mohon sembuhkan hati aku." Pinta Shazrin Ammar lirih.

Kerana, sesungguhnya hanya Sang Pencipta yang mampu untuk menyembuhkan setiap luka yang di berikan oleh manusia.

Malamnya, Bunga Anggerik Nathalia baru sahaja bangun daripada tidur. Kebetulan, perutnya berbunyi meminta untuk di isi. Dia mengeluh. Dengan rasa malas, dia bangun dari tempat tidurnya lalu kedua kakinya berjalan ke dapur.

"Kau masak apa?" soal Bunga Anggerik Nathalia ketika melihat suaminya yang baru sahaja selesai memasak.

Shazrin Ammar mengukir senyum. Dia baru sahaja selesai masak sotong sambal dan ayam kicap. Usai menghidangkan dua juadah makanan itu. Dia mempersilakan sang isteri untuk duduk.

"Saya masak, sotong sambal dan ayam kicap." jawab Shazrin Ammar pula dengan suara yang lembut.

Bunga Anggerik Nathalia mencebik sekaligus mengambil tempat di depan sang suami.

"Itu je?" soal Bunga Anggerik semula.

Shazrin Ammar mengangguk.

"Kau sini, dekat sikit dengan aku." Arah Bunga Anggerik Nathalia.

Tidak banyak bicara. Shazrin Ammar mendekati sang isteri.

"Kenapa?" soalnya bigung.

"Buka mulut kau." Kata Anggerik lagi.

Shazrin Ammar hanya menurut arahan daripada sang isteri.

"Makan ni!" Jerit Bunga Anggerik Nathalia geram.

Dia menyumbat beberapa ketul ayam di dalam mulut sang suami.

"Kau bagi aku makan ayam kicap dengan sotong sambal je? kau ingat aku apa?!" jeritnya lalu di ambil sotong itu pula dan di sumbat pula ke dalam mulut sang suami.

Uhuk!

"Biar mampus cepat sikit. Senang sikit hidup aku!" Kata Bunga Anggerik Nathalia lalu beredar dari dapur itu dengan hati yang puas.

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Makin hambar ke?

Jangan lupa comment
& vote banyak² tau!
kalau tak, saya malas updated.
werk!

Apa pun, happyread😍

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now