" Hmm.. lagipun aku masih teringatkan si dia.." kata Dyna, sedikit sayu suaranya.

" Kau masih tak lupakan dia? " Soal Dee.

" Hmm.. " jawab Dyna.

" Faham.. tapi terkadang kita kena lupakan seseorang tu demi diri kita. Walaupun kau sayang sangat dekat dia, jangan biarkan perasaan tu menghalang kau untuk cari orang lain. You deserve someone better Dyna. So, move on.. " Kata Dee.

" Susah Dee.. move on bukan tentang melupakan, tapi mengiklaskan. Orang lain mungkin ingat senang untuk kita melupakan seseorang itu, tapi sebenarnya tak. Kenangan bersama, layanan dia, macam mana dia buat kau bahagia dulu. Cuba bayangkan, kita dah takda sesiapa dalam diri kita, dan orang tu datang untuk menghiburkan kita, mewarnai hari kita, end up, dia juga tinggalkan kita disaat kita taknak rasa lagi kehilangan. " Kata Dyna, sayu.

" Aku bukan taknak lupakan dia, tapi aku masih tersekat dengan semua kenangan yang kami lakukan dulu. Lepas parents aku, dia pula pergi tinggalkan aku. Aku akan cuba untuk ikhlaskan dia, tetapi bukan sekarang. " Sambung Dyna lagi.

" Sorry Dyna.. aku cuma nak kau gembira lagi macam dulu... Kau banyak berubah lepas parents kau pergi.. tapi lepas hadirnya Eiman dalam hidup kau, perangai kau kembali macam dulu. Bila dia pergi, kau terus berubah lagi... Aku cuma nak kau tersenyum selalu.. aku tahu senyuman kau sekarang ni palsu. Jangan sedih-sedih Dyna.. " pujuk Dee.

" Aku ok laa.. aku tak sedih, cuma entah la. Jangan risaukan aku, aku masih ada keluarga aku yang lain.. aku ada kau dan Fahrin yang walaupun kadang gila. Aku bersyukur korang masih ada di sisi aku, aku taknak rasa kehilangan lagi. Sebabtu aku taknak bercinta buat masa sekarang. " Kata Dyna sambil tersenyum nipis.

" Err sorry ganggu, ni makanan dah siap" kata seorang pekerja perempuan sambil membawa dulang yang berisi makanan.

" Eh terima kasih " kata Dyna. Pekerja itu terus meletakkan makanan yang sudah siap di atas meja itu.

" Oh yaa, nanti malam sebelum kau kahwin tu.. boleh ka aku nak datang rumah? Nak tolong sikit-sikit " soal Dyna, dia cuba untuk menukar suasana.

" Mesti laa.. nanti datang aje.. kalau kau nak tidur rumah aku sekali lagi bagus" kata Dee, ramah.

" Tidur? Rumah opah aku tu dekat aje.. jalan kaki pun boleh sampai" kata Dyna.

" Ya tak ya eh.. "

" Aku datang tolong ajee.. taknak la tidur sana.. mesti family Arsyad ada, ish malu la aku" kata Dyna.

" Iyee laa.. jangan lupa datang eh, kalau tak aku merajuk. " Kata Dee sambil memuncungkan mulutnya.

" Iyaa.. untuk kau aku akan datang." Kata Dyna, sambil tersenyum.

" Hehehe ni sayang ni" kata Dee, teruja. Dyna terus tersenyum selepas mendengar kata-kata Dee.

Dyna menikmati makanannya. Dia dan Dee juga terus berborak-borak.

Selesai makan, Dyna terus membayar.

" Aku balik dulu" kata Dyna.

" Yaa baik-baik bawa kereta" pesan Dee.

" Eh, aku datang sini naik motor hehe " kata Dyna.

" Uishh lama tak nampak kau naik motor. Kenapa tiba-tiba aje? " Soal Dee.

" Saja.. nak makan angin. Lagipun lama tak rempit hehe" jawab Dyna.

" Apa-apa laa.. jaga diri yaa" kata Dee. Dyna mengangguk kepalanya. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Dee.



Rezza memarkir keretanya. Matanya tertumpu pada sosok tubuh seorang perempuan yang seperti dikenalinya.

' Dyna? Eh tak mungkin' katanya didalam hati.

" Rezza " tegur Arsyad. Rezza terus tersedar dari lamunannya.

" Jum laa tunggu apa lagi? " Soal Arsyad selepas melihat Rezza yang masih tidak bergerak.

" Takda apa " kata Rezza. Dia terus melangkah keluar dari keretanya.

Rezza dan Arsyad masuk kedalam kafe Dee.

" Haii ! " Tegur Dee, teruja selepas melihat Arsyad dan Rezza.

" Hai my lovely future wife.. " balas Arsyad, lembut sambil tersenyum manis.

" Dah makan? " Soal Dee kepada Arsyad.

" Belum.. lapar laa.. " kata Arsyad sedikit manja. Rezza masih berdiri statik disitu.

" Duduk la dulu.. " arah Dee sambil tersenyum. Arsyad mengangguk perlahan.

" Rezza, kau ok ka? " Soal Arsyad yang melihat Rezza masih termenung melihat ke arah luar kafe.

" Aa ok ok " jawab Rezza. Dia terus menghampiri Arsyad lalu mengambil tempat duduk.















                       Rezza termenung melihat langit malam yang ditemani cahaya bulan. Dia masih memikirkan tentang perkara yang dilihatnya petang tadi.

" Dyna ka tadi? Tapi tak mungkin. Dia dah takda.." Rezza mengumam sendiri.

" Ish.. aku ni dah gila ka? Sampai orang lain pun aku nampak macam muka dia. " Marah Rezza. Dia meraup kasar wajahnya.

" Kau ok ka? " Tegur Arsyad.

" Hmm aku tak tahu la.. " jawab Rezza.

" Kenapa? Cuba cerita dekat aku" soal Arsyad.

" Tadi.. waktu kita pergi kafe Dee, aku ada ternampak someone. Orang yang aku suka. Tapi mustahil la sebab dia dah takda. " Terang Rezza.

" Kau rindukan dia? " Soal Arsyad. Rezza mengangguk perlahan.

" Faham.. kau termenung selama ni pun disebabkan dia?" Soal Arsyad lagi. Sekali lagi, Rezza mengangguk.

" Lepas kehilangan dia, kau ada tak boleh fokus untuk buat kerja? Susah tidur?" Soal Arsyad.

" Ada.. " jawab Rezza, jujur.

" Hmm.. tak salah kau nak mencintai dan merindukan seseorang. Tapi, kalau benda tu buatkan kau gagal fokus, sedih, susah tidur sebab teringatkan dia, lupakanlah dia. Fokus untuk diri kau dulu. Jangan disebabkan dia, kau tak boleh jalani hari-hari kau." Pesan Arsyad dengan nada yang lembut.

" Aku tak tahu laa " kata Rezza, sayu.

" Ingat bro, orang yang pergi tinggalkan kita, kita kena ikhlaskan dia. Memang tak mudah, tapi kau patut cuba. Cuba untuk tidak teringatkan dia, jadikan rutin harian kau dengan melakukan perkara yang buatkan kau busy. Cuba dulu.. nanti kau akan nampak perbezaan." Kata Arsyad, lembut.

" It's not always easy but that's life, be strong. Because there are better days ahead. Kalau kau nak meluah, aku ada. Aku takkan halang kau untuk terus rindukan dia. Tetapi fikir tentang diri kau bro. It's not your fault to love someone." Sambung Arsyad lagi.

" Thanks bro. Aku akan cuba.. " kata Rezza.

" Dah la.. tidur la dah malam ni. Esok kau kerja kan? " Soal Arsyad.

" Yaa, aku masuk tidur dulu" kata Rezza. Arsyad mengangguk. Rezza terus berlalu pergi.












Andai Rezza tahu Dyna masih hidup, mesti dia tak sesedih ini 🙃

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin