B A B 1 6

1.9K 144 5
                                    

Bau aroma wangi yang datang dari arah dapur seperti seseorang sedang masak membuatkan Shazrin Ammar di pukul rasa tanda tanya. Dia mengerling jam di dinding sebelum melangkah ke arah dapur. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dia mengerutkan dahi. Pelik, siapa sahaja yang rajin bangun di waktu seperti ini.

Jangan kata isterinya pula. Kerana, setahu dia Bunga Anggerik Nathalia masih lagi tidur dengan enak di atas katil. Dia mengeluh kecil, lalu mengorak langkah ke arah dapur kerana sifat ingin tahunya sangat mengebu di dalam diri.

Seusai sampai di dapur. Dia melihat dua orang manusia sedang ralit membuat kerja masing-masing. Seorang sedang mengoreng nasi. Dan, seorang lagi sedang membancuh teh panas.

"Eh, abang dah nak pergi menoreh ke?" soal Afrin Baheera tatkala dia menoleh ke belakang melihat kelibat si abang ipar.

Shazrin Ammar hanya mengangguk.

"Kalau macam itu, abang makan lah dulu. Afrin baru aje siap goreng nasi ni. Shafiq pun dah siap bancuh air tu." Kata Afrin Baheera lagi.

Sekali lagi, Shazrin Ammar hanya mengangguk. Tidak berniat untuk bersuara. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Menunggu nasi goreng yang akan di hidangkan oleh Afrin Baheera.

"Anggerik tak bangun lagi ke?" soal Shafiq pula sambil meletakkan jug yang berisi teh panas.

Shazrin Ammar mengelengkan kepala untuk menjawab respon si adik bongsu.

"Fiq, abang nak tegur sikit." Kata Shazrin Ammar dengan muka yang serius.

Shafiq Ammar mengambil tempat di depan si abang. Dia menatap si abang, menunggu kata-kata daripada Shazrin Ammar.

"Bunga Anggerik Nathalia itu isteri abang. Hormatkan dia seperti mana Fiq hormatkan abang. Anggerik dengan Fiq, jarak umur pun beza 4 tahun. Boleh rasanya, panggil dia kakak, kan?" kata Shazrin Ammar dengan lembut.

Teguran dia sangat berhemak. Dia tidak ingin adik bongsunya ini bersikap kurang sopan dengan orang yang lebih berusia darinya. Lagipun, Anggerik merupakan kakak iparnya. Jadi wajarlah, jika dia menghormati kakak iparnya itu bukan?

"Abang, hormat untuk di berikan bukan di minta. Kalau nak Fiq hormatkan dia. Terlebih dulu, dia perlu hormatkan abang. Fiq, boleh hormatkan dia asalkan dia hormatkan abang. Seperti mana dia ingin di hormati. Jangan terlalu membela isteri abang sendiri. Kelak, Fiq takut abang akan lagi terluka. Sedangkan, luka yang Fiq beri masih lagi baru di hati abang." Kata Shafiq Ammar pula membalas kata si abang.

Dia sedang menjatuhkan sebuah fakta. Walaupun ia sakit untuk di terima oleh Shazrin Ammar. Namun, si abang perlu menerima hakikat bahawa maruahnya sedang di perkotak katikkan oleh isterinya sendiri.

"Fiq tak cakap isteri Fiq sebaik manusia di atas muka bumi ini. Fiq juga tak kata, Anggerik adalah manusia paling buruk di atas muka bumi ini. Fiq tak ada hak nak menghakimi dia, tapi abang pun manusia. Maruah abang sebagai suami juga harus dia jaga. Jangan ambil kesempatan di atas kebaikan abang. Sejauh manakah seseorang itu mampu untuk bersabar abang? Sejauh manakah rasa sabar itu akan terus membaluti luka abang? beritahu Fiq abang. Kalau abang ada jaminan untuk itu. Dengan senang hati, Fiq akan hormatkan isteri abang." Kata Shafiq Ammar lagi.

Dia melihat muka si abang dengan serius. Menanti jawapan yang akan di berikan oleh si abang.

"Abang sendiri tiada jawapan untuk soalan Fiq kan?" Kata Shafiq Ammar lagi dengan sinis.

Manakala, Afrin Baheera hanya mendengar perdebatan di antara mereka dua beradik itu. Dia tahu, suaminya sangat sayangkan abang iparnya. Maka dengan itu, dia habisan membela si abang.

"Abang tak pernah kisah Fiq. Abang tak pernah ambil hati akan sikap Anggerik yang kurang ajar itu. Kalau kita tak boleh hormatkan orang. Apa beza kita dengan dia? Fiq, wajarlah dia protes. Siapa saja tak marah bila dapat suami yang serba kekurangan ini? abang ni tak pandai. Sekolah pun tak habis, Fiq. Tak ada perkara yang boleh di banggakan dekat abang ni Fiq. Abang bukan aje gagal jadi suami. Tapi, abang gagal untuk didik adik-adik abang." Kata Shazrin Ammar pula bersama senyum tawar.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now